Prestasi perdagangan Malaysia menyerlah dalam kalangan ekonomi Asia Tenggara - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Prestasi perdagangan Malaysia menyerlah dalam kalangan ekonomi Asia Tenggara

Prestasi perdagangan Malaysia menyerlah dalam kalangan ekonomi Asia Tenggara

31 Mei 2021

Prestasi perdagangan Malaysia yang berkembang pesat menjadi suatu yang positif dalam kalangan ekonomi Asia Tenggara lain, kata Ahli Ekonomi Sekutu Moody’s Analytics Sonia Zhu.

Beliau berkata eksport meningkat 63 peratus tahun ke tahun tetapi kadar pertumbuhan kukuh itu diperkuat oleh kesan asas rendah, apabila eksport jatuh menjunam semasa kemuncak pandemik dan sekatan pergerakan penuh tahun lepas.
Namun begitu, eksport masih tetap meningkat 0.6 peratus bulan ke bulan, katanya.

“Seperti yang dijangkakan, penyumbang utama kepada eksport adalah produk elektrik dan elektronik sepeti semikonduktor dan litar bersepadu.

“Manakala Singapura dan China kekal sebagai negara eksport utama, dengan jumlah hampir kepada satu pertiga daripada jumlah eksport Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Import meningkat 24.4 peratus tahun ke tahun dan 5.4 peratus bulan ke bulan, mengatasi jangkaan, dengan peningkatan dalam semua tiga kategori (barang perantaraan, barang modal dan barang penggunaan).

Barang penggunaan meningkat berikutan import barang tahan lama yang tinggi semasa tempoh perayaan Aidiltri, katanya.

“Peningkatan barang perantaraan dan barang modal, yang menyumbang sejumlah 65 peratus daripada nilai import merupakan petanda baik Malaysia sedang meningkatkan pengeluaran pembuatan bagi eksport.

“Meskipun berdepan kes jangkitan harian COVID-19 yang tinggi di seluruh negara, semua kilang pembuatan masih beroperasi di atas melebihi kapasiti 50 peratus,” katanya.

Zhu berkata Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global dan terus mendapat manfaatkan daripada pemintaan tinggi global.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon