Program Imunisasi Kebangsaan langkah pertama ke arah pemulihan ekonomi Malaysia - IDEAS - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Program Imunisasi Kebangsaan langkah pertama ke arah pemulihan ekonomi Malaysia – IDEAS

Program Imunisasi Kebangsaan langkah pertama ke arah pemulihan ekonomi Malaysia – IDEAS

18 Feb 2021

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (NIP) merupakan langkah pertama ke arah pemulihan ekonomi Malaysia, demikian menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Pengarah Penyelidikannya Laurence Todd berkata dengan NIP, Malaysia akan mula menyaksikan kejayaan ekonomi seperti negara lain (United Kingdom dan Amerika Syarikat) yang telah melancarkan program imunisasi mereka masing-masing.

“Malaysia pantas menggerakkan pelan imunisasinya dengan lebih banyak masyarakat dilindungi daripada virus pandemik tersebut dan negara sudah boleh mula memikirkan untuk membukakan ekonomi secara kekal.

“Program imunisasi ini  adalah apa yang diperlukan perniagaan dan ia sudah pastinya akan membawa masuk kembali pelaburan ke Malaysia,” katanya pada program ‘Mid-day Update’ Bernama TV,  hari ini.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik COVID-19.

Program imunisasi itu yang akan dilaksanakan secara tiga fasa dijadualkan bermula 26 Feb depan selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin.

Fasa pertama adalah dari 26 Feb sehingga April 2021, fasa kedua dari April sehingga Ogos manakala fasa ketiga dijadualkan bermula dari Mei sehingga Februari 2022.

Todd berkata selain NIP, sokongan berterusan kepada isirumah dan perniagaan juga akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur.

“Kita juga perlu memikirkan bagaimana untuk menjadikan ekonomi kita lebih berdaya tahan pada masa depan. Ia bermakna mewujudkan pelaburan gelembung untuk mendigitalkan ekonomi, termasuk prasarana dan kemahiran.

“Tenaga kerja yang besar dapat membantu perniagaan kecil beralih kepada dalam talian. Ini akan memastikan ekonomi bersedia untuk berdepan dengan impak daripada pandemik seumpama itu pada masa depan dan terus membina ekonomi yang lebih berdaya tahan,” katanya.

Menurutnya, pelabur akan melihat kepada ekonomi yang berusaha untuk menjadikannya lebih kukuh dan berdaya tahan.

“Menambah baik persaingan, menangani isu-isu tadbir urus dan meningkatkan ketelusan adalah antara beberapa elemen yang akan membolehkan atau menggalakkan lebih banyak pelabur datang ke negara ini,” katanya.

Beliau juga mengulas mengenai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprol tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan tahun ini.

Menurut MIDA,  potensi gabungan nilai pembangunan  RM81.9 bilion sedang dirundingkan dan disasarkan, manakala keluaran dalam negara kasar diunjur berkembang 7.5 peratus tahun ini.

Todd berkata unjuran ekonomi bagi suku ketiga dan keempat tahun ini boleh dicapai hanya sekiranya pelan imunisasi itu berjalan lancar seperti yang dijadualkan tepat pada masanya.

“Mendapatkan vaksin adalah penting di samping membina visi lebih kukuh mengapa Malaysia adalah tempat yang penting untuk melabur, dengan daya saing ekonomi dan tadbir urus yang baik.

“Namun persoalan utama bukan hanya sekadar menyasar 2021. Adakah kita membina ketahanan itu bagi tempoh jangka panjang?” ujarnya.

Pada 11 Jan, Malaysia, menerusi Kementerian Kesihatan menandatangani perjanjian dengan Pzer (Malaysia) Sdn Bhd bagi penghantaran vaksin COVID-19 PzerBioNTech BNT1262b.

Perjanjian itu melibatkan pembelian kumpulan pertama 12,799,800 dos vaksin bagi 20 peratus penduduk dengan dua dos bagi setiap orang.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon