Unit K-One Tech meterai perjanjian pembangunan dan pembuatan dengan Therma Bright Kanada - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Unit K-One Tech meterai perjanjian pembangunan dan pembuatan dengan Therma Bright Kanada

Unit K-One Tech meterai perjanjian pembangunan dan pembuatan dengan Therma Bright Kanada

19 Mei 2021

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, di bawah perjanjian itu katanya, K-One MediTech akan bertindak sebagai pengeluar utama di Asia yang akan menghasilkan Kit Ujian Air Liur  Antigen Rapid COVID-19 AcuVid TBI bagi tempoh dua tahun bermula daripada kumpulan pengeluaran pertama untuk pasaran komersial.

Ia berkata tempoh perjanjian adalah selama tiga tahun selepas tarikh ia berkuat kuasa dan secara automatik diperbaharui selama setahun kecuali pemberitahuan diberikan oleh salah satu pihak kepada pihak yang lain dengan memberi notis 90 hari memaklumkan untuk tidak memperbaharui perjanjian.

“Perjanjian itu akan memberi peluang kepada kumpulan K-One untuk terus mengembangkan perniagaan peranti perubatannya dan pada masa yang sama menyumbang untuk memerangi pandemik COVID-19,” jelasnya.

Ia menambah dengan pengeluaran yang dijangka  bermula pada suku ketiga 2021 dan unjuran jualan secara progresif  meningkat kepada kira-kira sejuta kit sebulan dalam tempoh dua tahun, ia diharapkan dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan K-One Tech bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 dan dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon