Malaysia Digital pacu ekonomi digital negara - Annuar Musa - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia Digital pacu ekonomi digital negara – Annuar Musa

Malaysia Digital pacu ekonomi digital negara – Annuar Musa

04 Jul 2022

Malaysia Digital merupakan satu fasa baharu untuk memacu ekonomi digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata MD adalah satu fasa amat penting dan bersesuaian dengan aspirasi diutamakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu untuk merakyatkan penyertaan ekonomi melalui penglibatan dalam sektor ekonomi digital.

“Ini bertepatan berlaku di saat negara, Insya-Allah bergerak menghampiri pencapaian kesalinghubungan 100 peratus dengan kelajuan telah melepasi secara hitung panjang 40 megabit per saat (Mbps).

“Dan sejumlah tujuh juta premis yang mempunyai keterhubungan secara talian tetap (fixed line) yang memungkin prasarana lebih berkualiti tinggi disiapkan dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Malaysia Digital (MD) di sini hari ini.

MD dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin 

MD adalah program di bawah agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.

Annuar berkata sebelum ini Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan satu inisiatif untuk menyambut kemunculan dunia teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dengan melancarkan MSC Malaysia pada waktu itu.

“MSC hanya ditumpukan pada satu jajaran kawasan tertentu di mana unsur-unsur ICT, syarikat-syarikat ICT mula menjejak kaki ke negara kita dan memainkan peranan memajukan dan membangunkan ekonomi. ICT dan kemajuan berkaitannya telah melalui satu fasa kemajuan pembangunan dengan pesat sekali.

“Pelancaran MD menandakan fasa baharu, satu proses merekayasa, mencipta semula (reinventing) MSC dengan bukan lagi soal berkaitan ekonomi dan prasarana bagi membolehkan penyertaan rakyat berasaskan kalau dulunya sektor pertanian dan perbuatan.

“Tetapi sekarang negara amat bergantung kepada pengetahuan ekonomi maka inilah detik yang paling sesuai dan bersejarah dicipta oleb Perdana Menteri kesembilan,” kata Annuar.

MD akan membolehkan Malaysia lebih bersedia dalam mendepani persekitaran ekonomi dinamik dan membantu dalam memperkasa asas negara digital menjadi lebih kukuh dan impaknya akan memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan, kerajaan serta negara.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon