Unit AT Systematization bakal hasilkan ‘aluminium profiles’ bernilai AS$10 juta
09 Feb 2022
Anak syarikat milik penuh AT Systematization Bhd (ATS), AT Precision Tooling Sdn Bhd (ATP) telah memeterai kontrak dengan Maschinenfabrik Rieter AG (Rieter) untuk menghasilkan ‘aluminium profiles’ bagi sektor Rieter’s Card dan Ringspin bernilai AS$10 juta (AS$1=RM4.18).
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, ATS berkata tempoh sah adalah antara 1 Jan, 2022 dan 30 Dis, 2023.
Kontrak tersebut dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022.
ATP sebelum ini telah menandatangani perjanjian pembelian asas dengan Rieter pada 5 Julai, 2019, untuk pembuatan dan pembekalan komponen mesin berkualiti tinggi seperti ‘aluminium profiles’ untuk digunakan dalam mesin tekstil oleh ATP kepada Rieter.
Sumber: Bernama