Malaysia teroka kerjasama ADB bidang tenaga, perubahan iklim - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia teroka kerjasama ADB bidang tenaga, perubahan iklim

Malaysia teroka kerjasama ADB bidang tenaga, perubahan iklim

11 Mei 2023

Malaysia berharap dapat meneroka kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam bidang tenaga dan perubahan iklim, terutama pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal serta ekonomi hijau.

Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Presiden ADB, Masatsugu Asakawa di luar program Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu turut membincangkan kerangka perjanjian kerjasama yang melibatkan sektor swasta dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Asakawa pula menyatakan sokongan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050 dan menyatakan ADB akan menerbitkan laporan pelan tindakan mengenai perubahan iklim yang boleh Malaysia teroka peluang kerjasama.

Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan kerjasama sedia ada di antara Malaysia dan ADB dalam bidang bandar hijau, serta pembiayaan mampan dan hijau, bagi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

ADB juga berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia melalui Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA).

Asakawa turut merakamkan penghargaan ke atas sumbangan Malaysia kepada Dana ADB selama ini. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon