Berita Perkhidmatan Archives - Page 9 of 24 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hartanah Malaysia kekal jadi pilihan pelabur China

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan hartanah bagi pelabur China kerana kelembapan pasaran hartanah di negara itu telah membawa kepada peningkatan pelaburan hartanah di luar negara, terutamanya di Asia Tenggara.

Juwai IQI berkata, ramai pembeli China percaya pasaran hartanah Malaysia akan pulih daripada kelemahannya ketika ini pada tahun depan, yang seterusnya dapat membantu mereka meraih keuntungan daripada pelaburan.

Kumpulan teknologi hartanah Asia itu berkata, ekonomi Malaysia pulih dengan pantas daripada pandemik dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh 2022 dijangka mencecah 5.5 peratus.

“Malaysia terletak berdekatan dari segi geografi, kos hidup berpatutan dan menawarkan gaya hidup menarik kepada pembeli dari China, terutamanya yang tinggal di kawasan utara yang lebih sejuk.

“Selain itu Program Visa Premium (PViP) baharu Malaysia juga membuka pintu kepada golongan migran yang kaya yang mahu tinggal dan bekerja di negara ini. Ia adalah langkah terkini ke arah mentransformasikan penekanan dasar imigresen Malaysia daripada kuantiti kepada kualiti,” katanya dalam satu laporan bertajuk ‘China Property Slowdown Drives Southeast Asia Property Investment’.

Juwai IQI percaya program visa baharu ini akan berjaya menarik hampir kepada sasarannya 1,000 peserta pada tahun pertama.

“Syarat-syaratnya tidak begitu ketat dan manfaat tinggal di Malaysia menggunakan visa jangka panjang adalah sangat menarik.

“Orang asing mahu dapat tinggal dan bekerja di sini, menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa tempatan dan tidak perlu bimbang untuk memperbaharui visa mereka setiap enam atau 12 bulan,” katanya.

Di rantau Asia Tenggara, selain Malaysia, pelaburan hartanah utama oleh pelabur China adalah di Thailand dan Vietnam.

“Kami percaya China akan mengekalkan pendekatan sifar COVID-19 sekurang-kurangnya sehingga ke suku pertama 2023 dan negara itu kemungkinan tidak akan dibuka semula sepenuhnya sehingga sekurang-kurangnya suku ketiga 2023,” katanya.

Sumber: Bernama

Hartanah Malaysia kekal jadi pilihan pelabur China


Content Type:

Duration:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menerusi kerjasama TM One, akan terus memperkukuh fokus bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata antara yang terlibat ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bandar utama di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Bandar pintar ini akan melibatkan lapan negeri dan kerjasama TM One dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita (kerajaan) akan menumpukan projek ini di kawasan yang berpenduduk padat seperti kawasan perindustrian dan kemudian kita akan mewujudkan bandar pintar di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau reruai TM One sempena Kongres Bandar Pintar ASEAN 2022 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Katanya empat teras utama perlu dititikberatkan untuk mewujudkan ekosistem digital yang inklusif bagi bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Ekonomi Pintar, Masyarakat Pintar dan Infrastruktur Pintar.

Sumber: Bernama

8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One


Content Type:

Duration:

Malaysia dan United Kingdom (UK) bersetuju untuk memberi tumpuan kepada teknologi baharu muncul termasuk ekonomi digital dan keselamatan siber semasa pertemuan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Teknologi dan Ekonomi Digital UK Damian Collins pada Rabu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Ma. Sivanesan berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara kedua-dua menteri hari ini, yang diadakan di luar Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania yang berlangsung dari 26 September hingga 14 Oktober.

Annuar ialah ketua delegasi Malaysia ke ITU PP2.

“Mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada pelaburan dalam industri teknologi digital kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama, pada Rabu.

Sementara itu, Sivanesan berkata Malaysia dan Somalia bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang keselamatan siber, dengan Cyber Security Malaysia (CSM) menyediakan latihan dan kepakaran berkaitan.

Beliau berkata ia antara persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat dua hala Annuar dengan Menteri Komunikasi dan Teknologi, Somalia, Jama Hassan Khalif.

Dalam mesyuarat tersebut, Sivanesan berkata Somalia telah berkongsi mengenai situasi semasa ekonomi dan pembangunan selain menjemput Malaysia untuk meninjau peluang pelaburan termasuk dalam sektor minyak dan gas.

“Malaysia pula telah berkongsi maklumat berhubung kedudukan semasa kesalinghubungan infrastruktur termasuk perancangan untuk mencapai 100 peratus liputan internet menjelang 2025 dan inisiatif bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan keupayaan digital melalui pelbagai inisiatif di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Ini termasuk perkongsian mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi memastikan peluang kepada masyarakat yang tiada akses kepada kemudahan internet dan peranti serta terlibat sama dalam ekonomi digital,” katanya.

Mesyuarat dua hala bersama Jama Hassan adalah antara empat pertemuan Annuar yang mengetuai delegasi ITU PP22, bersama rakan sejawatan dari UK, China dan Solomon Islands pada Rabu.

Sumber: Bernama

Malaysia, UK tumpu bidang teknologi baharu, pelaburan ekonomi digital


Content Type:

Duration:

Malaysia dan China semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersempena Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) yang berlangsung dari 26 September lepas hingga 14 Oktober ini di Romania.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata memorandum itu ditandatangani beliau dan Timbalan Menteri Industri dan Informasi Teknologi China Zhang Yunming. 

“Antara bidang kerjasama yang dipersetujui Malaysia dan China melalui MoU ini adalah berkenaan 5G, ekonomi digital dan keselamatan siber,” kata beliau dalam kenyataan. 

Beliau berkata susulan pemeteraian MoU mengenai kerjasama telekomunikasi digital berkenaan, kedua-dua negara dijangka menerokai potensi kerjasama dalam teknologi aplikasi 5G, selain menggalakkan kerjasama dalam e-dagang, inovasi syarikat pemula, pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan buatan, Internet Benda, aplikasi Internet dan teknologi digital lain.

Menurutnya kerjasama lain ialah dalam polisi, piawaian, tindak balas kecemasan, teknologi sekuriti data, latihan serta kesedaran berkaitan keselamatan siber.  

Tambah beliau kerjasama ini dijangka memberi nilai tambah kepada Malaysia dengan mengambil kira perkembangan pesat industri teknologi maklumat di China dan kedua-dua negara dapat menimba ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam bidang 5G, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Annuar berkata kerjasama China untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman dan kepakaran melalui inisiatif bersama dapat membantu meningkatkan kepantasan serta kesiapsiagaan ekosistem keselamatan siber dan pendigitalan negara terutamanya dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0.

Menurutnya komitmen pertukaran ilmu pengetahuan dan amalan terbaik antara kedua-dua negara bukan sahaja mampu mempertingkatkan daya saing serta merancakkan pertumbuhan ekonomi digital negara, malah ia berupaya bertindak sebagai faktor penarik kepada pelaburan pembinaan modal insan dan penyelidikan. 

Beliau berkata hubungan kerjasama ini akan membantu Malaysia memperkasakan ekosistem ekonomi digital yang secara tidak langsung merangsang pertumbuhan ekonomi digital tempatan dan menyumbang kepada ekonomi negara pada masa hadapan sejajar dengan agenda menjadikan Malaysia hab industri berteknologi tinggi. 

Sumber: Bernama

Malaysia, China Meterai Kerjasama Telekomunikasi Digital


Content Type:

Duration:

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun serta memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC), untuk sama-sama meneruskan matlamat kemampanan/kelestarian dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.

Dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, syarikat minyak negara itu berkata MoC dengan METI bertujuan meningkatkan kerjasama di antara Petronas dan Jepun dalam pembangunan serta penggunaan sumber tenaga dan teknologi untuk mencapai peralihan tenaga pragmatik.

Sementara MoU bersama JBIC menumpukan pada meluas dan meningkatkan kerjasama dua hala antara Petronas dan syarikat-syarikat Jepun dalam projek yang dikendalikan oleh Petronas secara global dalam pelbagai sektor termasuk pembangunan rantaian nilai hidrogen dan ammonia, tenaga boleh diperbaharui, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) dan mobiliti hijau.

“MoC dan MoU itu dijangka memudahkan pelaburan dan pembiayaan selain dapat meningkatkan kerjasama teknikal dan kecekapan dalam teknologi rendah karbon di rantau ini,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Jepun telah lama menjadi rakan kongsi syarikat sejak zaman eksport gas asli cecair (LNG) pertamanya pada awal 1980-an dan perkongsian ini telah berkembang merangkumi bidang kerjasama baharu dalam ruang tenaga bersih.

“Petronas berbesar hati untuk terus mengukuhkan lagi hubungan kami melalui kerjasama dengan METI dan JBIC ini dalam meneruskan pertumbuhan hijau untuk Asia ke arah peralihan tenaga,” katanya.

Beliau berkata kerjasama dan perkongsian yang lebih kukuh termasuk akses yang lebih baik kepada teknologi dan pembiayaan, adalah kunci untuk mencapai peralihan tenaga yang berkesan dan seimbang.

Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama itu tepat pada masanya sejajar dengan pelancaran Dasar Tenaga Negara (DTN) baru-baru yang menggariskan rancangan pembangunan jangka panjang negara dan pada masa yang sama memenuhi keperluan tenaga sambil beralih kepada masa hadapan rendah karbon.

“Berpandukan DTN dan matlamat dalaman kami dalam memenuhi tujuannya sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif, Petronas akan meneruskan kerjasama sinergi dalam menyokong agenda tenaga Malaysia dan aspirasi kumpulan sendiri untuk pertumbuhan berterusan dalam ruang ini,” jelasnya.

Majlis pemeteraian dokumen diadakan pada 26 Sept 2022 di luar acara Mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Perkongsian Pertumbuhan Hijau Asia (AGGPM) di Jepun.

Sumber: DagangNews

Petronas perkukuh kerjasama dengan Jepun capai neutral karbon menjelang 2050


Content Type:

Duration:

Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Research Sdn. Bhd. (TNBR) dan cabang Sustainable Energy SEDANIA Innovator Berhad (SEDANIA), SEDANIA Technologies Sdn. Bhd. menjalin kerjasama menilai potensi menjana tenaga daripada air lebihan empangan dan takungan air di seluruh Malaysia.

Melalui perjanjian kerjasama tersebut, SEDANIA akan menggunakan turbin mikro kuasa hidro TNBR yang cekap tenaga untuk menjana elektrik daripada air yang dilepaskan di empangan.

Setiap satu daripada 30 hingga 40 kilowatt turbin mikro kuasa hidro ini boleh menjana sehingga sekitar 305,000 kilowatt-jam tenaga hijau setahun. 

Dengan lebih 70 empangan dan takungan air di seluruh Malaysia, potensi daripada sumber tenaga mikro hidro tersebut dianggarkan melebihi 40 gigawatt-jam setahun, cukup untuk membekalkan tenaga elektrik bebas karbon kepada kira-kira 10,000 rumah.

Projek sulung dua rakan kongsi ini dilaksanakan di empangan Kota Tinggi, Johor. 

Mengulas mengenai potensinya, Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA Daniel Ruppert berkata, bersama-sama dengan TNBR, pihaknya berhasrat untuk melengkapkan empangan di Malaysia dengan turbin mikro kuasa hidro yang cekap tenaga, bagi membolehkan semua pelanggan kami menggunakan air lebihan empangan sebagai sumber tenaga.

“Malaysia harus menjadi medan teknologi hijau buatan Malaysia dengan rekod prestasi mencapai kelestarian tenaga. Sebagai organisasi yang komited kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan visi untuk membantu syarikat mengurangkan jejak karbon mereka terlebih dahulu.

“Ini membolehkan penggunaan tenaga yang cekap sebelum beralih ke fasa penting penjanaan tenaga bersih. SEDANIA berada pada kedudukan yang strategik untuk mempercepatkan agenda kelestarian dengan sokongan TNBR,” katanya dalam kenyataan.

SEDANIA telah dianugerahkan oleh syarikat minyak dan gas multinasional untuk menilai dan mencadangkan kebolehlaksanaan menggunakan turbin mikro kuasa hidro yang cekap tenaga untuk menjana tenaga elektrik daripada air lebihan empangan tersebut.

Tanggungjawab SEDANIA merangkumi aspek kewangan dan teknikal projek manakala TNBR menyumbangkan kepakaran teknikal melalui reka bentuk dan pemasangan turbin mikro kuasa hidro.

Sementara itu, Pengarah Urusan TNBR, Dr. Mohd. Hariffin Boosroh berkata, TNB memperjuangkan peralihan tenaga yang bertanggungjawab dan inklusif dengan aspirasi untuk mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050. 

“Dengan matlamat itu, TNB melabur dalam teknologi hijau baharu seperti turbin kuasa mikro hidro cekap tenaga ini yang merupakan hasil penyelidikan kami di TNBR.

“TNB tidak boleh melaksanakan inisiatif ini sendiri dan berharap untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang strategik. Usaha sama ini menggambarkan bagaimana kerjasama penyelidikan dan industri memainkan peranan yang berpengaruh dalam pembangunan penyelesaian yang inovatif dan lestari untuk Malaysia,” ujarnya.

Memandangkan teknologi itu dibangunkan di Malaysia, ia juga akan memberi manfaat kepada industri tempatan dalam pengilangan, pentauliahan, operasi dan penyelenggaraan turbin kuasa hidro mikro, dan seterusnya menggerakkan masyarakat tempatan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dengan beralih kepada nilai tinggi, teknologi dan ekonomi berkemahiran tinggi. 

Sumber: Utusan Malaysia

TNB Research, Sedania jana tenaga daripada air lebihan empangan


Content Type:

Duration:

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan pembiayaan pinjaman lebih RM254 juta bagi menggalakkan penyelidikan serta aplikasi teknologi dalam industri solar negara sejak 2011 hingga tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata daripada jumlah itu, RM14.8 juta diagihkan kepada institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pemegang taruh industri bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) tenaga solar tempatan.

Beliau berkata, MIMOS Berhad telah membangunkan empat projek R&D menerusi dana ScienceFund dan Strategic Research Fund dengan pembiayaan RM15.22 juta bagi meningkatkan output kuasa solar dengan penggunaan penjejak axis tempatan dan panel solar berkecekapan tinggi melalui penggunaan bahan termaju.

“Selain itu, tiga syarikat pakar tenaga bagi perkhidmatan Sistem Solar Fotovoltaik (PV) termasuk pembinaan loji tenaga solar berkuasa 10 megawatt dibiayai agensi pembiayaan MOSTI iaitu Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) menerusi Dana Modal Teroka berjumlah RM16.85 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Malaysian Photovoltaic Industry Association (MPIA) Solar Roadshow 2022 di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden MPIA, Datuk Muhammad Guntor Mansor Tobeng.

Dr Adham berkata, sebanyak RM207.75 juta pinjaman telah diberikan kepada 23 syarikat tempatan berasaskan teknologi tenaga solar menerusi Malaysia Debt Ventures (MDV) di bawah Program Liquidity Financing For Technology Start-Ups (MDV-LIFTS).

Sementara itu, Muhammad Guntor berkata, MPIA menerusi satu memorandum khas kepada Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2023 telah mencadangkan mengenai pengurangan cukai peribadi sebanyak RM50,000 dalam lima tahun untuk pemasangan panel solar.

“Begitu juga pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), duti import untuk perniagaan berkaitan dengan solar panel dan sistem kuasa simpanan bateri.

“Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan tersebut dan kami percaya ia akan menjadi pemangkin kepada penggunaan tenaga boleh baharu sesuaian dengan misi dan sasaran kerajaan,” katanya.

Sumber: Bernama

MOSTI sedia pembiayaan RM254 juta galak penyelidikan solar


Content Type:

Duration:

Perak serius mahu memperkasa dan melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada strategi mengelak kebanjiran keluar bakat muda anak negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ia antara langkah memenuhi permintaan keperluan terhadap tenaga kerja dalam usaha menjadikan negeri ini ‘mesra pelabur’ yang bakal menyaksikan lebih banyak kilang perusahaan akan dibuka di Perak menjelang tahun 2030.

Katanya, untuk itu Perak meletakkan sasaran untuk menjadi Koridor TVET Malaysia menjelang 2030.

“Macam saya selalu sebut, kita hendak orang muda Perak supaya mengambil peluang mendapatkan ilmu dan kemahiran daripada institusi TVET yang menyediakan subjek berkaitan dengan kemahiran itu.

“Apabila banyak kilang perusahaan datang ke Perak dan lebih banyak peluang pekerjaan sudah tentu keutamaan diberi kepada orang yang mempunyai sijil TVET sama ada sijil kemahiran penuh atau pun separa mahir.

“Sebab itu saya katakan mana-mana orang muda di Perak yang tak dapat menyambung pengajian peringkat tinggi, tak boleh masuk universiti dan sebagainya, maka jangan bimbang kerana boleh menempatkan dirinya dalam banyak organisasi yang menganjurkan TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Empower Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Perak – Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Dewan Serbaguna, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, hari ini.

Pada majlis itu 400 peserta menerima sijil selepas menjalani pelbagai kursus kemahiran antaranya pembuatan bakeri, kulinari, kimpalan, menjahit dan dandanan.

Setakat ini, kira-kira 2,400 warga Perak sudah mengikuti program terbabit.

Saarani juga berkata, sehingga kini lebih 100 institusi pendidikan di Perak dengan sekurang-kurangnya 62 darinya menyediakan subjek TVET, lantas peluang tersedia itu wajar dimanfaatkan anak muda negeri.

Sumber: Bernama

Perak sasar jadi koridor utama TVET negara


Content Type:

Duration:

Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2022, yang dianggap sebagai temasya Olimpik untuk industri IT dunia, berakhir hari ini, menjadi platform utama di pentas dunia untuk perbincangan yang inovatif.

Pengerusi Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan Pengerusi Penganjur WCIT 2022 Dr Sean Seah berkata lebih 4,000 delegasi dari lebih 60 negara menghadiri acara selama tiga hari itu.

Seah berkata inisiatif Malaysia Digital (MD), sebelum ini dikenali sebagai MSC Malaysia meraih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM42 bilion dan pelaburan langsung domestik (DDI) lebih RM4 bilion.

“Pelaburan ini akan meningkatkan lagi kemajuan teknologi Malaysia,” katanya dalam ucapan penutup hari ini.

Seah berkata WCIT 2022 telah mengurangkan jurang teknologi antara Malaysia dan beberapa negara paling maju di dunia.

Katanya PIKOM akan terus menambah baik infrastruktur, meningkatkan pekerjaan dan menggalakkan inovasi teknologi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata WCIT 2022 telah memenuhi janjinya untuk menjadi pemangkin dalam mengekalkan pemulihan ekonomi dan digital Malaysia pasca pandemik dengan meraih pelaburan.

“Pelaburan digital yang diumumkan pada WCIT 2022 dijangka mewujudkan lebih 25,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, World Information Technology and Services Alliance telah memilih Malaysia untuk menganjurkan acara itu pada tahun depan di Kuching, Sarawak.

Sumber: Bernama

Kongres Inovasi dan Teknologi tingkatkan sektor IT Malaysia


Content Type:

Duration:

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) berhasrat untuk mempercepatkan transformasi digitalnya bagi menyokong peralihan tenaga negara, memastikan pertumbuhan perniagaan yang berterusan untuk syarikat dan mempercepatkan agenda kemampanan.

Ini menyaksikan satu memorandum persefahaman ditandatangani antara syarikat utiliti negara itu dengan Microsoft sempena pelancaran Persidangan ICT (ICON 2022), persidangan digital tahunan TNB, pada Rabu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak meneroka pemodenan asas digital untuk TNB bagi melaksanakan penggunaan luaran yang boleh mengubah perniagaan teras untuk menyokong tonggak strategik kumpulan Grid Masa Depan dan Memenangi Pelanggan, serta meneroka peluang dalam ruang peralihan tenaga.

Katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama mencari dan mengesahkan peluang yang berpotensi melalui beberapa siri projek perintis yang dikenal pasti dalam tempoh dua tahun.

“Pendigitalan adalah elemen penting dalam tunjang strategik Grid Masa Depan TNB, yang merupakan pembolehubah penting dalam menyampaikan peralihan tenaga negara dan untuk mempercepatkan aspirasi kemampanan TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

Beliau berkata dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim ketika merasmikan persidangan tersebut dan menyaksikan majlis menandatangani MoU itu antara TNB dan Microsoft.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman diwakili Ketua Pegawai Maklumat TNB, Azlan Ahmad (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman, disaksikan Presiden Microsoft Asia Pacific, Andrea Della Mattea dan Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim, semalam.

Grid Masa Depan TNB akan menjadi generasi grid pintar, automatik dan dipacu secara digital untuk memastikan kecekapan maksimum dan kebolehpercayaan bekalan kuasa.

Ia juga akan dilengkapi dengan keupayaan pemulihan diri untuk meminimumkan gangguan bekalan dan juga dijangka menyokong sumber kuasa dwi-arah daripada sumber tenaga teragih dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Menurut Baharin, TNB mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai vendor dan penyedia perkhidmatan teknologi tempatan dan antarabangsa dalam menyampaikan projek dan inisiatif digitalnya dan akan terus berbuat demikian pada masa hadapan.

Bagaimanapun, katanya, bagi mempercepatkan transformasi digital syarikat, TNB percaya dalam mewujudkan perkongsian strategik dengan rakan kongsi teknologi yang dipercayai boleh membantu dalam menawarkan khidmat nasihat, bimbingan dan kepakaran dalam bidang teknologi digital.

Beliau juga memberitahu, dalam usaha untuk mempercepatkan pendigitalan bagi Grid Masa Hadapan dan Memenangi Pelanggan, beberapa pelaksanaan pendigitalan utama dikenal pasti untuk Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) di mana TNB komited untuk melabur RM2.5 hingga RM2.7 bilion dalam tempoh 3 tahun akan datang.

“Ini adalah selaras dengan sokongan berterusan TNB terhadap inisiatif yang diterajui kerajaan dalam memacu peralihan tenaga di Malaysia, mewujudkan lebih banyak nilai ekonomi melalui pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan baharu dalam sektor tenaga.

“Di samping itu, ia juga bagi memastikan syarikat kekal dalam kedudukan untuk pertumbuhan perniagaan yang positif dan mencapai aspirasi sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

Sumber: Dagangnews

TNB komited labur RM2.7 bilion selama 3 tahun percepat transformasi digital


Content Type:

Duration:

Malaysia berada di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai hab pelaburan digital di ASEAN. 

“Dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, hari ini, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di ASEAN,” katanya pada majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata sejak inisiatif MSC Malaysia diperkenalkan pada 1996, kerajaan telah berjaya menarik pelaburan digital bernilai RM384 bilion.

Katanya ia sekali gus melahirkan lebih 180,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan menjana pendapatan berjumlah RM588 bilion.

“Selepas 26 tahun, MSC Malaysia diberi nafas baharu melalui penjenamaan semula sebagai Malaysia Digital (MD).

“MD berperanan mentransformasi ekosistem ekonomi digital negara dan memacu lebih banyak program berimpak tinggi secara langsung kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri berkata meskipun inisiatif MD telah dilancarkan pada Julai lalu, ia telah berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion, hanya dalam tempoh dua bulan.

“Nilai ini dijana melalui pelaburan 28 buah syarikat asing yang terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data, Penyedia Perkhidmatan IT, Teknologi Kandungan Kreatif dan Global Business Services atau GBS,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata perkembangan mengenai Pelaburan Digital Langsung Domestik, setakat 24 Ogos 2022 pula telah merekodkan sebanyak RM4.76 bilion.

“Menerusi usaha ini, sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang ini akan terus meningkat pada masa akan datang,” katanya.

Katanya kerajaan juga telah merangka ekosistem pendigitalan untuk mencetuskan inovasi baharu melalui inisiatif MyDigital, yang mencakupi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara 4-IR (Four-iR).

Beliau berkata dasar ini akan melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran yang berkaitan. 

“Ia akan membentuk negara mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital; menyediakan peraturan sesuai keperluan masa dan fleksibel dengan perubahan teknologi serta mempercepatkan inovasi.

“Inisiatif MyDIGITAL juga menyokong dasar pembangunan negara khususnya Rancangan Malaysia Ke-12 bagi mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan, selain sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital,” katanya.

Sumber: Bernama

Malaysia berada di kedudukan terbaik capai sasaran pelaburan digital RM70 bilion menjelang 2025 – PM


Content Type:

Duration:

Bajet 2023 akan memberi fokus kepada penggunaan pesat teknologi automasi dan digital serta pembangunan tenaga kerja yang sedia untuk masa depan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.

Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak giat mempersiapkan Malaysia ke arah transformasi digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan saksama.

Katanya untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, penting untuk memastikan ekosistem digital negara diperkukuh dan bakat masa depan diasah.

“Pendigitalan, penerimagunaan teknologi dan inovasi penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. 

“Bagi tujuan menyokong pembangunan inovasi di Malaysia, dari 2021 hingga 2022, kerajaan juga telah meluluskan 99 projek dan program melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dengan pelaburan berjumlah RM5.6 bilion untuk sektor tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan KL Venture Finance Forum 2022 (KLVF22) dan sambutan ulang tahun ke-20 Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) di sini hari ini. 

Yamani berkata dalam usaha untuk memperkasakan sektor teknologi, Kementerian Kewangan telah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) untuk Bajet 2023 bertajuk “Dasar Penggunaan Barangan, Perkhidmatan dan Teknologi Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan”.

“Ia bagi melindungi dan membangunkan industri tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada barangan import serta meningkatkan daya saing dan daya tahan selain membangunkan keupayaan teknologi tempatan untuk menyokong ekosistem pemindahan teknologi, pengkomersialan dan pemasaran hasil R&D tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Yamani menegaskan momentum pertumbuhan ekonomi dijangka terus kukuh pada suku ketiga 2022 disokong oleh aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih rancak serta permintaan domestik dan luar yang terus kukuh.

“Justeru, kerajaan yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rasmi 2022, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus,” katanya. 

Sumber: Bernama

Bajet 2023 fokus kepada penggunaan teknologi automasi dan digital – Timb Menteri Kewangan II


Content Type:

Duration:

Peralihan kepada tenaga hijau masih berada di landasan yang betul walaupun krisis tenaga sedang berlaku terutamanya di Eropah dengan banyak negara mempertimbangkan kembali kepada arang batu bagi mendapatkan bekalan tenaga mereka memandangkan sekatan yang dikenakan terhadap Rusia.

Kesatuan Eropah mengimport kira-kira 90 peratus penggunaan gasnya, dengan Rusia membekalkan kira-kira 45 peratus daripadanya.

Naib Presiden Carigali, Huluan Petronas Mohd Redhani Abdul Rahman berkata syarikat minyak negara akan lebih bertanggungjawab terhadap penerokaan minyak dan gasnya pada masa hadapan.

Beliau memaklumkan aktiviti penerokaan di Malaysia akan lebih tinggi daripada dua hingga tahun sebelumnya tertakluk kepada kemampuan.

Mohd Redhani menegaskan bahawa Petronas kini sedang meningkatkan usaha untuk pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), bukan sahaja bagi mengurangkan pelepasan karbonnya sendiri tetapi juga untuk menjadikan Malaysia hab bagi CCS kerana geografi dan kapasitinya.

“Kebanyakan orang dalam industri memperkatakan tentang pemerangkapan karbon sebelum pembakaran. Inilah yang kami lakukan di luar pesisir Sarawak dan ini yang dilakukan oleh ramai orang. Di tempat lain pula bercakap tentang pemerangkapan dan penyimpanan selepas pembakaran.

“Mungkin pada suatu hari nanti kita mampu memiliki loji gas dengan pemerangkapan karbon selepas pembakaran. Ini adalah satu lagi ruang yang boleh dipertimbangkan oleh pemain industri minyak dan gas, perkhidmatan dan peralatan,” katanya pada sesi pleno eksekutif  “Merancang Masa Depan Minyak, Gas dan Tenaga Serantau”.

Sesi itu diadakan di luar acara Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) di sini hari ini.

Pemerangkapan karbon sebelum pembakaran merujuk kepada penyingkiran karbon dioksida (CO2) daripada bahan api fosil sebelum pembakaran selesai manakala pemerangkapan karbon selepas pembakaran ialah penyingkiran CO2 daripada serombong gas stesen janakuasa sebelum pemampatan, pengangkutan dan penyimpanannya dalam pembentukan geologi yang sesuai, sebagai sebahagian daripada proses pemerangkapan dan penyimpanan karbon.

Menurut laman sesawang Petronas, kumpulan itu menggunakan teknologi CCS dalam medan CO2 yang tinggi. Ia bertujuan untuk terus memerangkap dan menyimpan pelepasan CO2 sementara teknologi dibangunkan bagi loji pemprosesan darat untuk menggunakan dan menukar CO2 kepada produk yang berharga.

Projek Kasawari Integrated Offshore High Contaminant di Sarawak, sebuah projek CCS, adalah sebahagian daripada komitmen karbon dan usaha pengurangan pelepasan gas rumah hijau Petronas.

Sumber: Bernama

Peralihan ke arah tenaga hijau berada di landasan – Petronas


Content Type:

Duration:

Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC)  di sini mampu menjadi salah satu daripada hab pemindahan kargo dari kapal ke kapal yang utama di rantau ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kedudukan strategik Pelabuhan POIC itu di pertengahan Asia Timur mempunyai kelebihan besar dalam aspek pengendalian kargo pukal yang mana pemprosesan boleh dilakukan di sini, sebelum dieksport ke beberapa negara maju seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong. 

“Sudah pasti infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan termasuk peluang pekerjaan. Pelabuhan ini juga akan membantu menjayakan lagi sektor perindustrian di Sabah

“Perindustrian antara sektor utama dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) juga sektor tumpuan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Pelancaran Rasmi Pelabuhan POIC Lahad Datu dan Pengoperasian Fasiliti Tangki Pukal POIC di sini hari ini. 

Sektor industri pelabuhan adalah salah satu daripada pemangkin utama dan tulang belakang kepada pembangunan negeri Sabah, khususnya melibatkan penghantaran barang atau kargo.

Kemudahan infrastruktur yang baik serta berkualiti akan dapat menyokong setiap usaha pembangunan ekonomi Sabah. 

“Kita yakin dengan kerjasama jitu dan erat di antara Kerajaan Negeri dengan sokongan padu daripada Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) negeri.

“Ini termasuk menubuhkan POIC Lahad Datu pada 2005, dengan objektif untuk menerajui pembangunan dalam sektor industri pemprosesan hiliran minyak sawit bagi menambah nilai kepada 1.4 juta hektar ladang kelapa sawit di Sabah, disamping mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan”, katanya.

Hajiji juga optimis pelabuhan POIC Lahad Datu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik serta sokongan kepada operasi eksport dan import. 

POIC Sabah Sdn.Bhd melalui anak syarikatnya POIC Logistics Sdn. Bhd bertanggungjawab penuh dalam mengendalikan operasi pelabuhan yang terdapat di POIC Lahad Datu, yang menyediakan kemudahan pelabuhan paling komprehensif, canggih dan serba lengkap di perairan Selat Lombok-Makassar. 

Pelabuhan-pelabuhan ini terdiri daripada Terminal Kontena, Terminal Pukal Kering, Terminal Pukal Cecair dan Dermaga Pendaratan Baj/Tongkang. 

Beliau berkata lagi, dengan kemudahan prasarana itu, Pelabuhan POIC Lahad Datu merupakan antara pelabuhan yang mempunyai kemudahan komprehensif yang terbaik di rantau ini. 

“Pelabuhan di POIC mempunyai kedalaman semula jadi sehingga 20 meter, setanding dengan pelabuhan terbaik di dunia seperti Pelabuhan Rotterdam. Oleh itu, adalah diharapkan pemain-pemain industri tempatan dapat memanfaatkan kemudahan pelabuhan tempatan khususnya Pelabuhan POIC Lahad Datu.

“Justeru, pelabuhan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri khususnya bagi kawasan pantai timur Sabah dan akan menjadi salah satu pintu masuk utama perdagangan dan pelaburan ke negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri menyokong dan bersetuju pada dasarnya beberapa cadangan inisiatif baharu yang boleh memacu perkembangan serta meningkatkan keupayaan POIC dalam merancakkan lagi aktiviti perindustrian di Wilayah Pantai Timur Sabah. 

Inisiatif itu ialah pengadaan Zon Bebas di Taman Perindustrian Lahad Datu, mewujudkan Pusat Pengumpulan Satelit Biojisim, Lapangan Terbang Antarabangsa di Lahad Datu, menubuhkan Akademi Maritim dan Pembinaan Pusat Rawatan Kesihatan di kawasan tanah komersil di POIC Lahad Datu.

Sumber: Bernama

Pelabuhan POIC Lahad Datu mampu jadi hab pemindahan kargo di rantau ini


Content Type:

Duration:

Crimson Omega Sdn Bhd dan Ascott International Management (Malaysia) Sdn Bhd pada Jumaat mengumumkan kerjasama untuk memajukan hotel Harris Sunshine Penang di Sunshine Central, Ayer Hitam di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Crimson Omega, Cynthia Hwang berkata hotel tiga bintang dilengkapi sekurang-kurangnya 289 bilik itu dijangkakan siap pada akhir 2023.

Beliau berkata hotel itu adalah sebahagian daripada projek mega Sunshine Central yang merangkumi pusat beli-belah runcit, menara pejabat, hotel, pangsapuri berperkhidmatan dan pusat kesihatan.

“Pembinaannya hampir 86 peratus siap dan kami berhasrat membukanya tidak lama lagi. Penduduk Ayer Itam boleh mempunyai pekerjaan yang lebih baik, kurang perjalanan ke tempat kerja dan lebih banyak peluang perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani perjanjian pengurusan antara Crimson Omega dan Ascott International Management.

Hwang berkata masyarakat berpeluang mendapat manfaat daripada projek mega ini yang akan menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Ascott Ltd, Mak Hoe Kit berkata hotel itu dibina di lokasi yang strategik kerana terletak hanya beberapa minit dari mercu tanda pelancongan seperti Tokong Kek Lok Si dan stesen kereta api Bukit Bendera.

“Konsep Harris adalah untuk menyediakan persekitaran yang segar, bertenaga dan menyeronokkan, dengan penekanan pada kesejahteraan dan mengekalkan kecergasan untuk pengembara yang sedang dalam perjalanan,” katanya.

Beliau berkata dengan lebih 33,000 kaki persegi ruang dewan, Harris Sunshine Pulau Pinang bersedia untuk menjadi antara lokasi Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) terbesar di Pulau Pinang dengan sasaran permintaan yang tinggi daripada korporat, majlis perkahwinan dan acara.

Sumber: Bernama

Kerjasama Crimson Omega, Ascott International Management majukan Harris Sunshine Penang


Content Type:

Duration:

Dasar yang jelas ke arah peralihan kepada tenaga hijau dan bersih  menjadi faktor kukuh bagi Sarawak menarik pelaburan asing.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini terbukti apabila konsortium industri Korea menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan negeri itu  bagi menghasilkan hidrogen dan ammonia.

“Kami amat berminat untuk memeteri kolaborasi dengan tiga industri besar Korea sebagai sebahagian daripada program kerajaan negeri membangunkan ekonomi dalam bidang hidrogen.

“Sarawak juga bertuah kerana kaya dengan sumber boleh diperbaharui seperti tenaga hidro yang merupakan sumber tenaga sifar karbon yang penting bagi menghasilkan hidrogen hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan balas penghargaan kepada pengurusan tertinggi syarikat pembuat keluli terbesar Korea, POSCO di ibu pejabat konglomerat itu di Seoul, Korea Selatan hari ini. 

Kenyataan media mengenai lawatan itu diperoleh media tempatan di sini hari ini.

Abang Johari dan anggota delegasinya berlepas ke ibu negara Korea itu pada Ahad lepas dengan matlamat antara lain meningkatkan perkongsian dengan industri Korea dalam bidang penjanaan tenaga hijau dan inovasi.

POSCO telah membayangkan rancangannya untuk menggunakan hidrogen bagi menjana tenaga dalam pembuatan keluli dan sebahagian besar bekalan perlu diimport daripada negara lain termasuk Malaysia, khususnya Sarawak.

Tiga syarikat Korea iaitu Samsung, Lotte, POSCO telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) awal dengan kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi membina logi hidrogen di Sarawak di bawah Projek H2biscus.

Sumber: Bernama

Dasar tenaga hijau yang jelas penting dalam menarik pelaburan ke Sarawak


Content Type:

Duration:

Kerajaan sedang mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan agregat di Sanglang, daerah Kubang Pasu bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata projek itu juga akan mewujudkan laluan penghubung jambatan darat di antara selatan Thailand dan Malaysia.

“Sekiranya menjadi realiti, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi Kedah termasuk meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan wilayah utara amnya,” katanya ketika merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa menteri Kabinet.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menerima cadangan Kumpulan Albukhary bagi memajukan sebuah lagi Pelabuhan Laut Dalam di Sanglang, di Kubang Pasu yang bersempadan dengan Perlis.

Beliau berkata, cadangan itu amat strategik dan bakal menjadi projek ikonik yang akan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

“Pelabuhan ini akan membolehkan sebuah jambatan darat di antara Sanglang dengan pantai timur Songkla diwujudkan bagi menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Selat Melaka (di Timur) dengan Teluk Siam atau Gulf of Thailand (di Barat).

“Bagi pihak kerajaan negeri, kami amat mengharapkan sokongan dan kerjasama penuh Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan cadangan ini sepenuhnya,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, melihat prospek perkembangan yang akan berlaku di Kedah, khususnya di Pulau Bunting dan cadangan Pelabuhan Laut Dalam di Sanglang, kerajaan negeri memohon perhatian khusus daripada Perdana Menteri untuk Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Lembaga Pelabuhan Kedah sebagai pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab ke atas operasi pelabuhan di negeri ini.

Katanya, daerah Yan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau adalah kawasan yang pernah diwakili oleh guru politik beliau iaitu Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan idea pembangunan Pulau Bunting itu dicetuskan oleh Almarhum sendiri sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

Sumber: Berita Harian

Kerajaan kaji bina pelabuhan di Sanglang


Content Type:

Duration:

Johor Land Bhd (JLand) akan menerajui pembangunan Lembah Teknologi Sedenak melalui fasa perintis seluas 130 hektar yang dikenali sebagai Discovery City di Kulai pada suku ketiga tahun depan.

Pengarah Eksekutif JLand Mohd Yusof Ahmad ketika berucap pada program penjenamaan semula dan logo baharu Jland berkata Lembah Teknologi Sedenak yang berkeluasan 2,916 hektar merupakan pembangunan bersepadu berpacukan teknologi digital serta disokong prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Pada majlis berkenaan, JLand selaku cabang hartanah Johor Corporation (JCorp) turut menggariskan pelan pengembangannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim merangkap Pengerusi Jland berkata, Jland telah meningkatkan prestasinya dengan membangunkan projek yang inovatif dan mampan.

“Kita mestilah inovatif. Ia bukan suatu pilihan. Malah, adalah penting untuk kita menjadi pantas dan bersungguh-sunguh dalam memanfaatkan dan mengguna pakai teknologi hartanah dalam operasi kita,” katanya.

Katanya ia bertujuan menjadikan “Jland bertahan dan memastikan JCorp melalui Johor Land berupaya memberi sumbangan selanjutnya terhadap pembangunan ekonomi negeri.”

Projek JLand turut merangkumi Tebing@Bandar Tiram yang berkeluasan 11.2 hektar yang akan mengulangi kejayaan Tebing di Bandar Dato’ Onn di sini.

Syarikat itu turut mempertimbang pelaksanaan inisiatif pemulihan bandar bagi pembangunan Arena Larkin yang berkeluasan 95 hektar, merangkumi sebuah taman pusat dan hartanah komersial menjelang suku kedua 2024 serta pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil/pejabat rumah menjelang suku pertama 2025.

Sumber: Bernama

JLand akan bangunkan Discovery City di Lembah Teknologi Sedenak pada suku ketiga 2023


Content Type:

Duration:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) telah disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) untuk suku kedua tahun ini.

Kedua-dua lapangan terbang itu meraih skor sempurna 5.00 dalam tinjauan global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) yang mengukur kepuasan penumpang secara keseluruhan daripada segi keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan terminal.

Pencapaian KLIA ini turut dikongsi dengan tujuh lapangan terbang lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa) dan LGK adalah satu-satunya lapangan terbang yang mendapat mata penuh dalam kategori 2.0 – 5.0 mppa.

“Memang agak mencabar untuk mengekalkan pengalaman penumpang yang hebat apabila kami terus mengalu-alukan ketibaan lebih ramai penumpang di lapangan terbang kami, tetapi kami tidak akan goyah dalam komitmen kami untuk berbuat demikian.

“Keputusan ASQ terbaharu ini adalah manifestasi komitmen kami, yang bukan sahaja daripada Malaysia Airports tetapi seluruh komuniti lapangan terbang,” kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Iskandar Mizal Mahmood dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi KLIA, tiga pujian yang diterima melalui tinjauan ASQ adalah proses yang lancar di titik sentuh, bantuan di lapangan yang sopan dan daftar masuk pantas di kaunter.

Pada Julai 2022, Malaysia Airports Group mencatatkan sejumlah 7.8 juta pergerakan penumpang – 4.8 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatan dan 3.0 juta penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, Turki.

Kumpulan itu merekodkan 3.1 juta pergerakan domestik serta 1.6 juta pergerakan antarabangsa di Malaysia pada bulan lepas, peningkatan 26 peratus yang menggalakkan berbanding bulan sebelumnya.

Setakat ini, kedua-dua segmen telah menunjukkan trend pemulihan yang agak positif, dengan trafik domestik serta antarabangsa masing-masing mencapai 66 peratus dan 18 peratus daripada jumlah sebelum COVID-19.

Sumber: Bernama

KLIA, LGK dicalonkan sebagai lapangan terbang terbaik


Content Type:

Duration:

Sebuah ladang solar baharu yang mula beroperasi 5 Ogos lalu bakal membawa Malaysia satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha mencapai sasaran menjana sekurang-kurangnya 20 peratus tenaga melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) menjelang 2025.

Projek berkapasiti 100 megawatt (MW) yang terletak di daerah Kerian, Perak, itu dibangunkan Kerian Solar, sebuah syarikat tujuan khas hasil usaha sama antara TTL Energy Sdn Bhd dan Engie SA, sebuah firma dari Perancis.

Walaupun keadaan tanah yang mencabar dan kesan sekatan berkait COVID-19, Kerian Solar mencapai tarikh operasi komersial (COD) dalam tempoh 22 bulan selepas memulakan aktiviti pembinaan pada Oktober 2020.

Menerusi satu kenyataan, Engie memaklumkan, projek itu dilaksanakan Ditrolic Energy sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Pengarah Urusan Boleh Diperbaharui Engie Australia dan Asia Tenggara, Thierry Kalfon berkata pentauliahan ladang solar pertama syarikat itu di Malaysia merupakan langkah penting ke arah pertumbuhan boleh diperbaharuinya di Asia Tenggara.

“Ini menyumbang kepada komitmen Engie untuk mencapai 50 gigawatt (GW) kapasiti sumber tenaga boleh diperbaharui (RES) terpasang di seluruh dunia menjelang 2025.

“Kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami Ditrolic atas kerja cemerlang yang dijalankan bersama, yang memungkinkan kejayaan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek Kerian Solar dianugerahkan di bawah pusingan ketiga tender solar berskala besar Malaysia (LSS3) pada 2019 oleh Suruhanjaya Tenaga.

Kajian awal bermula pada akhir 2018, dengan BNP Paribas Malaysia Bhd, MUFG Bank (Malaysia) Bhd dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd bersetuju memberi pembiayaan hijau untuk projek itu.

Apabila mencapai COD, Kerian Solar memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 21 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menjual tenaga elektrik tanpa pelepasan karbon dioksida yang dijana oleh loji tenaga solar photovoltaic (PV).

Tenaga yang dihasilkan akan dihantar ke grid untuk menyokong sasaran kerajaan untuk menjana 20 peratus tenaga negara melalui cara boleh diperbaharui menjelang 2025.

Kerian Solar akan membekalkan lebih daripada 212-gigawatt jam (GWj) kuasa setahun, mengimbangi sekitar 139,000 tan karbon dioksida setiap tahun, bersamaan dengan menghapuskan pelepasan karbon tahunan 11,800 isi rumah Malaysia.

Sumber: Astro Awani

Kerian Solar mula operasi, bawa Malaysia capai sasaran tenaga boleh baharu


Content Type:

Duration:

Kerajaan meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawat (MW) bagi sumber solar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuota baharu itu akan diagihkan untuk pelaksanaan program di bawah mekanisme sedia ada termasuk skim New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan.

Katanya, kuota itu juga terpakai untuk penerokaan kaedah pelaksanaan program TBB baharu seperti pembangunan taman solar, pembekalan elektrik untuk tujuan pusat data baharu serta penjanaan hidrogen hijau dan sebagainya.

“Kuota ini juga bagi penyediaan opsyen baharu perolehan bekalan elektrik hijau kepada syarikat korporat melalui konsep Perjanjian Pembelian Tenaga Maya atau Virtual Power Purchase Agreement (VPPA), mulai suku tahun keempat 2022, dengan tawaran kuota 600MW,” katanya mengumumkan perkara itu pada Majlis Perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sumber: Bernama

Kerajaan lulus 1,200MW kuota baharu tenaga sumber solar


Content Type:

Duration:

Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan konglomerat Arab Saudi, Ajlan & Bros Holding Group akan menubuhkan syarikat usaha sama (JVCo) di negara itu bagi mengenal pasti peluang dalam bidang bernilai tinggi seperti digital, pengkomputeran awan serta Revolusi Perindustrian Keempat.

Dalam satu kenyataan hari ini, DNeX berkata di bawah perjanjian rangka kerja kolaboratif (CFA), JVCo tersebut akan menjalankan kerjasama dan menyediakan perkhidmatan di pasaran Arab Saudi, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Dua pihak terbabit turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meninjau usaha pembukaan sebuah kilang pembungkusan dan pemasangan di Arab Saudi.

DNeX berkata Ajlan & Bros juga berkemungkinan besar menyertai rancangannya untuk membina serta menyediakan kemudahan fab semikonduktor 12 inci baharu di Malaysia.

Perjanjian-perjanjian tersebut adalah susulan daripada pemeteraian MoU pada Jun lepas bagi meneroka sinergi perniagaan antara DNeX dan Ajlan & Bros.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan DNeX Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyifatkan JVCo berkenaan bakal meraih manfaat daripada pengaruh Ajlan & Bros di peringkat rantau terbabit, sekali gus membuka peluang untuk DNeX mengembangkan lagi kehadirannya di Arab Saudi dan pasaran MENA.

“Kerjasama di bawah CFA itu turut meliputi penggunaan teknologi tempatan daripada DNeX dan syarikat-syarikat di bawah kumpulan berkenaan bagi membantu transformasi perkhidmatan awam dan sektor swasta Arab Saudi.

Sumber: Bernama

DNeX, kumpulan syarikat Arab Saudi tubuh JV tinjau peluang digital


Content Type:

Duration:

Tiong Nam Logistics Holdings Bhd akan memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM217.9 juta untuk mengembangkan bahagian perkhidmatan logistik dan pergudangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dan 31 Mac 2024.

Pelaburan yang penting itu akan disalurkan ke kemudahan pergudangan kumpulan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat khususnya untuk penyelesaian logistik secara keseluruhan.

Pengarah Urusan Tong Nam, Ong Yoong Nyock, berkata perkhidmatan logistik dan pergudangan kekal penting kerana perniagaan dan isi rumah bergantung pada rantaian bekalan yang cekap.

“Kami komited untuk mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia penyelesaian logistik menyeluruh yang terkemuka di Malaysia, dengan ketersambungan armada logistik yang lancar dan kewujudan gudang kami di semua negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, memandangkan ekonomi serantau terus bertambah baik, kumpulan itu bersedia untuk menyokong peningkatan aktiviti perdagangan melalui laluan yang meluas dan ketersambungannya ke negara lain di ASEAN sehingga ke China.

Kerjasama baru-baru ini dengan anak syarikat Johor Corporation, JLand Group akan membolehkan kumpulan itu membina rangkaian pengedaran yang lebih kukuh yang boleh meningkatkan kelebihan daya saingnya dalam jangka panjang, katanya.

Tiong Nam berkata, daripada jumlah perbelanjaan modal itu, 70 peratus akan diperuntukkan kepada pembinaan gudang yang sedang dilaksanakan di Senai, Johor dan bakinya untuk pembinaan dua gudang di Kempas, Johor dan Kulim, Kedah.

Pembinaan gudang di Senai, Johor dijangka siap pada tahun kewangan 2023 dan akan disewakan kepada Mercedes Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn Bhd, manakala pembinaan dua gudang di Kempas, Johor dan Kulim, Kedah dijangka bermula pada tahun kewangan 2023 dan siap pada tahun kewangan 2024.

Kombinasi gudang sedia ada di Malaysia, Singapura, Thailand dan Laos, bersama dengan gudang baharu itu akan meningkatkan jumlah kapasiti pergudangan kumpulan sebanyak 16.2 peratus kepada 7.9 juta kaki persegi pada tahun kewangan 2024 daripada 6.8 juta kaki persegi pada Mac 2022.

Sumber: Bernama

Tiong Nam labur RM217.9 juta perkukuh keupayaan logistik, gudang


Content Type:

Duration:

Empat Universiti Teknikal Malaysia (MTU) menandatangani surat hasrat kerjasama (LoI) berkaitan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan Guizhou Institute of Technology (GIT) yang terletak di Guiyang, ibu kota Guizhou di Barat Daya China.

Education Malaysia Beijing  (EMB) dalam kenyataan memaklumkan universiti berkenaan ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) serta  Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) dan setiap institusi menandatangi satu surat hasrat.

Surat hasrat itu ditandatangani pada The Second Malaysia-China (Guizhou) Education Cooperation Forum anjuran EMB dengan kerjasama MTU dan GIT, bersempena China ASEAN Education Cooperation Week (CAECW) di Guiyang, China baru-baru ini.

Turut hadir pada forum itu ialah Konsul General Malaysia di Nanning Azlimi Zakaria, manakala EMB diwakili Pemangku Pengarah Jason Choy Min Seng. 

Menurut kenyataan EMB, setiap pihak akan mengambil langkah perlu untuk menggalakkan kerjasama seperti dalam bidang akademik yang meliputi program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik selain kerjasama penyelidikan. 

GIT ialah institut politeknik yang memberi tumpuan kepada kejuruteraan untuk menggiatkan industri dan pembandaran Wilayah Guizhou dengan kira-kira 13,000 pelajar Ijazah Sarjana sepenuh masa.

Baru-baru ini Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama berterusan antara agensi kerajaan dan pemain industri dengan kerajaan China untuk meningkatkan TVET di kedua-dua negara.

Noraini berkata kerjasama antara industri di Malaysia dan China memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman kerja kepada ramai pelajar dan lepasan TVET, memandangkan ia mempunyai potensi yang amat besar dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap.

Sumber: Bernama

Empat universiti Malaysia meterai surat hasrat kerjasama TVET di China


Content Type:

Duration:

Kerajaan negeri Johor menjangkakan pelaburan bernilai RM15 bilion bagi Taman Pusat Data Hijau YTL dalam tempoh 10 tahun akan datang, terutamanya berikutan peningkatan permintaan terhadap pusat data di rantau ini, menurut Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata taman pusat data hijau berkeluasan 111 hektar itu merupakan taman pusat data terbesar di Malaysia buat masa ini dan yang pertama dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti 500 megawatt.

Banyak penyedia pusat data memilih untuk menubuhkan kemudahan pusat data masing-masing di luar pasaran lebih maju, katanya sambil menambah Johor berpotensi untuk menjadi pasaran pusat data global yang terkemuka.

“Kita telah berkembang menjadi hab teknologi kukuh dan destinasi yang diingini bagi pelaburan digital. Status kita sebagai hab serantau semasa bagi pembuatan, logistik dan analisis data raya tentunya merupakan satu kelebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Pusat  Data Sea, sekali gus menandakan fasa pertama bagi Taman Pusat Data Hijau YTL.

YTL Power International Bhd, melalui anak syarikatnya YTL Data Center Holdings Pte Ltd melabur RM1.5 bilion untuk fasa pertama Taman Pusat Data Hijau YTL.

Sea Ltd akan menjadi penyewa utama di Taman Pusat Data Hijau YTL susulan penubuhan Pusat Data Sea.

Fasiliti 72MW bertaraf Tier-III itu dijangka siap pada suku pertama 2024.

Sea Ltd adalah syarikat teknologi berpangkalan di Singapura yang mempunyai perniagaan teras dalam hiburan digital, e-dagang serta pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan.

Onn Hafiz berkata, pasaran pusat data global bernilai US$187.35 bilion (US$1=RM4.48) pada 2020 dan diunjurkan bernilai US$517.17 bilion menjelang 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 10.5 peratus daripada 2021 hingga 2030.

Memandangkan ekonomi digital diramal menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menjelang 2025, ia merupakan antara peluang yang tidak mahu dilepaskan oleh negeri itu.

“Sudah tentu, dengan bantuan berterusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dan membolehkan Johor merealisasikan potensi untuk muncul sebagai hab pusat data serantau,” katanya.

Selain Taman Pusat Data Hijau YTL, Johor turut mempunyai dua lagi taman pusat data iaitu Nusajaya Tech Park dan Sedenak Tech Valley, katanya sambil memaklumkan kerajaan negeri berharap dapat mewujudkan lebih banyak taman pusat data di negeri itu.

Pengarah Urusan YTL Power Datuk Yeoh Seok Hong berkata acara pada hari ini menandakan fasa baharu kerjasamanya dengan Sea Ltd.

“Kami gembira menawarkan infrastruktur hijau bertaraf dunia kepada rakan niaga kami melalui kepakaran kumpulan dalam tenaga solar, pusat data, telekomunikasi, pembinaan dan pembangunan hartanah,” katanya.

Sumber: Bernama

Johor jangka pelaburan RM15 bilion bagi Taman Pusat Data Hijau YTL


Content Type:

Duration:

wpChatIcon