Berita Industri Archives - Page 4 of 29 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan komited bangun industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik – Tengku Zafrul

Kerajaan komited membangunkan industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik yang membuka pelbagai peluang kejuruteraan kejituan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata negara-negara pengeluar utama automotif menunjukkan bahawa impak penting daripada industri ini ialah penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan tenaga kerja mahir serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Peluang muncul dalam bidang tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, sistem simpanan tenaga dan perkhidmatan sokongan bagi kenderaan elektrik (EV) seperti stesen pengecas, operasi dan penyenggaraan EV,” katanya.

Tengku Zafrul berkata MITI sedang meneliti dengan serius dasar yang akan menyokong sektor ini, untuk memastikan ekosistem EV lengkap dan disokong sepenuhnya, termasuk piawaian, pensijilan dan pengesahan yang berkaitan dengan sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, penukaran bateri dan pengecasan tanpa wayar.

Beliau berkata demikian dalam ucap tamanya pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara EVE Energy Malaysia Sdn Bhd (EVE) dan Pemaju Kelang Lama Sdn Bhd, di sini, hari ini.

EVE yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat pengeluaran bateri litium dari China EVE Energy Co Ltd menerusi anak syarikatnya EVE Asia Co Ltd memeterai MoU itu dengan Pemaju Kelang Lama untuk membina kilang pembuatan bateri litium-ion silinder EVE bernilai AS$422.3 juta (AS$1= RM4.4735) di Kulim, Kedah.

Tengku Zafrul berkata pelaburan besar itu dijangka menjana kira-kira 600 peluang pekerjaan baharu berkualiti tinggi dan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Dengan penubuhan kilang pembuatan ke-53 EVE itu, kita bersedia untuk mengukuhkan ekosistem mampan kita dan mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih cerah dan makmur,” katanya.

Tengku Zafrul percaya kilang itu akan dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan taman industri bateri silinder antarabangsa di negara ini, meningkatkan ekosistem mampan Malaysia dan memacu kemajuan teknologi.

“Keputusan EVE untuk melabur di Malaysia mencerminkan keyakinannya terhadap tenaga kerja mahir dan kepakaran teknologi negara, meletakkan kita sebagai destinasi menarik untuk pelabur global,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, industri bateri adalah komponen yang amat diperlukan dalam peralihan ke arah masa depan yang mampan dengan pengangkutan menggunakan elektrik dan mengimbangi grid kuasa.

“Saya amat yakin Malaysia mempunyai potensi untuk muncul sebagai kuasa perintis dalam pasaran EV di rantau ini,” katanya.

Sumber: Bernama

Kerajaan komited bangun industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik – Tengku Zafrul


Content Type:

Duration:

Perak telah bersedia menjadi peneraju industri automotif negara dengan giat menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan Proton City, Tanjung Malim.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah proaktif memajukan kawasan itu telah dilakukan bagi menampung kemasukan pekerja berikutan Proton akan memindahkan keseluruhan operasinya dari Shah Alam ke daerah itu pada

2027.

“Kita ambil berat perkara ini setelah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) melawat China dan ada komitmen daripada Proton Geely untuk menambah pelaburan di Tanjung Malim.

“Sekarang ada lebih 3,000 pekerjanya berpindah dan menjelang 2027, dianggarkan 10,000 pekerja akan berpindah termasuk ahli keluarganya. Kita jangka 50,000 orang akan menghuni kawasan Proton City.

“Jadi, kita kena buat persiapan segera dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini dengan menyediakan kawasan perumahan baharu serta pembinaan lebih banyak sekolah menengah dan rendah berikutan sekolah yang ada kini tidak boleh menampung pelajar dalam tempoh itu,” katanya pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Negeri Perak di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Anwar bahawa Malaysia berpotensi menjadi industri automatif serantau pada pelancaran model baharu Proton X90 di ibu negara Ahad lalu.

Dalam pada itu, Saarani berterima kasih kepada Anwar yang turut membantu melancarkan usaha kerajaan negeri menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat automatif utama.

Sumber: Sinar Harian

Perak bersedia jadi peneraju industri automotif negara


Content Type:

Duration:

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd melabur lebih RM60 juta untuk mengembang dan melonjak jenama GAC, antara jenama automotif terkemuka dari China.

Pelaburan terbabit juga adalah untuk menaik taraf kilang pembuatan milik Tan Chong di Segambut bagi memasang model GAC Motor GS3 serba baharu serta mengembangkan kehadirannya di seluruh negara.

Suntikan pelaburan untuk projek pemasangan tempatan (CKD) itu juga adalah pelaburan untuk peralatan model khusus bagi memenuhi keperluan CKD model baharu dan keperluan standard GAC.

Projek CKD yang diumumkan kira-kira 18 bulan selepas WTCA dan GAC International memeterai perjanjian pengedaran, pelantikan WTCA sebagai pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan GAC di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings, Tan Keng Meng, berkata dengan pengalaman dan suntikan pelaburan terbaharu itu, syarikat itu yakin dapat memenuhi jangkaan GAC.

“Pasukan kami mempunyai kerjasama yang kukuh dengan pasukan GAC untuk memastikan kami dapat memenuhi Piawaian Kualiti GAC.

“GAC telah menetapkan standard yang sangat tinggi dalam industri automotif kerana mereka telah mendominasi tempat teratas dalam Tinjauan Kualiti Permulaan JD Power China selama lapan tahun berturut-turut,” katanya pada sidang media selepas pengumuman projek CKD WTCA-Guangzhou Automobile Group (GAC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Kumpulan GAC dan Pengerusi Antarabangsa GAC, Yu Jun.

Projek CKD terbabit adalah sebahagian daripada perkongsian komersil jangka panjang GAC Motor dan Kumpulan Tan Chong di rantau ASEAN.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenalkan inventori yang menarik dan komprehensif bagi model GAC MOTOR pemanduan sebelah kanan, termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Selain itu, semua model Global GAC Motor baharu akan dibangunkan serentak untuk pemanduan sebelah kanan dan kiri, memastikan pengguna Malaysia menerima model terkini pada kadar yang sama seperti pengguna global yang lain.

Mengulas lanjut, Keng Meng berkata, kerjasama CKD antara WTCA dan GAC adalah satu pencapaian penting bagi industri automotif Malaysia kerana projek CKD Malaysia adalah yang pertama untuk projek GAC di ASEAN.

Katanya, ia menunjukkan komitmen kedua-dua syarikat untuk mengembangkan kehadiran dalam pasaran Malaysia dan membekalkan pengguna Malaysia dengan kenderaan termaju.

“WTCA juga merancang menggunakan pelaburan ini untuk menubuhkan lebih daripada 70 bilik pameran melalui persediaan cawangan dan pelantikan pengedar untuk meliputi seluruh negara.

“Bilik pameran perdana GAC Motor Malaysia yang pertama akan berpangkalan di Seksyen 13 Petaling Jaya, yang dijangka siap pada suku ketiga 2023.

“Bilik pameran flagship baharu itu akan mengalu-alukan semua pelanggan untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat kenderaan GAC Motor. Pelanggan digalakkan untuk memandu uji untuk merasai keunggulan produk,” katanya.

Sementara itu, Jun berkata, GAC yang sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi dalam menghasilkan kereta berkualiti tinggi meletakkan keyakinan terhadap WTCA berdasarkan pengalaman luas dalam industri automotif.

“Kami yakin WTCA dapat memenuhi standard kualiti pembuatan kami yang tinggi. Kami menjangkakan bahawa dengan pembangunan tiga hingga lima tahun, pengeluaran serta jualan akan mencecah 50,000 unit.

“Untuk memenuhi sasaran ini, GAC akan terus menyelaraskan sumber dalaman dan luaran serta meningkatkan sokongan untuk pasaran Malaysia, mempercepatkan pelancaran model utama, menambah baik matriks model serta menyediakan produk kenderaan yang lebih pintar dan berkualiti tinggi untuk pengguna tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, WTCA akan memulakan pemasangan model pertama CKD, GAC Motor GS3 pada suku kedua tahun depan.

Model berkenaan hadir dengan enjin 1.5 Turbo Direct Injection generasi ketiga yang digandingkan dengan transmisi WDCT 7-kelajuan dengan tork 270Nm pada 1,400 hingga 4,500rpm.

Dengan reka bentuk generasi akan datang dan sistem bantuan pemandu termaju tahap 2, model terbabit dijangka menarik minat pembeli di pasaran automotif tempatan.

WTCA berkata, butiran lanjut mengenai model berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian

WTCA labur lebih RM60 juta bangun projek pemasangan tempatan GAC


Content Type:

Duration:

Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), anak syarikat Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT)  hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Polymateria Ltd (Polymateria) untuk bersama-sama membangunkan produk yang menggabungkan resin plastik biodegradasi generasi akan datang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LCT Park Hyun Chul berkata kerjasama itu adalah untuk membangunkan produk dengan teknologi biotransformasi Polymateria dan mengkomersialkan resin biodegradasi baharu.

“Inovasi ini boleh menyokong pengurusan sisa plastik di Malaysia memandangkan kerajaan berusaha ke arah melaksanakan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan untuk menguruskan sampah marin,” katanya.

Park berkata LCT mengambil peranan aktif untuk mengurangkan kesan alam sekitar dengan membangunkan dan mengkomersialkan teknologi mampan seperti Resin+, penyelesaian yang menggabungkan teknologi Polymateria pada peringkat pembuatan resin untuk memastikan plastik mampu terbiodegradasi sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Polymateria Niall Dunne berkata menggunakan teknologi biotransformasi dalam resin plastik Lotte untuk menghasilkan penyelesaian biodegradasi hujung-ke-hujung yang akan memberikan kebolehan untuk berubah dari segi skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan merupakan peristiwa penting bagi industri resin di seluruh dunia.

“Tiada penghasilan mikroplastik” dengan plastik kembali kepada alam semula jadi dengan selamat dan berkesan dalam tempoh dua tahun tanpa sebarang isu ekosistem.

“Kami tidak sabar-sabar untuk melihat produk biodegradasi yang diperbuat daripada resin biodegradasi berada di pasaran Malaysia dan rantau ini tidak lama lagi, disokong oleh visi kelestarian kerajaan,” katanya.

Standard PAS 9017 oleh British Standard Institution (BSI) mengenai plastik biodegradasi juga telah diiktiraf dalam Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan sebagai piawaian untuk mengawal produk biodegradasi.

LCT ialah pengeluar poliolefin kendiri pertama Malaysia dan salah satu pengeluar olefin dan poliolefin bersepadu terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Polymateria ialah syarikat teknologi Britain yang membangunkan alternatif plastik biodegradasi.

Sumber: Bernama

Lotte Chemical Titan bersama Polymateria akan hasilkan resin plastik biodegradasi


Content Type:

Duration:

Silver Valley Technology Park (SVTP) yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Perak, akan turut menempatkan kilang pemprosesan mineral ‘Zero Waste Facility’ (kemudahan buangan sifar) dengan kos pembinaan bernilai RM40 juta dan dijangka beroperasi pada 2024.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembukaan kilang pemprosesan syarikat Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd yang menawarkan kira-kira 500 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat negeri tersebut, juga menjadi permulaan bagi inisiatif pembangunan di SVTP dan merangkumi usaha pemprosesan mineral secara komprehensif di peringkat pertengahan dan hiliran.

“Kilang tersebut mampu menghasilkan sehingga satu juta tan pasir silika putih setahun; 100,000 tan pasir kuartza berketulenan tinggi serta penghasilan bahan silikon bagi kegunaan industri tenaga boleh baharu.

“Malah, kilang pemprosesan itu yang juga pertama di rantau ini menggunakan model Built-To-Suit and Lease (BTSL), dibina di atas tapak berkeluasan 11.88 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan kilang pemprosesan mineral secara BTSL oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dengan usaha sama Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd (Jinjing Silicon) di Chemor dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Jinjing Silicon Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Mengulas selanjutnya, Saarani berkata pelaburan bernilai RM100 juta oleh pihak Jinjing Silicon bagi industri mineral itu turut menjadi momentum baharu dalam membangunkan aktiviti pertengahan dan hiliran serta merevolusikan nilai rantaian secara keseluruhan.

“Kelancaran proses transformasi bahan mentah kepada separuh siap, pengoptimuman logistik dan pengukuhan kapasiti pergudangan yang didorong oleh sumber mineral yang banyak terutamanya silika, dapat menarik pelabur domestik dan antarabangsa.

“Sejajar dengan itu, PKNPk komited untuk menyediakan persekitaran kondusif dan kemudahan terkini, perkhidmatan tambah nilai, sokongan infrastruktur serta kerjasama strategik bersama pemain-pemain utama industri bagi mengangkat Perak ke mercu kemajuan,” katanya.

Selain itu, mengulas penyertaan syarikat teknologi tinggi lain untuk melabur di SVTP, Saarani berkata ini termasuk syarikat besar dari China yang sama ada mahu memperluas pelaburan atau membuka syarikat baharu.

“(Namun) saya tidak boleh senaraikan sekarang ini selagi belum dapat kelulusan rasmi MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia),” katanya.

Sementara itu, Redza Rafiq berkata antara teknologi baharu diketengahkan oleh Jinjing Silicon adalah penghasilan kaca jenis ultra tipis, telus dan kaca kondusif bertenaga tinggi yang mampu menjimatkan lagi kos pembinaan. 

Sumber: Bernama

Saarani: Kilang proses mineral dengan kos RM40 juta dibina di SVTP, Perak


Content Type:

Duration:

Kerajaan Malaysia akan terus terlibat dalam kerjasama ekonomi kerajaan dengan kerajaan serta menarik lebih banyak syarikat China untuk melabur dalam sektor automotif tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa yang sama, sektor automotif juga perlu memastikan ekosistemnya memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mencerminkan keperluan pada masa depan.

“Pengasas dan Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li telah memaklumkan kepada saya tentang inisiatif segera untuk melaksanakan peralihan termasuk mempunyai kenderaan elektrik (EV) serta (kenderaan berkuasa) petroleum dan gas.

“(Ini) akan memudahkan peralihan (kepada EV) dan melihat secara pragmatik kepada perubahan itu dan pelaksanaannya,” katanya ketika melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama Proton Holdings Bhd (Proton), Proton X90 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini pada Ahad.

Anwar juga menggesa agar Proton untuk bergerak maju ke hadapan dan mendapatkan semula kedudukannya sebagai syarikat automotif terkemuka, menjadikan Malaysia sebagai hab eksport.

Beliau berkata, berdasarkan perbincangannya dengan Li, bagi memastikan Proton-Geely mencapai kecemerlangan, tumpuan perlu diberikan kepada latihan berkualiti dalam bidang yang mungkin tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

“Geely juga bersedia untuk menyokong program latihan utama untuk rakyat Malaysia di Proton untuk cemerlang dan meningkatkan kebolehan mereka,” katanya.

Pada Februari 2020, kerajaan melancarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 untuk membangunkan Malaysia sebagai hab automotif serantau untuk kenderaan cekap tenaga (EEV), termasuk EV.

NAP menggariskan strategi dan inisiatif khusus untuk meningkatkan pelaksanaan ekosistem EEV dan EV, memacu pemindahan teknologi dan membangunkan pengetahuan bagi industri automotif tempatan terus berkembang maju.

Sumber: Bernama

Malaysia bakal tarik lebih banyak syarikat automotif China


Content Type:

Duration:

Chery Automobile Co Ltd melantik anak syarikat Sime Darby Bhd, Inokom Corporation Sdn Bhd, sebagai pemasang tempatannya bagi kenderaan Chery di Malaysia.

Pengarah negara Chery Corporate Malaysia Leo Chen berkata perkongsian dengan Sime Darby itu bertujuan untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran sedang pesat membangun dalam rantau Asia Tenggara yang mencatatkan pertumbuhan menggalakkan.

Pada 2022, Chery mengeksport lebih daripada 450,000 kenderaan.

“Ia adalah satu perkongsian yang sangat menarik dan mengujakan. Ia mencipta pengalaman berharga dalam sektor automotif merentas rantaian nilai, yang akan menjadikannya satu perkongsian terbaik untuk berkembang bersama-sama,” katanya kepada pemberita pada pameran Malaysia Autoshow 2023, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, syarikat itu ingin mengembangkan segmen pemanduan sebelah kanannya di Malaysia tahun ini dan merancang membuka 70 bilik pameran di seluruh negara, yang mana 30 daripadanya sedang diubahsuai.

Kerjasama dengan Sime Darby untuk memasang kenderaan Chery di negara ini dijangka bermula pada suku ketiga 2023 di kilang pengeluaran dan pemasangan kenderaan motor Sime Darby, Inokom, di Kulim, Kedah.

Dilaporkan bahawa Chery akan mula memasang Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 pada Jun diikuti pelancarannya pada Julai.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson berkata kepercayaan yang diberikan Chery itu membuktikan tenaga kerja Malaysianya yang berkelayakan dan berkebolehan tinggi serta keupayaannya untuk memberikan nilai bermakna kepada rakan kongsi.

“Kami berharap untuk menjadi sebahagian daripada usaha inovasi berterusan Chery. Portfolio pemasangan adalah elemen utama dalam strategi pertumbuhan kami untuk Sime Darby Motors dan perkongsian ini menyokong portfolio tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Bernama

Chery Automobile lantik Sime Darby sebagai pemasang tempatan di Malaysia


Content Type:

Duration:

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta vendor digesa untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan amalan terbaik dalam reka bentuk dan pembuatan komponen kenderaan elektrik (EV) untuk kekal berdaya saing.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dengan elektrifikasi, komponen kenderaan akan lebih mudah dalam pemasangan, tetapi lebih canggih dalam reka bentuk dan pembangunan.

“Bagi memastikan daya saing dalam landskap yang semakin berkembang ini, penting bagi PKS dan vendor mendapat sokongan yang diperlukan.

“Sokongan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk akses kepada kepakaran teknologi, sumber penyelidikan dan pembangunan,” katanya pada prapelancaran Malaysia Autoshow 2023 di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 memberi penekanan yang kuat kepada membangunkan penyelesaian mobiliti baharu yang lebih cekap, mampan dan berteraskan pelanggan.

Ini termasuk menggalakkan kenderaan cekap tenaga (EEV) serta kenderaan berhubung dan autonomi atau Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), EV dan bentuk pendorong alternatif lain, katanya.

Beliau berkata kerajaan menjangka pertumbuhan NxGV yang pesat di Malaysia, memandangkan negara merupakan antara hab pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) terkemuka di Asia Tenggara.

“Kami dapat memanfaatkan kedudukan kami dengan memberi perkhidmatan kepada seluruh rantaian nilai, yang terdiri daripada semikonduktor, sensor, elektronik automotif, transceiver, bateri dan pemasangan auto,” katanya.

Beliau berkata sektor EV dalam pasaran ASEAN diunjurkan berkembang hampir 33 peratus setahun kepada US$2.7 bilion (US$1=RM4.45) menjelang 2027, daripada hampir US$500 juta pada 2021.

Ini bermakna elektrifikasi menjadi agenda yang lebih penting dan dari perspektif automotif, Malaysia perlu memacu ke arah matlamat yang lebih tinggi untuk penembusan EV dalam negara, katanya.

Sumber: Bernama

PKS, Vendor Digesa Ikuti Perkembangan Terkini Untuk Kekal Berdaya Saing Dalam Pasaran EV


Content Type:

Duration:

Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri), pengeluar produk makanan jenama tempatan melabur lebih RM250 juta bagi membangunkan kilang pembuatan baharu di Bandar Enstek, Negeri Sembilan yang dijangka dijangka memulakan operasinya pada awal 2025.

Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri, Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata kemudahan pembuatan terkini itu bakal meletakkan jenama berkenaan sebagai perintis dalam pengeluaran sos kicap di rantau ASEAN dengan menggunakan teknologi Mesin Pembuat Koji jenis Rotary.

“Kami mengumumkan bahawa Mahsuri bakal mengoperasikan sepenuhnya kilang pembuatan baharu yang terletak di Bandar Enstek.

“Kilang baharu seluas 24,000 meter persegi ini akan dilengkapi dengan kemudahan untuk pembuatan, gudang, makmal untuk jaminan kualiti, pusat penyelidikan dan pembangunan, pejabat dan fasiliti sosial,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah kilang baharu Mahsuri di sini, hari ini.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Industri, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Datuk Dr Mohamed Rafie Ab Malek; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhamad Nahar Mohd Sidek; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Negeri Sembilan; Datuk Najmuddin Sharif Sarimon; dan Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri, Datuk Ahmad Tajuddin Idris.

Mengulas lanjut, Mohd Roslan berkata, kilang pembuatan baharu itu membolehkan Mahsuri untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menyediakan produk berkualiti tinggi yang diperakui halal.

“Ini juga akan meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan Mahsuri pada masa akan datang, selain membolehkan kami memberi pengalaman yang baik kepada pengguna di dalam dan luar negara.

“Kilang pembuatan baharu ini akan dijadikan tempat untuk memproses produk yang diperakui halal di pasaran tempatan serta pasaran luar seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand, Myanmar, Kemboja, India dan Timur Tengah,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Mahsuri akan menerokai pasaran Amerika Syarikat (AS) secara beransur-ansur bagi menempatkan produk ‘Buatan Malaysia’ ke pasaran global.

“Dengan kilang baharu yang dibina di Negeri Sembilan, Mahsuri berhasrat untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk komuniti setempat dan meningkatkan kemahiran bakat,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin dalam ucapannya berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran Mahsuri ke Negeri Sembilan sebagai pusat pengilangan sos makanan dan seterusnya mewujudkan satu ekosistem baharu dalam industri yang berkaitan dengannya.

“Dengan pertumbuhan industri halal dan permintaan tinggi terhadap produk halal oleh masyarakat Malaysia dan dunia, saya berharap agar Mahsuri akan terus berkembang maju dan menjadi antara 10 jenama halal terbaik dunia pada masa hadapan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Mahsuri labur lebih RM250 juta bina kilang kicap, sos


Content Type:

Duration:

Industri semikonduktor negara dijangka berkembang dalam tempoh jangka panjang, dipacu terutamanya oleh permintaan daripada kemunculan teknologi baharu dan transformasi digital global serta pembukaan semula ekonomi utama seperti China.

Awal bulan ini, Malaysia menerima komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari China susulan permeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara perniagaan di kedua-dua negara.

Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai berkata Malaysia perlu terus mengukuhkan ekosistem elektrik dan elektroniknya (E&E) dan merebut peluang yang muncul daripada konflik geopolitik Amerika Syarikat (AS)-China.

Malaysia, terutamanya perlu menarik pelaburan langsung asing dalam kemudahan fabrikasi wafer dan teknologi canggih, katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, Goon Koon Yin, ketua pegawai eksekutif TT Vision Holdings Bhd (penyedia peralatan pemeriksaan dalam industri semikonduktor), mengunjurkan kitaran menaik pelaburan dalam kalangan pengeluaran domestik di China susulan pembukaan semula sempada negara mereka yang membantu meningkatkan keyakinan perniagaan.  

“Lebih banyak perjalanan bermakna lebih banyak interaksi dengan pelanggan. Jadi akan ada lebih banyak perniagaan dan penyiapan projek akan dipercepatkan,” katanya. 

MIDF Research, menerusi laporannya dalam tinjauan suku kedua 2023 berkata pemulihan aktiviti pembuatan China dan peningkatan indeks pengurusan pembelian pada Mac menandakan kekuatan ekonomi negara tersebut. 

“China merupakan pengguna utama semikonduktor, dan penyambungan semula aktiviti ekonomi di negara itu dijangka meningkatkan permintaan terhadap peranti dan komponen elektronik,” kata laporan itu.  

Sementara itu Wong berkata Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran tenaga kerja asing untuk menyokong pertumbuhan industri E&E di negara ini.

Beliau berkata strategi itu telah digunakan oleh banyak negara lain termasuk Amerika Syarikat, Singapura, England dan Australia. 

“Industri semikonduktor di Malaysia akan memerlukan banyak tenaga kerja manakala syarikat semikonduktor sedang menyusun semula dan mengurangkan saiz syarikat mereka daripada perspektif bilangan pekerja. 

“Tenaga kerja teknologi bukan hanya jurutera dan juruteknik sahaja. Tenaga kerja strategi dan sokongan seperti akauntan dan pakar rantaian bekalan juga diperlukan oleh industri,” katanya. 

Menurut laporan MIDF Research, tenaga kerja teknologi masih mendapat permintaan tinggi meskipun pemberhentian besar-besaran pekerja teknologi baru-baru ini yang menggusarkan pekerja dan pelabur. 

Kadar pemberhentian pekerja setiap bulan dalam syarikat teknologi sepanjang 2022 berlegar sekitar satu peratus daripada jumlah tenaga kerja atau sekitar 1.4 juta orang, yang lebih rendah daripada angka pra-pandemik.

“Walaupun kita mungkin tidak melihat peningkatan dalam keseluruhan pengambilan pekerja,  angka pekerjaan boleh terus meningkat, dan industri tertentu akan mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa disokong oleh pendigitalan yang akan terus menembusi sektor perindustrian melangkaui barangan teknologi dan pengguna.

“Oleh itu, kami berpendapat bahawa pemberhentian pekerja dalam bidang teknologi hanya perlu dilihat sebagai pelarasan kecil dalam sektor itu,” kata firma penyelidikan itu. 

Sumber: Bernama

Pembukaan semula ekonomi China, teknologi baharu rahmat kepada industri semikonduktor negara


Content Type:

Duration:

Kerajaan komited menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa dan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pemegang kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaburan dan pertumbuhan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau juga berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.

ADVERTISING

“Tidak kira apa juga cabaran yang mendatang, saya dan pasukan saya bersedia untuk memastikan transformasi perindustrian Malaysia dan terus memasarkan Malaysia sebagai papan loncatan utama dan cekap kos atau pangkalan sokongan bagi negara-negara yang mahu memasuki pasaran Asean atau malahan Asia, ” katanya pada majlis permeteraian antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP Asia Ltd, di sini, hari ini.

ADE, cabang kejuruteraan dan penyenggaran Capital A Bhd, memperoleh pelaburan berjumlah US$100 juta (US$1=RM4.460) daripada OCP Asia untuk membina dan mengendalikan kemudahan hangar penyenggaraan pesawat canggih di Sepang, Selangor.

Tengku Zafrul berkata Malaysia memiliki industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang berkembang maju yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan.

Pada 2022, katanya, Malaysia memperoleh projek pengembangan MRO bernilai RM600 juta melibatkan aktiviti MRO komponen dan penyenggaraan berat, daripada pelbagai syarikat bereputasi tinggi yang beroperasi di negara ini.

“Ini menunjukkan pelabur dari dalam dan luar Malaysia melihat sektor MRO kita sebagai peluang pelaburan dengan potensi pertumbuhan yang besar,” katanya.

Beliau juga berkata penyertaan ADE dalam bidang MRO di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik dijangka meningkatkan lagi pertumbuhan industri MRO Malaysia selain memacu persaingan sihat dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.

“Apa yang paling penting, perkongsian ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan bergaji lebih tinggi bagi tenaga kerja tempatan dan peluang untuk penyetempatan perkhidmatan lain oleh syarikat kecil dan sederhana dalam rantaian bekalan tempatan,” kata Tengku Zafrul.

Menurutnya, semua ini akan menyokong pelaksanaan kerangka industri Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang diterajui National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) untuk membantu meletakkan Malaysia sebagai hab aeroangkasa utama di Asia Tenggara menjelang 2030.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus menyasarkan pelaburan langsung asing dalam sektor strategik yang memberi kesan kepada pertumbuhan masa depan, iaitu sektor elektrik dan elektronik, terutamanya untuk peralatan perubatan, farmaseutikal, ekonomi digital, aeroangkasa dan bahan kimia.

Sumber: Bernama

Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa – Tengku Zafrul


Content Type:

Duration:

Johor Petroleum Development Corp Bhd (JPDC) memperoleh pelaburan komited bernilai lebih RM5 bilion dalam fasa dua Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di tengah-tengah pemulihan pasca-COVID19.

Sehingga 6 April 2023, pelaburan komited dalam fasa dua PIPC berjumlah RM5.05 bilion berbanding sasaran 2021 JPDC untuk menarik pelaburan baharu bernilai RM5 bilion ke pembangunan yang meliputi antara tahun 2020 hingga 2025 itu.

Pemangku Ketua Eksekutif Izhar Hifnei Ismail berkata agensi itu pada masa ini sedang memudahkan dan membantu beberapa bakal pelabur dalam kajian kebolehlaksanaan mereka ke arah mewujudkan perniagaan hiliran minyak dan gas serta petrokimia mereka di PIPC.

“Untuk fasa dua ini, kita sudah mula fokus kepada pembukaan kawasan industri baharu seperti Taman Perindustrian Pengerang (Pengerang Industrial Park) oleh Johor Corporation. Kemudian kita bawa masuk peserta lain seperti LG Chem Ltd dari Korea Selatan yang membuat usaha sama bersama PETRONAS.

“Semua aktiviti ini sama ada berkait langsung dengan penyeliaan kawasan industri, petrokimia ataupun aktiviti sokongan akiviti hiliran minyak dan gas ataupun petrokimia,” kata Izhar Hifnei.

PIPC ialah pembangunan 25 tahun antara 2013 dan 2037 yang membabitkan empat fasa.

Fasa satu (2013-2019) menyaksikan dua projek pemangkin yang sedang dibangunkan.

Terminal Air Dalam Pengerang ialah kemudahan penyimpanan minyak dan produk petroleum dengan kapasiti sehingga 5.0 juta meter padu, disokong oleh jeti air dalam. Ia dibangunkan oleh Dialog Group Bhd dengan pelaburan sebanyak RM14.71 bilion.

Projek lain ialah Kompleks Bersepadu Pengerang yang terdiri daripada kemudahan penapisan dan petrokimia serta kemudahan sokongan yang dibangunkan oleh PETRONAS dengan pelaburan AS$27 bilion.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor juga telah membangunkan infrastruktur kritikal dan kemudahan sosial dalam PIPC bernilai lebih RM3 bilion untuk menyokong pertumbuhan industri.

Izhar Hifnei berkata dengan pertumbuhan pesat teknologi hijau dan kemampanan, JPDC menggalakkan pelaburan baharu dalam fasa kedua PIPC untuk mempunyai rancangan kemampanan yang kukuh dan nyata.

Beliau menjelaskan bagi syarikat-syarikat ini melabur dan meningkatkan modal mereka, pembiaya mereka akan sentiasa meneliti dan menilai cadangan projek selaras dengan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Untuk mencapai semua ini, kami telah menemui banyak cadangan baharu untuk membawa masuk teknologi yang mengambil kira untuk menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah, contohnya. Teknologi itu tersedia dan sememangnya kami menggalakkan pelabur yang ingin menggunakan teknologi sedemikian untuk PIPC,” tambahnya.

Pelaburan baharu itu kebanyakannya dari Eropah dan Asia.

Sumber: Bernama

JPDC raih komitmen pelaburan lebih RM5 bilion


Content Type:

Duration:

Kerajaan komited untuk membantu pembangunan dan perkembangan industri tenaga yang boleh diperbaharui melalui suntikan dana berjumlah RM5 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk menyokong sektor tenaga hijau dan lestari, termasuk pembiayaan projek yang menggunakan teknologi hijau atau amalan rendah karbon.

ADVERTISING

Katanya, sebanyak RM3 bilion lagi diperuntukkan bagi pembiayaan projek lestari seperti Stesen Janakuasa Hidro Kecil dan Kenderaan Elektrik (EV) sehingga tahun 2025 di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS).

Menurutnya, semua pihak digalakkan untuk menyokong usaha berkenaan selain negara harus menjadi lebih proaktif dengan menyediakan lebih banyak peluang dan penyertaan daripada sektor swasta.

“Mungkin selepas ini Kementerian Kewangan boleh meningkatkan peruntukan dana… tidak hanya pada RM5 bilion sahaja. Mungkin ia perlu ditambah bagi projek-projek kelestarian alam seperti projek jana kuasa elektrik melalui hidro,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena dengan Lawatan Kerja ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Pengarah Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC) Dzulkifly Abdul Khalid.

Selain di Sungai Slim, PHREC turut telah membangunkan dua lagi Stesen Janakuasa Hidroelektrik di Perak iaitu di Sungai Selama dan Sungai Kerian yang kesemuanya menghasilkan 29 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Dalam pada itu Ahmad berkata projek pembinaan loji kuasa hidroelektrik kecil itu bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar malah dapat menjana pendapatan kepada negeri.

“Projek pembangunan stesen janakuasa hidroelektrik bukan sahaja meningkatkan usaha untuk memelihara alam sekitar, malah ia juga dapat menjana pendapatan tenaga hijau untuk Malaysia.

“Saya difahamkan bahawa keseluruhan 300 MW stesen-stesen janakuasa hidroelektrik di negeri Perak dan Pahang dijangka menjana perolehan sebanyak RM12 bilion dalam tempoh 21 tahun perjanjian pembelian tenaga tenaga boleh diperbaharui (REPPA),” jelas beliau.

Sumber: Astro Awani

Kerajaan komited bangun industri tenaga boleh perbaharui melalui suntikan RM5 bilion – Ahmad Maslan


Content Type:

Duration:

Syarikat subsidiari LBS Bina Group Berhad (LBS), Leaptec Engineering Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Desan Deniz Ins. San. A.S (Desan) iaitu sebuah syarikat perniagaan perkapalan terkemuka yang berpangkalan di Istanbul, Turki.

MoU tersebut menyaksikan kedua-dua pihak menjalinkan kerjasama bagi meneroka potensi pelaksanaan pembinaan dan pembangunan perniagaan limbungan pembaikan kapal serta pembinaan kapal dalam tiga fasa dengan anggaran nilai projek melebihi RM2 bilion di Tanjung Bruas, Melaka.

Leaptec dan Desan juga akan meneroka pelbagai peluang kerjasama, sokongan pihak berkaitan, subsidi dan kewangan jangka panjang yang kukuh.

Majlis menandatangani MoU itu Pengarah Urusan Kumpulan LBS dan Leaptec, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan telah menandatangani perjanjian bagi pihak Leaptec, manakala Desan diwakili oleh Pengerusi, Cenk İsmail Kaptanoğlu dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat Desan, di Istanbul, Turki.

Majlis bersejarah tersebut turut disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif Leaptec, Datuk Mohd Anis Hisham Abd Aziz, dan bekas Presiden BIMCO dan Ahli Lembaga Limbungan Kapal Desan, Dr Şadan Kaptanoğlu serta Naib Pengerusi Limbungan Kapal Desan, Hasan Özgür Çilli.

Pengerusi Eksekutif LBS dan Leaptec, Tan Sri Lim Hock San berkata, perjanjian itu merupakan kolaborasi sulung syarikatnya bersama Desan, sebuah syarikat terkemuka Turki di dalam bidang perkapalan.

Sumber: Sinar Harian

MoU Leaptec, Desan terokai perniagaan perkapalan lebih RM2 bilion


Content Type:

Duration:

Proton Holdings Bhd mungkin akan mempercepatkan pengenalan kenderaan elektrik yang bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna Malaysia seawal tahun 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata pada masa ini, Proton dalam proses untuk mengenal pasti model yang bersesuaian untuk kenderaan elektrik yang lebih mampu milik dan praktikal.

“Kita mungkin ada model yang mampu milik tetapi tidak praktikal. Oleh itu, kami sedang mengenal pasti bersama dengan Geely untuk mempercepatkan projek itu dan ini juga atas saranan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memastikan Proton dapat mempercepatkan projek kenderaan elektrik.

“Insya-Allah, jika ada makluman yang terbaru, kita akan maklumkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen Proton Rahmah 2023 di sini hari ini.

Kempen Proton Rahmah 2023 yang bermula hari ini hingga 31 Mei dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kempen itu menggalakkan pemilik Proton menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah untuk pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150 — disasarkan kepada pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, Proton Saga serta model terdahulu termasuk Proton Inspira, Proton Waja dan Proton Wira.

Mengenai kempen tersebut, Roslan berkata Proton menjangka antara 55,000 unit dan 57,000 unit kenderaan atau pelanggan yang layak untuk mendapat pakej servis tersebut sepanjang tempoh kempen itu.

“Saya berharap semua pelanggan Proton yang memiliki model yang disebutkan itu akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan penjimatan kos servis sebab harga kos servis biasa dalam RM202 tetapi sempena kempen ini, kita beri diskaun dengan harga RM150,” katanya.

Sumber: Bernama

Proton akan perkenal kenderaan elektrik seawal 2025 – Timbalan CEO


Content Type:

Duration:

Perolehan penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) bagi industri automotif, Betamek Bhd yang menjadi pembekal utama PERODUA dijangka sejajar dengan prestasi jualan pengeluar kereta itu yang agak kukuh.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam satu nota hari ini berkata, PERODUA telah mencatatkan jualan sebanyak 21,400 unit pada Januari 2023, dengan menguasai pasaran sebanyak 43.4 peratus.

“Pengurusan PERODUA baru-baru ini telah mendedahkan sasaran jualan 314,000 unit untuk 2023, yang membayangkan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 11.3 peratus selepas mencapai rekod tertinggi 282,000 unit pada 2022.

“Sasaran memberangsangkan ini disokong oleh tunggakan tempahan yang positif pada 220,000 unit dan peningkatan pengeluaran yang dirancang bagi tahun ini kepada 330,000 unit,” katanya.

HLIB berkata, PERODUA baru-baru ini melancarkan model gantian Axia serba baharu berharga daripada RM38,600 sehingga RM49,500 pada pertengahan Februari dengan lebih 20,100 tempahan direkodkan.

“Kami menjangkakan kemas kini membabitkan dua model pada 2023 termasuk pengenalan kenderaan elektrik hibrid menjelang 2024. Ini meningkatkan lagi prospek jualan Betamek, berdasarkan rekod prestasinya dalam pembekalan kepada setiap model Perodua,” katanya.

“Betamek membina asas kukuh pada paras 42 sen hingga 49 sen, dengan petunjuk yang baik. Lonjakan melebihi rintangan segera 50 sen mungkin mencerminkan potensi aliran menaik bagi saham itu serta boleh disemak semula pada paras 52 sen, 55 sen dan 57 sen.

Bermula daripada membekalkan sistem audio kenderaan untuk Perodua Kancil, Betamek telah berkembang untuk menjadi pembekal utama kepada PERODUA dengan membekalkan 63.2 peratus daripada jumlah kenderaan PERODUA yang dijual pada 2021.

Betamek mengeluarkan pelbagai produk serta komponen audio kenderaan seperti sistem infotainment, aksesori audio-video, panel kawalan penyaman udara, pengecas bas bersiri universal, suis cermin, kluster suis, termasuk soket kuasa untuk pelbagai jenama automotif di Malaysia dan Indonesia (melalui PERODUA).

Sumber: Bernama

Betamek dapat manfaat besar prestasi mantap jualan PERODUA


Content Type:

Duration:

UMW Aerospace Sdn Bhd dianugerahkan kontrak baharu daripada Rolls Royce untuk mengeluarkan selongsong bagi enjin pesawat Rolls Royce Trent 1000 dan Trent 7000 dengan nilai pelaburan sehingga RM65 juta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut beliau, jumlah pelaburan oleh UMW Aerospace adalah bagi menyediakan pengilangan kimia dan proses berkaitan untuk mengeluarkan barangan terbabit.

Buat masa ini, katanya selongsong itu diimport dari luar negara dan dipasang menjadi sarung kipas yang lengkap di fasiliti UMW Aerospace.

“Bagi kontrak baharu, nilai bekalan adalah kira-kira RM1 bilion selama 15 tahun.

“Kami menyedari mengenai pentingnya industri ini dan impak yang berganda adalah jauh lebih baik daripada industri lain,” katanya.

Justeru, katanya penganugerahan kontrak itu jelas membuktikan bahawa syarikat multinasional terkemuka menganggap landskap perindustrian negara sebagai stabil dan kondusif bagi rantaian bekalan global mereka.

“Kita juga sama-sama menumpang bangga kerana UMW Aerospace akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang membangunkan keupayaan pengilangan kimia untuk industri aeroangkasa,” katanya semasa lawatan tapak ke UMW Aerospace di Serendah, hari ini.

Ia kontrak kedua daripada Rolls-Royce dalam tempoh lapan tahun.

Pada 2015, UMW Aerospace menjadi syarikat pertama di Malaysia yang dipercayai untuk membekalkan komponen enjin aero Tier 1 kepada Rolls-Royce selepas menerima kontrak selama 30 tahun untuk mengeluar dan memasang bekas kipas untuk enjin pesawat Rolls Royce Trent 1000 dan Trent 7000.

“MITI juga menghargai usaha berterusan UMW Aerospace ke arah amalan mampan seperti pemasangan panel solar di atas bumbung untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui serta pengumpulan air hujan untuk operasinya dan melayakkan UMW Aerospace menjadi ahli Kumpulan Kerja Kelestarian Rolls-Royce sendiri,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan mengambil maklum impak strategik yang disumbangkan oleh syarikat ini kepada pembangunan industri aeroangkasa negara, selaras dengan objektif yang diutarakan oleh Pelan Tindakan Aeroangkasa Malaysia 2030.

Dalam kenyataan berasingan hari ini, Presiden Rolls Royce Asia Tenggara, Pasifik dan Korea Selatan, Dr Bicky Bhangu, berkata sokongan berterusan kerajaan Malaysia terhadap sektor aeroangkasa telah menjadi contoh dan Rolls Royce berbangga untuk memainkan peranan dalam menyokong pembangunan seterusnya.

“Kami terus menganggap negara sebagai yang mempunyai potensi besar, bukan sahaja dalam bidang aeroangkasa, tetapi juga keupayaannya untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih luas dan menyumbang secara positif kepada rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya,” katanya.

Dalam beberapa dekad, katanya Rolls Royce telah mendapat manfaat daripada pelbagai kepakaran, kemahiran dan perspektif dari Malaysia, selain keupayaan pembuatannya dan rantaian bekalan yang baik.

“Ini akan dapat dilihat daripada selongsong berkualiti tinggi yang akan dibekalkan oleh UMW Aerospace dan kami menantikan fasa seterusnya daripada kerjasama ini,” katanya.

Sumber: Bernama

UMW Aerospace dapat kontrak baharu Rolls Royce bernilai RM1 bilion


Content Type:

Duration:

Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melabur RM30 bilion bagi pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Ia bakal membuka lembaran baharu ekosistem penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata AHTV itu akan merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti meluas, merangkumi pusat penyelidikan, pembangunan global berteknologi tinggi, perkhidmatan sokongan dan ekosistem berkaitan untuk industri kenderaan tenaga baharu di Malaysia.

Pada sidang media mengenai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China hari ini, Chang berkata pelaburan Geely itu adalah seiring dengan kerangka strategik pembangunan EV dalam negara yang dibangunkan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Di bawah kerangka strategik tersebut, kita sasarkan penggunaan EV akan mencecah 38 peratus menjelang tahun 2040, pelaburan ini adalah permulaan yang baik. Ia akan membantu kita membina ekosistem lengkap untuk EV dan saya yakin ia dapat capai 38 peratus,” katanya.

Lih Kang berkata dua lagi syarikat EV dari China, China Harmony Auto Holding Limited dan GAC AION New Energy Automobile Co Ltd juga menunjukkan minat untuk melabur dalam pembangunan EV negara, wakil mereka akan berada di Malaysia pada 8 April ini bagi meninjau ekosistem EV.

Selain itu, MOSTI akan menerima pelaburan berjumlah RM2.5 bilion dari DC-Sciences Co Ltd, syarikat dari China untuk pembangunan pusat data di Sedenak, Johor.

Menjelaskan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri ke China baru-baru ini, Chang berkata Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah, iaitu berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.

“Keseluruhan jumlah pelaburan yang diterima MOSTI adalah RM32.5 bilion daripada jumlah RM170 bilion yang diterima negara hasil lawatan Perdana Menteri ke China,” kata Lih Kang yang turut menyifatkan lawatan tersebut sebagai paling berjaya. 

Sumber: Bernama

Pelaburan RM30 bilion Geely lembaran baru ekosistem EV negara


Content Type:

Duration:

Syarikat dari Korea Selatan berhasrat melabur di Negeri Sembilan untuk pemasangan pesawat ringan dan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) menerusi projek Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan (NSAV).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, semasa perbincangan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini, terdapat syarikat dari Korea Selatan berhasrat untuk melabur di Negeri Sembilan dalam industri aeroangkasa.

“Sebelum ini kita menerima persetujuan daripada Turkish Aerospace Industries (TAI) untuk memasang helikopter di kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0 dan sekarang ini dalam perbincangan dengan syarikat dari Korea Selatan untuk memasang light aircraft (pesawat ringan) dan dron.

“Kita akan melihat perkembangan tentang hasrat mereka itu untuk melabur di negeri ini dan pembangunan di NSAV berjalan sangat baik,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Menyambut Kedatangan Delegasi Jabatan Perdagangan Guangxi, China di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 100 jurutera tempatan sedang menjalani latihan di Ankara, Turkiye sejak enam bulan lepas sebagai persiapan untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir serta berpengetahuan dalam menjalankan operasi berkaitan aeroangkasa.

Sementara itu Mohamad Rafie dalam ucapannya berkata pelan induk pembangunan komprehensif untuk NSAV telah disediakan sebagai hab aeroangkasa bersepadu untuk menjadi peneraju dalam industri aeroangkasa.

Beliau menambah kajian kebolehlaksanaan menunjukkan NSAV akan dapat menarik pelaburan sebanyak RM104 bilion dan mewujudkan 32,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2039.

“Terdapat kawasan tanah luas yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai hab aeroangkasa. Jumlah keluasan tanah adalah lebih kurang 6,474.9 hektar (16,000 ekar) yang 10 kali lebih besar dari Toulouse Aerospace Valley. NSAV juga disambungkan melalui lapangan terbang utama dan pelabuhan utama negara,” katanya.

Sumber: Bernama

Syarikat Korea Selatan berhasrat melabur dalam industri aeroangkasa di Negeri Sembilan


Content Type:

Duration:

Johor bakal menerima pelaburan bernilai RM80 bilion daripada Rongsheng Petrochemical Co Ltd, sebuah syarikat petrokimia terbesar China.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han berkata syarikat itu sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk melabur khususnya di Pengerang selepas melakukan beberapa siri lawatan ke Johor dan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Katanya, komitmen pelaburan itu seterusnya berjaya dicapai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke negara berkenaan baru-baru ini.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah berjumpa dengan pengurusan teratas syarikat ini di Beijing sekali gus berjaya mendapatkan komitmen syarikat tersebut untuk melabur di Malaysia.

“Sekiranya dapat direalisasikan, ia merupakan projek terbesar di Malaysia selepas projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) oleh Petronas,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak RTS Link Johor Bahru-Singapura di Marine Viaduct di sini, semalam.

Lee berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai pengumuman Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenai perkara itu di Dewan Rakyat, semalam.

Sumber: Bernama

Johor bakal terima pelaburan RM80 bilion daripada Rongsheng Petrochemical


Content Type:

Duration:

DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) memeterai perjanjian induk (HoA) bagi mengukuhkan lagi fasa selanjutnya kerjasama antara kedua-dua syarikat.

Dalam satu kenyataan, DRB-Hicom berkata HoA itu menyasar untuk melihat pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjong Malim yang meliputi rantaian nilai penyelesaian automotif dan mobiliti meluas.

“Fokus HoA itu adalah terhadap pembangunan sebuah bandar automotif bersepadu yang akan melahirkan hab industri kenderaan tenaga baharu,” katanya, sambil menambah bahawa AHTV akan meliputi kawasan kira-kira 404.69 dan akan diperluaskan sewajarnya bagi menampung keperluan masa hadapan.

Perjanjian dimeterai oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely, Daniel Li Donghui pada Forum Perniagaan Malaysia-China yang diadakan di Beijing, semalam.

Majlis memeterai perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam kunjungan rasmi empat hari dari 29 Mac hingga 1 April 2023.

DRB-Hicom berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang, pembangunan AHTV dijangka menarik pelaburan bernilai RM32 bilion, termasuk oleh syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (PROTON).

Sumber: Bernama

DRB-Hicom, Geely perkukuh kerjasama automotif


Content Type:

Duration:

erajaan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pembuatan terbesar berasaskan kelapa Malaysia Linaco Group untuk membina sebuah kilang pemprosesan bersepadu bernilai RM200 juta.

Memorandum persefahaman (MoU), yang melibatkan penubuhan kilang di Langkon yang terletak di daerah Kota Marudu itu, ditandatangani antara Linaco dan Sawit Kinabalu, cabang pelaburan negeri dalam industri minyak sawit.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini pada Khamis.

MoU itu adalah yang kedua daripada empat komponen utama perjanjian yang ditandatangani oleh Kumpulan Linaco dengan kerajaan negeri pada 22 Mac 2021, di bawah inisiatif pelan pembangunan Sabah Maju Jaya bagi penubuhan pelan tindakan kelapa bersepadu untuk meningkatkan transformasi sosio-ekonomi di Sabah.

Komponen pertama ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan Kelapa yang dilancarkan oleh Menteri Besar di Paitan, Beluran tahun lepas.

Pelan Pembangunan Tanah dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek itu telah menerima kelulusan daripada Jabatan Pertanian dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah pada November dan Disember 2022.

Di bawah komponen kedua, sebidang tanah seluas 30 hektar telah dikenal pasti oleh Sawit Kinabalu, untuk penubuhan kilang itu beroperasi sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Langkon diletakkan secara strategik untuk kilang kerana lokasinya yang berpusat, akses kepada pekerja dan berdekatan dengan Pelabuhan Kota Kinabalu.

Kilang itu, yang dijangka menggaji lebih 2,000 pekerja dari komuniti sekitar Kota Marudu, Kota Belud, Kudat dan Pitas, memerlukan 700 hingga 800 tan kelapa sehari, menyediakan petani kelapa tempatan dan penanam berskala sederhana hingga besar yang berkembang maju dan pasaran mampan.

Linaco juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan kepada petani pekebun kecil dengan terus membeli hasil tuaian mereka pada harga lantai minimum walaupun semasa penurunan terendah dalam carta kitaran.

Dua lagi komponen utama pelan tindakan bersepadu kelapa ialah penubuhan Skim Peladang Kecil dan penyertaan Penanam Berskala Sederhana hingga Besar.

Menandatangani bagi pihak Kumpulan Linaco ialah pengarah eksekutif kumpulan Joe Ling Hwa Ean manakala pengarah urusan kumpulan Datuk Bacho Jansie menandatangani untuk Sawit Kinabalu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Datuk Rubin Balang, ahli lembaga pengarah dan pegawai kanan Linaco.

Sumber: Sabah Gazette

Kerajaan Sabah, Linaco Group Tandatangani Perjanjian Bina Loji Pemprosesan Kelapa Bernilai RM200 Juta Di Kota Marudu


Content Type:

Duration:

Malaysia boleh terus kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal yang memenuhi standard kualiti tertinggi kerana negara mempunyai ekosistem dan strategi yang betul untuk meraih lebih banyak perniagaan halal global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yakin dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), visi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membangunkan platform industri dan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Malaysia boleh mengekalkan kedudukan penerajuannya.

“Malaysia terkenal sebagai pembekal utama pelbagai produk dan perkhidmatan diperakui halal, seperti makanan, kosmetik, farmaseutikal, kewangan dan pelancongan.

“Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi halal Malaysia, kerajaan baru-baru ini melancarkan HIMP 2030 yang menggariskan pelan tindakan jelas mengenai bagaimana kita boleh memanfaatkan secara strategik peningkatan permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan halal, serta mengukuhkan penerajuan Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem industri halal kita yang diperakui dunia dan pakar kumulatif,” katanya dalam ucapan beliau pada pelancaran awal MIHAS 2023, di sini, hari ini.

Beliau berkata Malaysia sekali lagi disenaraikan sebagai ekonomi halal utama dunia bagi sembilan tahun berturut-turut dan HIMP 2030 akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dunia dalam industri halal.

Menerusi HIMP 2030, MITI mengunjurkan industri halal berkembang kepada US$113.2 bilion menjelang 2030, dengan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 8.1 peratus pada 2025.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata MIHAS, sebagai platform B2B yang semakin berkembang kukuh, juga diangkat sebagai satu daripada pemacu utama yang membangunkan momentum halal dengan meneroka bidang baharu dan peluang yang belum dimanfaatkan dalam industri.

Edisi MIHAS 2023 ke-19 yang dihoskan oleh MITI dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan diadakan selama empat hari bermula 12-15 Sept, 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pameran itu yang bertemakan ‘Paving the Way of Halal’, akan menampilkan trend, teknologi dan inovasi halal terkini merangkumi 12 kluster terdiri daripada makanan dan minuman; fesyen dan gaya hidup sederhana; kosmetik dan penjagaan peribadi; teknologi dan pembungkusan makanan, selain kewangan dan teknologi kewangan (fintech) Islam, media dan rekreasi, runcit dan francais, hospitaliti dan pelancongan mesra Muslim, farmaseutikal dan perubatan, perkhidmatan dan pendaya, pendidikan, e-dagang, dan seni dan budaya Islam.

MIHAS 2023, dijangka menjadi edisi terbesar pasca pandemik kerana ia diunjur menarik lebih 35,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa serta 1,500 reruai dan menyasarkan 40 pavilion negara.

Sumber: Bernama

Malaysia mampu kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal – Tengku Zafrul


Content Type:

Duration:

Yenher Holdings Bhd, pembuat dan pengedar produk kesihatan dan pemakanan nutrisi haiwan, merancang untuk mengeksport produknya ke 15 negara lagi dalam masa lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Cheng Mooh Tat, berkata pelbagai usaha sedang dijalankan dengan giat pada masa ini bagi mengeksport produknya ke pasaran baharu seperti di Bangladesh dan Myanmar.

“Kami percaya dapat meluaskan perniagaan ke 15 buah lagi negara dan sekarang ini pihak syarikat giat menjalankan pelbagai promosi di negara-negara terbabit di antaranya melalui pameran bagi memperkenalkan produk-produk kami. Bagaimanapun dalam masa yang sama usaha turut dijalankan bagi meningkatkan jualan untuk pasaran tempatan.

“Sekarang ini, kami telah mengeksport ke 15 buah negara antaranya ialah Indonesia, Hong Kong, Brunei, Belgium, Pakistan, Korea Selatan, Nigeria, Thailand dan Vietnam yang mewakili kira-kira 10 peratus daripada jumlah jualan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mooh Tat berkata, syarikat juga merancang untuk membina sebuah kilang pembuatan baharu yang mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) menjelang suku kedua tahun ini dan ia dijangka siap pada suku ketiga tahun hadapan.

Katanya, menerusi kilang baharu dengan mesin dan peralatan serba baharu, pihaknya akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran dan bersedia memenuhi permintaan yang lebih tinggi.

“Kami percaya menerusi kilang baharu ini, syarikat mampu meningkatkan pengeluaran sebanyak tiga kali ganda terutamanya produk makanan haiwan kerana kilang sedia ada ini berdepan sedikit kekangan untuk mengeluarkannya dalam kuantitit yang banyak.

“Kilang baharu ini juga sudah pasti akan membantu Yenher menarik pelanggan-pelanggan baharu dan mengembangkan pangkalan pelanggan kami,” katanya sambil menambah syarikat itu telah menjalankan perniagaan sejak lebih 20 tahun lalu.

Kumpulan itu mempunyai sebuah kilang pembuatan, gudang dan makmal dalaman untuk penyelidikan dan pembangunan dengan kira-kira 140 pekerja yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Sumber: Bernama

Yenher sasar eksport produk kesihatan, makanan haiwan ke 15 negara


Content Type:

Duration:

Malaysia perlu bertindak memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju pengeluaran sarung tangan getah dunia dengan menghasilkan lebih banyak tayar mesra alam dan produk hijau getah untuk kekal maju serta mendahului bagi tempoh jangka panjang.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata LGM dan agensi lain berkaitan juga perlu menyokong industri bagi memastikan Malaysia dapat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pengeluaran sarung tangan getah, lateks dan produk kejuruteraan getah.

Malah, bersandarkan kekuatan itu, Malaysia berupaya terus mendahului bukan hanya dari segi pengeluaran produk tinggi getah dengan nilai tambah tetapi juga produk mampan, sekali gus memastikan kelangsungan industri tersebut, katanya dalam program ‘The Brief’ Bernama TV yang disiarkan baru-baru ini.

Zairossani berkata impak daripada faktor seperti ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine, tekanan kos tenaga, kenaikan kadar faedah, keadaan kewangan yang diperketat di kebanyakan rantau selain gangguan rantaian bekalan terbukti memberi cabaran besar dan menjadikan 2023 sebagai tahun sukar bagi industri tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sektor getah jelas meraih manfaat daripada pandemik COVID-19 yang telah melonjakkan permintaan sarung tangan getah Malaysia pada 2021 dengan nilai eksport industri mencecah RM81 bilion – angka tertinggi dalam sejarah industri.

Selepas mencatat prestasi kukuh pada 2021, industri itu perlu selaras dengan aspek seperti keadaan penawaran dan permintaan, termasuk penurunan mendadak nilai eksport sarung tangan daripada RM54.8 bilion pada 2021 kepada RM19 bilion pada 2022 berikutan lambakan bekalan di pasaran.

Sarung tangan getah bagaimanapun masih digunakan dalam sektor perubatan, pembersihan dan perkhidmatan makanan yang menyaksikan produk itu kekal sebagai penyumbang utama atau kira-kira 40 peratus kepada pendapatan eksport industri.

Selain daripada sarung tangan, eksport produk lateks adalah seperti produk busa, kateter dan kondom, manakala eksport produk getah pula meliputi tayar, barangan getah am, komponen automotif, tapak getah tayar, galas struktur dan barangan atau peralatan sukan.

Biarpun dilanda cabaran yang ada, Zairossani optimis bahawa industri terbabit akan mempamerkan prestasi lebih positif berbanding tempoh sebelum pandemik dengan mencatat pertumbuhan lebih baik bagi tahun ini berbanding 2022.

Jumlah keseluruhan permintaan getah yang berkurangan sedikit pada tahun lepas, dianggarkan pulih secara sederhana pada 2.6 peratus pada 2023, didorong oleh pembukaan semula China yang juga pasaran eksport terbesar Malaysia.

Menyentuh prospek masa depan, beliau berkata Malaysia perlu menekankan usaha menguasai pasaran-pasaran baharu di negara-negara sedang pesat membangun.

Malah, katanya, pelbagai langkah sedang diambil bagi memanfaatkan permintaan terhadap produk getah, dengan kalangan pekebun kecil turut bertindak menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah dalam usaha meningkatkan hasil serta keuntungan masing-masing.

“Malaysia merupakan pengeluar produk getah berkualiti tinggi. Oleh itu, kita perlu berusaha memanfaatkan kekuatan ini kerana promosi serta pengkomersialan produk getah itu juga amat penting,” katanya.

Beliau berkata, sejak tiga tahun lepas, kalangan pekebun kecil telah terjejas bukan saja atas faktor pandemik, tetapi ketidaktentuan harga dengan harga rendah menjejaskan pendapatan mereka.

Antara inisiatif utama dasar bagi menangani isu ini adalah satu mekanisme atau insentif tertentu dalam memastikan pekebun kecil akan terus menoreh bagi bekalan sektor hiliran.

Zairossani berkata, pada masa ini, Malaysia sedang mengalami kekurangan bahan mentah dan atas alasan itu, inisiatif utama adalah untuk memastikan sektor huluan kekal aktif dan menghasilkan getah berdasarkan permintaan daripada sektor hiliran.

Susulan itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif bagi membantu pekebun kecil termasuk insentif pengeluaran lateks dan insentif pengeluaran getah bagi menyokong harga supaya mereka berupaya menoreh dan seterusnya meningkatkan pendapatan.

“Kita juga terus berusaha memastikan pemindahan teknologi terbaik untuk industri, menggalakkan penggunaan klon getah yang memberi pulangan tinggi serta sistem penorehan berkesan yang menggunakan teknologi perangsang lateks bagi meningkatkan produktiviti pekebun kecil,” katanya.

Pada masa sama, LGM juga menggalakkan penggunaan teknologi solar, termasuk usaha integrasi tanaman bagi membolehkan pekebun kecil menjana pendapatan tambahan.

Zairossani juga berkongsi jaminan bahawa LGM akan terus memenuhi matlamat utama bagi membantu pembangunan serta pemodenan industri getah dengan memastikan aspek kemampanan dan daya saing, meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan pengeluaran bahan mentah, mempertingkat nilai eksport dan penghasilan produk serta perkhidmatan nilai tambah.

Sumber: Bernama

Malaysia perlu hasilkan produk hijau getah untuk kekal sebagai peneraju


Content Type:

Duration:

wpChatIcon