Widad meterai MoC projek pengurusan loji fotovolta - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Widad meterai MoC projek pengurusan loji fotovolta

Widad meterai MoC projek pengurusan loji fotovolta

03 Feb 2021

Widad Group Bhd (Widad) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Motion Ventures Sdn Bhd (MVSB) berkaitan pengurusan kemudahan projek loji fotovolta berskala besar di Sungkai, Perak, serta 66 projek solar komuniti.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Widad berkata MVSB telah mengemukakan bidaannya untuk projek loji fotovolta 1,000 megawatt kepada pihak berwajib dan kini sedang menunggu pelantikan dan/atau hasil bidaan.

“MoC akan berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan selepas pelaksanaan oleh kedua-dua pihak dan boleh dilanjutkan atau ditamatkan sekiranya projek ini tidak dianugerahkan dan/atau ditamatkan oleh kerajaan dan/atau pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Menurut makluman itu, MVSB memiliki dan mengendalikan 66 projek solar komuniti di Malaysia, yang mana tenaga elektrik yang dijana daripada projek solar komuniti dibekalkan ke dalam grid melalui Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui.

Widad berkata kerjasama itu diharap dapat meningkatkan penawaran perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadunya dan menyumbang secara positif kepada pendapatannya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon