MIDA tutup pejabat, berhubung dengan pihak berkepentingan melalui platform digital
18 Mac 2020
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah membuat pengaturan kerja dari rumah dan akan menggunakan pelbagai platform digital untuk berhubung dengan pihak berkepentingan ketika Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.
MIDA berkata ia menutup semua premisnya di KL Sentral dan seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac dalam usaha mencegah penularan COVID-19.
“MIDA akan terus responsif dalam memberikan nasihat dan sokongan kepada pelanggannya.
“Para pegawai MIDA, terutamanya para pengarah dan timbalan pengarah boleh dihubungi dengan mudah melalui e-mel mereka masing-masing di https://www.mida.gov.my/contact-us/ atau melalui [email protected],” katanya dalam satu kenyataan.
Lebih banyak maklumat dan kemas kini boleh didapati di www.mida.gov.my atau di Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga Akta Polis 1967, yang merangkumi pelbagai aktiviti.
Sumber: Bernama