Solarvest perkasa insiatif hijau Bromma melaluipenyediaan rumusan tenaga bersih - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Solarvest perkasa insiatif hijau Bromma melaluipenyediaan rumusan tenaga bersih

Solarvest perkasa insiatif hijau Bromma melaluipenyediaan rumusan tenaga bersih

24 Mei 2023

Pakar tenaga bersih, Solarvest Holdings Bhd mengumumkan kejayaan menyiapkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) 1.1 megawatt-peak (MWp) untuk Bromma (M) Sdn Bhd di kilang pembuatannya di Chemor, Perak.

Solarvest berkhidmat sebagai penyedia kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan komisen (EPCC) untuk pemasangan atas bumbung panel PV solar dengan jangkaan penjanaan elektrik bersih tahunan sebanyak 1,497.8 megawatt-jam (MWj).

Ia membolehkan Bromma mengimbangi 957 tan pelepasan karbon dioksida, yang bersamaan dengan kesan penulenan udara 43,505 pokok matang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penggalakan dan Pemudahcara Pelaburan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja berkata, pihaknya menyatakan komitmen penuh menyokong perniagaan dan pelabur sepanjang perjalanan mereka di Malaysia.

Beliau berkata, dedikasi Bromma terhadap tenaga boleh diperbaharui (RE) tidak mungkin datang pada masa lebih sesuai.

“Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan dasar berwawasan yang menonjolkan kepentingan sumber tenaga bersih.

“Dengan menggunapakai tenaga suria, Bromma bukan sahaja mengurangkan kesan alam sekitar mereka tetapi menyumbang secara aktif kepada matlamat bercita-cita tinggi negara untuk meningkatkan campuran kapasiti RE kepada 70% menjelang 2050.

Mereka membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, amalan kelestarian diperkuatkan dengan penggunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang pastinya akan memacu pertumbuhan mampan dengan menangani isu berkaitan perubahan iklim.

Katanya, ia selaras dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk memastikan negara kekal sebagai destinasi berdaya saing untuk pelaburan bernilai tinggi, memberikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan holistik.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata, pihaknya gembira kerana berjaya menyelesaikan pemasangan sistem PV solar atas bumbung, yang mana komitmennya terhadap kualiti dan penghantaran tepat pada masanya untuk menyumbang kepada matlamat kemampanan Bromma.

“Dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam kejuruteraan ‘turnkey’ dan penyelesaian teknikal, kami yakin dapat membantu Bromma mencapai sasaran kecekapan tenaga melalui sistem PV solar ini,” katanya.

Sumber: DagangNews.com

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon