Qatar-Malaysia terus perkukuh hubungan dua hala - Amir Qatar - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Qatar-Malaysia terus perkukuh hubungan dua hala – Amir Qatar

Qatar-Malaysia terus perkukuh hubungan dua hala – Amir Qatar

30 Mac 2022

Qatar dan Malaysia akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala bagi mencapai matlamat dan memelihara kepentingan kedua-dua negara pada tahap tertinggi, kata Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Menerusi ciapan di Twitter dalam Bahasa Arab, Sheikh Tamim berkata terdapat banyak persamaan dan pendirian antara Qatar dan Malaysia.

“Hari ini, saya berbincang dengan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, perihal peluang untuk memperkasakan hubungan

kerjasama dua hala antara dua negara tercinta dan kami juga membincangkan beberapa perkembangan di rantau kami  serta dunia umumnya,” katanya.

Ismail Sabri  berada di Doha, Qatar  untuk lawatan rasmi tiga hari ke negara itu sejak Sabtu.

Ini merupakan lawatan julung kali Ismail Sabri ke Qatar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos tahun lepas.

Agenda utama lawatan itu antara lain memperkukuh kerjasama kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama selain mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Hubungan Doha-Kuala Lumpur, yang terjalin sejak 1974, menyaksikan lonjakan signifikan nilai dagangan Malaysia dan Qatar dengan nilai dagangan pada dua bulan pertama tahun ini mencatatkan peningkatan 30.9 peratus kepada RM610 juta, berbanding RM470 juta bagi tempoh sama pada 2021.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon