PETRONAS, Microsoft perkasa ekonomi digital negara - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PETRONAS, Microsoft perkasa ekonomi digital negara

PETRONAS, Microsoft perkasa ekonomi digital negara

27 Apr 2021

PETRONAS menjalin kerjasama dengan Microsoft dalam usaha untuk memperkasakan ekonomi digital Malaysia serta memajukan transformasi digital merentasi sektor awam dan swasta.

Kerjasama itu akan memfokuskan kepada bidang utama Asas Digital, yang merangkumi peningkatan kemahiran bakat digital dan kesediaan infrastruktur untuk pembangunan negara.

Selain itu, transformasi perniagaan yang membolehkan penyampaian pilihan tenaga yang ditambah nilai dan inovasi teknologi digital yang menyokong kemampanan.

Kerjasama itu dicapai menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak sewaktu pelancaran inisiatif Microsoft ‘Bersama Malaysia’ pada 19 April lalu yang dihadiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MoU itu ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K Raman.

Ia disaksikan oleh Muhyiddin; Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.

Tengku Taufik berkata, kerjasama dengan Microsoft menggariskan komitmen PETRONAS untuk memupuk tenaga kerja mahir yang telah bersedia pada masa depan untuk menyokong ekonomi digital Malaysia.

“Sebagai rakan tenaga dan penyelesaian progresif yang memperkayakan kehidupan untuk masa depan yang mampan, pembangunan modal insan yang berterusan akan menjadi penting untuk keupayaan kami beroperasi dan bersaing.

“Kami berharap dapat mempercepatkan usaha dalam meningkatkan kemahiran bakat tempatan, dengan tujuan untuk mewujudkan masa depan digital yang inklusif untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon