Telekomunikasi
Subsektor telekomunikasi merangkumi kegiatan yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia (telekomunikasi, pos dan penyiaran) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pelaburan sebanyak RM4.8 bilion telah diluluskan antara Januari hingga September 2021. Semua pelaburan kekal dipacu sepenuhnya oleh sumber domestik.
Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara, NFCP (2019-2023) bertujuan untuk menyediakan ketersambungan yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan berpatutan. Kerajaan terus mendorong keterlibatan individu dan perniagaan dalam mengembangkan ekonomi digital di Malaysia bagi menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat.
Demi mewujudkan ketersambungan yang lebih pantas dan cekap, pemain telekomunikasi telah memulakan usaha bagi menyediakan penyambungan Internet mudah alih generasi kelima (5G) dengan kelajuan yang lebih pantas dan sambungan yang lebih stabil. 5G menjanjikan pelan data yang lebih berpatutan, kelajuan dan kapasiti yang lebih tinggi serta liputan yang lebih baik yang akan membantu perniagaan yang bergantung pada IoT dan mesin pintar. Salah satu bidang yang akan mendapat manfaat daripada 5G ialah bidang pemotongan jaringan atau Virtualisasi Fungsi Rangkaian iaitu sistem perniagaan yang kritikal akan dapat bergerak pantas melalui Internet mudah alih kerana perkhidmatan rangkaian dibangunkan menggunakan perisian untuk menambah kelajuan perkhidmatan. Bidang-bidang lain yang dapat memanfaatkan 5G termasuklah e-Kesihatan, sistem keselamatan dan penyiasatan jarak jauh.
Projek Diluluskan
Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada tahun 2021
(Januari – September 2021)
Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.
Objektif Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP)
NFCP ialah sebuah inisiatif untuk menyediakan ketersambungan digital yang mantap, mampan, berkualiti tinggi dan berpatutan untuk kesejahteraan dan kemajuan Malaysia.
Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP)
Rangkaian optik yang menjangkaui 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis, dan pejabat pos menjelang 2022
Kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang 2023
Ketersediaan penuh bagi premis-premis di ibu negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih dengan kelajuan minimum 500 Mbps menjelang 2021
Sumber: Q4 2021 Fakta & Angka, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Jalur Lebar Talian Tetap
Jalur Lebar Mudah Alih
Selular Mudah Alih
TV Berbayar
Nota:
1. Jalur lebar talian tetap merujuk kepada kadar penembusan bagi setiap 100 premis.
2. Jalur lebar mudah alih dan selular mudah alih merujuk kepada kadar penembusan bagi setiap 100 penduduk.
3. TV berbayar merujuk kepada kadar penembusan bagi setiap 100 isi rumah.
Malaysia juga telah memperkenalkan inisiatif seperti JENDELA dan MyDIGITAL untuk menggalakkan agenda digitalisasi negara. JENDELA akan membantu menetapkan asas bagi pelaksanaan 5G di seluruh negara. Pada tahun 2021, JENDELA telah mencapai 94 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk berbanding 91.8 peratus pada tahun sebelumnya. MyDIGITAL telah menetapkan hala tuju ekonomi digital dan membina asas untuk memacu digitalisasi di seluruh negara. Bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia digubal sebagai pelan tindakan untuk menggariskan usaha dan inisiatif yang akan dilaksanakan sehingga 2030.