Malaysia perlu pertingkatkan usaha untuk eratkan hubungan dua hala dengan Arab Saudi - Azmin - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia perlu pertingkatkan usaha untuk eratkan hubungan dua hala dengan Arab Saudi – Azmin

Malaysia perlu pertingkatkan usaha untuk eratkan hubungan dua hala dengan Arab Saudi – Azmin

29 Ogo 2022

Malaysia telah mencapai banyak kejayaan ekonomi dengan Arab Saudi, bagaimanapun ia perlu meningkatkan usahanya untuk membina hubungan dua hala yang lebih kukuh dan bermakna dengan kerajaan itu, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata syarikat tempatan tempatan harus berada pada kedudukan yang baik untuk mencontohi kisah kejayaan seperti konglomerat Arab Saudi, Ajlan & Bros Holding Group (Ajlan & Bros) dalam program transformasi korporat mereka.

Hari ini, sebanyak sepuluh pertukaran memorandum persefahaman (MOU) dilakukan antara Ajlan & Bros Holding Group dan syarikat terkemuka Malaysia dalam bidang pembuatan, elektrik dan elektronik, aeroangkasa, e-dagang, pembinaan, penjagaan kesihatan, teknologi, hiburan dan keselamatan siber.

Perkongsian itu dijangka secara kolektif mewakili potensi pelaburan sebanyak AS$7.5 bilion (RM34 bilion).

“Arab Saudi telah menjadi model yang berjaya bagi banyak negara di seluruh dunia untuk membangunkan keusahawanan dan kepelbagaian ekonomi. Syarikat terkemuka mereka yang tidak perlu diperkenalkan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan berprestij.

“Ia adalah sesuai dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) Malaysia yang menggalakkan aliran berterusan pelaburan berkualiti dalam bidang pertumbuhan baharu dan kompleks. Justeru itu, NIA berhasrat untuk memupuk inovasi berkualiti dan projek canggih di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman berkata Ajlan & Bros akan bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk mengakses pasaran yang lebih luas di rantau ASEAN.

“Penggiat dari Malaysia juga akan memanfaatkan perkongsian ini untuk meluaskan jejak mereka secara global di Arab Saudi.

“MIDA akan terus memperkasa dan memotivasikan sektor swasta melalui saluran komunikasi aktif dan memudahkan hubungan pelabur, mewujudkan persekitaran pelaburan yang menguntungkan yang mencirikan banyaknya pemboleh kualitatif dan kelebihan daya saing,” kata Arham.

Naib Pengerusi Ajlan & Bros, Sheikh Mohammed Abdulaziz Al Ajlan berkata, MoU itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sedia ada antara kedua-dua negara dengan membangunkan program dan mekanisme yang berkesan untuk kerjasama bagi semua projek masa depan yang mempunyai kepentingan bersama.

Beliau berkata rakan kongsi itu akan bekerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertukaran pengetahuan dan memudahkan usaha ekonomi bersama pada peringkat seterusnya sekali gus menggalakkan pembangunan ekonomi mampan di kedua-dua negara.

Ajlan & Bros tersenarai dalam 100 Perniagaan Keluarga Arab Terbaik di Timur Tengah untuk 2021 Forbes dan secara aktif mengembangkan kehadirannya secara global melalui perkongsian dan kerjasama merentas pelbagai sektor industri.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon