Pejabat Serantau / Perwakilan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pejabat Serantau / Perwakilan

Pejabat Serantau / Perwakilan

Malaysia merupakan pangkalan yang menarik bagi syarikat untuk menubuhkan Pejabat Serantau atau Perwakilan mereka (RE/RO) untuk menyelaraskan dan menyokong operasi mereka di rantau Asia Pasifik.

 

Penubuhan RE dan RO menandakan fasa awal bagi syarikat asing yang berminat untuk menubuhkan operasi serantau di Malaysia. Pengumpulan maklumat dan kajian kemungkinan mengenai peluang pelaburan tempatan biasanya dilakukan pada fasa ini untuk syarikat induk mereka sebagai persiapan untuk komitmen jangka panjang.


97

RE / RO baharu yang Diluluskan


RM168 juta

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan

pada tahun 2021


284

Peluang pekerjaan

Berminat untuk menubuhkan RE / RO di Malaysia? Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Daripada jumlah RO/RE yang diluluskan, 43 projek (44%) ialah RO manakala 54 projek (56%) ialah RE. Syarikat dari 22 negara berbeza telah menunjukkan minat untuk menubuhkan RO/RE termasuk Amerika Syarikat, Jepun, PRC, Singapura, Hong Kong, Jerman, United Kingdom, Perancis, ROK, Australia dan India. Bilangan RE/RO tertinggi yang diluluskan ialah 18 kelulusan daripada Singapura. Ini diikuti dengan Jepun (17), Perancis (11), Jerman (8) dan Hong Kong (6).

RE/RO yang diluluskan mengikut negara pada tahun 2021

18

Singapura

17

Jepun

11

Perancis

8

Jerman

6

Hong Kong

RE/RO yang diluluskan mengikut industri pada tahun 2021

Peranti Perubatan

Jentera & Sokongan Kejuruteraan

IT & Perisian

Tekstil

Aeroangkasa & Perkhidmatan MRO

Elektrik & Elektronik

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my

Hubungi Wakil-Wakil kami

Pakar pelbagai bidang kami di MIDA yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk berhubung dan membantu perniagaan anda di Malaysia. Mari berbincang dengan kami hari ini!
wpChatIcon