Sarawak bangun loji hidrogen tahun depan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sarawak bangun loji hidrogen tahun depan

Sarawak bangun loji hidrogen tahun depan

23 Mac 2022

Hab Petrokimia di Tanjung Kidurong akan mempunyai loji hidrogen pada tahun depan selepas pelaksanaan Projek Metanol Sarawak dalam usaha menarik lebih ramai pelabur luar negara untuk datang ke negeri ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kerajaan kini dalam perancangan membangunkan loji hidrogen di kawasan sama yang akan turut dilengkapi dengan kemudahan perumahan serta jaringan jalan raya yang moden.

Pada masa sekarang ujarnya, Kerajaan Sarawak turut menerima cadangan daripada pelabur asing dari Amerika Syarikat yang ingin menempatkan operasi mereka di Kidurong.

“Jadi lawatan saya ke Sarawak Petchem Methanol Plant ini adalah bagi meninjau lokasi pelaksanaan projek serta melakukan perancangan yang lebih teratur di kawasan perindustrian ini,” ujarnya semasa lawatan kerja ke Sarawak Petchem di Tanjung Kidurong semalam.

Setakat ini, katanya, projek hab perubatan kita mempunyai pelaburan baharu dari Amerika Syarikat yang akan mengeluarkan bahan perubatan di Hab Inovasi Teknologi Perubatan Sarawak (SMITH) yang melibatkan pelaburan bernilai RM200 juta pada fasa 1 pelaksanaannya, yang mana fasa kedua pembangunannya nanti akan melibatkan pelaburan sekitar RM800 juta.

“Justeru, pembagunan hab petro kimia ini sebagai tepat pada masanya kerana segala rancangan pembangunan industri di kawasan terbabit akan dibangunkan secara seiring,” jelas beliau.

Abang Johari berkata pelaksanaan projek berkenaan yang dilaksana sehingga 2026 akan berupaya mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan khususnya di wilayah tengah Sarawak.

Beliau berkata sekiranya projek pembangunan ini berjalan lancar sebagaimana projek metanol, kerajaan akan meneruskan pembangunan projek pelan hidrogen dan menarik beberapa lagi pelaburan daripada syarikat minyak bagi membangunkan satu lagi pelan dengan hab perubatan.

Sumber: Utusan Borneo

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon