Pembukaan sempadan berita baik untuk pelancongan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pembukaan sempadan berita baik untuk pelancongan

Pembukaan sempadan berita baik untuk pelancongan

06 Mac 2022

Pembukaan sempadan negara tidak lama lagi adalah berita baik khususnya kepada sektor pelancongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia berikutan sektor berkenaan paling terjejas teruk sejak penutupan sempadan negara susulan pandemik COVID-19.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah membuat pengumuman semalam. Apa yang pasti, pengumuman itu sedikit lambat kerana dengan prosedur operasi standard (SOP) selain perlu memastikan segala persiapan mantap sebelum tarik pembukaan.

“Ini berita baik dan semestinya ditunggu-tunggu oleh semua terutama sektor pelancongan yang terjejas teruk sejak pandemik COVID-19.

“Sekiranya sempadan antarabangsa negara tidak dibuka, ia semestinya sukar untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, semua pihak boleh bersiap sedia dengan pembukaan sempadan negara termasuk kedatangan pelancong asing selepas sekian lama.

Semalam, Perdana Menteri mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

Bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon