Tasco cadang beli 50 peratus Hypercold bernilai RM10.55 juta - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Tasco cadang beli 50 peratus Hypercold bernilai RM10.55 juta

Tasco cadang beli 50 peratus Hypercold bernilai RM10.55 juta

21 Apr 2021

Anak syarikat milik 70 peratus Tasco Bhd, TASCO Yusen Gold Cold Sdn Bhd (TYGC) dengan Swift Integrated Logistics Sdn Bhd (SILSB) bercadang untuk bersama-sama membeli 100 peratus kepentingan dalam Hypercold Logistics Sdn Bhd bernilai RM21.10 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Tasco berkata TYGC dan SILSB telah menandatangani perjanjian jualan saham bersyarat dengan Hypercold hari ini bagi cadangan pengambilalihan itu.

Di bawah perjanjian itu, penyedia penyelesaian logistik berkenaan berkata TYGC dan SILSB masing-masing akan memperoleh 50 peratus kepentingan dalam Hypercold bernilai RM10.55 juta.

Mengenai rasional pengambilalihan itu, Tasco berkata syarikat itu menerusi TYGC telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai penyedia logistik rangkaian sejuk terkemuka di Semenanjung. Bagaimanapun, ia tidak mempunyai logistik rangkaian sejuk di Sabah atau Sarawak.

“Dengan melaksanakan cadangan pengambilalihan itu, ia akan melengkapkan infrastruktur sedia ada TYGC untuk mengembangkan tawaran perkhidmatan logistik rangkaian sejuknya ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, langkah pengambilalihan bersama SILSB akan memastikan kadar penghunian gudang rangkaian sejuk dan infrastruktur logistik Hypercold yang lebih tinggi memandangkan TYGC boleh memanfaatkan asas pelanggan SILSB yang luas di Sabah dan Sarawak.

“Hypercold sesuai dengan strategi TYGC kerana rekod prestasi operasinya kira-kira 10 tahun dengan penggiat utama industri makanan dan minuman di Sabah,” katanya.

Menurut Tasco, ketika ini Hypercold mempunyai kapasiti gudang rangkaian sejuk terbesar dengan 3,000 ruang palet serta lapan trak kawalan suhu di Sabah.

Mengenai unjuran, Tasco menjangka permintaan bagi logistik rangkaian sejuk akan meningkat seiring dengan peningkatan pendapatan boleh guna penduduk di Sabah dan Sarawak yang mana pengguna akan mempunyai permintaan lebih tinggi terhadap makanan segar dan bersih, yang seterusnya memacu permintaan kepada perkhidmatan logistik rangkaian sejuk yang menyeluruh.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon