Seberang Perai pemangkin kemajuan masa depan P.Pinang - Chow - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Seberang Perai pemangkin kemajuan masa depan P.Pinang – Chow

Seberang Perai pemangkin kemajuan masa depan P.Pinang – Chow

03 Jun 2022

Kerajaan Pulau Pinang akan sentiasa berusaha keras memastikan Seberang Perai menjadi pemangkin pertumbuhan untuk masa depan negeri itu, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pentadbirannya memberikan fokus kepada pembangunan yang seimbang antara kawasan Pulau dan Seberang Perai apabila Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) melaksanakan pelan strategik bagi pertumbuhan kawasan pembangunan baharu berorientasikan ‘Bandar Hijau dan Pintar’ selain peningkatan nilai aset.

“Batu Kawan merupakan antara kawasan pemangkin pertumbuhan pesat Seberang Perai dan sememangnya banyak industri tertumpu di kawasan ini. Kerajaan negeri melalui PDC sedang membangunkannya sebagai kawasan perindustrian utama seperti Taman Perindustrian Batu Kawan, Batu Kawan Timur dan Selatan Penang Science Park.

“Perancangan pembangunan di Bandar Cassia Technology Park (BCTP) dan Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP 3) akan memastikan penawaran tanah perindustrian kepada pelabur mencukupi untuk industri seperti elektrik dan elektronik, Electrical & Electronics (E&E), Perkhidmatan Pembuatan Elektronik (EMS), semikondukter, automotif dan lain-lain,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Chow berkata pihak PDC turut membuat kajian pembangunan Penang Science Park South (PSPS) sebagai kawasan industri am dan makanan (hab halal) yang melibatkan pembangunan hab logistik di kawasan Seberang Perai.

Selain itu, Pelan Induk Pembangunan Bandar Cassia juga melibatkan kombinasi pembangunan bercampur dan bersepadu melibatkan perumahan, komersial, pendidikan, perubatan dan perindustrian

Walaupun Seberang Perai pesat membangun, Chow berkata kerajaan negeri tidak dapat menafikan bahawa masih terdapat beberapa masalah seperti kesesakan lalu lintas, pengurusan sisa, pencemaran sungai, masalah bekalan air wujud yang semakin mewujudkan masalah.

Tambahnya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah RM316.13 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan pada 2022 yang akan mengambil kira keperluan projek-projek kritikal dan berimpak tinggi.

“Bagaimanapun, peruntukan ini sahaja tidak mencukupi untuk menambah baik jaringan fasiliti dan keperluan di Seberang Perai dan kita memerlukan peruntukan lebih besar,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon