Unit K-One Technology terima kelulusan membekal, mengeluarkan swab hidung - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Unit K-One Technology terima kelulusan membekal, mengeluarkan swab hidung

Unit K-One Technology terima kelulusan membekal, mengeluarkan swab hidung

30 Dis 2020

Anak syarikat milik penuh K-One Technology Bhd (K-One), K-One MediTech Sdn Bhd menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti (MDA) di Malaysia untuk mengeluarkan dan membekalkan lima varian tambahan swab hidung untuk kegunaan ujian COVID-19.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, K-One berkata ini adalah tambahan kepada kelulusan awal yang diperolehinya membabitkan ujian swab hidung khusus yang diberikan MDA pada 3 Sept 2020.

“Dengan spektrum swab hidung yang diluluskan, syarikat ini berada di landasan untuk memenuhi pelbagai keperluan golongan kanak-kanak dan dewasa yang memerlukan diameter kepala dan panjang aplikator yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, kelulusan itu adalah tepat pada masanya berikutan kerajaan mewajibkan semua pekerja asing untuk menjalani ujian COVID-19 mulai 1 Jan 2021, yang akan meningkatkan permintaan terhadap swab hidung.

Syarikat itu berkata, ia bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan itu dan akan bekerjasama dengan pengedar tempatan untuk meningkatkan aktiviti pemasaran ke hospital kerajaan dan swasta serta makmal ujian, selain ke pasaran luar negara yang disasarkan yang mempunyai potensi permintaan swab hidung dan mulut yang tinggi akibat peningkatan jangkitan COVID-19.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon