Malaysia masih jadi pilihan Jepun untuk pelaburan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia masih jadi pilihan Jepun untuk pelaburan

Malaysia masih jadi pilihan Jepun untuk pelaburan

28 Mei 2022

Tokoh perniagaan dan pelabur Jepun masih yakin dengan Malaysia sebagai hab dan destinasi pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dalam sesi lawatan kerja rasminya, beliau telah mengadakan sesi libat urus dan ramah mesra bersama hampir 30 syarikat terkemuka Jepun di mana mereka menyatakan hasrat untuk meneroka peluang perdagangan dan meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Terdapat sebuah syarikat Jepun yang berminat dan telah mengenal pasti lokasi bagi memulakan operasinya di Malaysia untuk mengeluarkan kanta lekap bagi pasaran serantau manakala sebuah lagi syarikat berminat untuk mengeluarkan bateri bagi kereta elektrik.

“Ini potensi besar untuk mewujudkan peluang pekerjaan buat Keluarga Malaysia. Saya gembira dengan perjumpaan di Jepun ini apabila ketua industri ini masih melihat Malaysia sebagai hab terbaik buat pelaburan,” katanya pada akhir lawatan kerja rasminya di Jepun, hari ini.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan interaksinya dengan pelabur Jepun, begitu juga pelabur yang ditemui semasa lawatan luar negaranya sebelum ini iaitu di Qatar dan Amerika Syarikat, mereka memberikan maklum balas bahawa Malaysia masih menjadi pilihan sebagai destinasi pelaburan kerana kestabilan politik.

“Kita yakin Malaysia akan terus jadi destinasi pilihan. Kekalkan kestabilan politik adalah keyakinan pelabur untuk kekal dan sebab itulah kita jadi destinasi pilhan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon