PM Anwar akan lancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PM Anwar akan lancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030

PM Anwar akan lancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030

01 Sep 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) hari ini.

Majlis pelancaran itu akan diadakan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebagai penggerak NIMP.

NIMP 2030 adalah kerangka dasar komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam transformasi sektor perkilangan Malaysia.

Ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata NIMP akan menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.

“NIMP memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu,” katanya.

Menurut Anwar, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul, tetapi akan meningkatkan keupayaan Malaysia.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon