VentureTECH labur RM10 juta bantu komersilkan tong biodegradasi pertama di Malaysia - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


VentureTECH labur RM10 juta bantu komersilkan tong biodegradasi pertama di Malaysia

VentureTECH labur RM10 juta bantu komersilkan tong biodegradasi pertama di Malaysia

22 Dis 2020

VentureTECH Sdn Bhd telah melabur sebanyak RM10 juta dalam Gaia Plas Bhd untuk membantu pengkomersilan tong biodegradasi pertama di Malaysia dalam masa terdekat.

Gaia Plas merupakan sebuah syarikat Malaysia yang terlibat terutamanya dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi semua produk pembungkusan, pembangunan plastik biodegradasi berasaskan tumbuhan dan pembelian aset bagi mengkomersilkan produk hijau mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, VentureTECH berkata pelaburan dalam Gaia Plas merekodkan pelaburan ketiga syarikat dalam teknologi hijau bagi 2020, dan langkah itu juga sejajar dengan usaha untuk menggalakkan daya saing syarikat bumiputera dengan menggalakkan mereka menghasilkan produk hijau bernilai tinggi.

“Sejak penubuhan kami sedekad yang lalu, dan dengan penambahan Gaia Plas, VentureTECH telah melabur dan komited untuk melabur dalam 23 pemimpin industri teknologi bumiputera dalam industri berasaskan bio, baharu muncul, dan hijau yang disasarkan, dengan agregat nilai pelaburan bersih melepasi paras RM1 bilion,” katanya.

Menurut VentureTECH, pelaburan dalam Gaia Plas juga akan membantu merealisasikan matlamat kerajaan untuk memastikan perniagaan hijau menyumbang kepada kira-kira 1.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Malaysia menjelang 2030 atau kira-kira RM60 bilion daripada RM8 bilion pada 2013.

“Ia juga akan memenuhi mandat VentureTECH untuk meningkatkan penyertaan industri bumiputera dalam pertumbuhan tinggi, industri bernilai tambah tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan VentureTECH, Norida Abd Rahman berkata, misi syarikat untuk memberi sokongan kepada syarikat bumiputera yang meneroka pelaburan dalam teknologi hijau yang sesuai dengan agenda nasional, kerana Malaysia berharap dapat meningkatkan pertumbuhan pasaran di dalam dan luar negara bagi produk berasaskan bio baharu dalam pembungkusan hijau serta alternatif lain untuk plastik.

“Kami berbangga kerana terlibat dengan syarikat bumiputera yang berdaya tahan dan berani seperti Gaia Plas bahawa walaupun menghadapi cabaran perniagaan semasa pandemik COVID-19,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Gaia Plas, Rina Shahar pula berkata sokongan daripada pelabur seperti VentureTECH adalah penting untuk merealisasikan visi Gaia Plas dan strategi jangka panjang bagi menghasilkan produk mampan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk terus mengembangkan industri ini dan memastikan matlamat bersama akhirnya tercapai,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon