Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Industri>Perkhidmatan>Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan dua peringkat yang cekap iaitu sektor penjagaan kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan berfungsi seiring dengan sistem penjagaan kesihatan swasta.

Kemudahan penjagaan kesihatan swasta yang mantap sambil disokong oleh doktor berpengalaman dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta kakitangan perubatan yang terlatih telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelancongan perubatan di rantau ini. Sebilangan besar pelancong penjagaan kesihatan berasal dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Jepun, United Kingdom, Filipina, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Malaysia telah menjadi pilihan utama bagi pesakit asing yang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan di luar negara dan disokong oleh pelbagai anugerah antarabangsa termasuk ‘Kepimpinan Cemerlang dalam Perjalanan Penjagaan Kesihatan di Asia Pasifik’ untuk Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia oleh Anugerah Pelancongan Penjagaan Kesihatan & Perubatan Asia Pasifik (2021). Sumber: Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia.

Prosedur perubatan yang amat banyak diminta di negara ini ialah kardiologi, rawatan kesuburan, onkologi, ortopedik, pemeriksaan kesihatan am, estetik, pergigian dan neurologi.

Keperluan Ekuiti

Ekuiti asing untuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta tertakluk pada kelulusan Jawatankuasa Khas Penyertaan Ekuiti Asing daripada Kementerian Kesihatan.

 

MIDA akan terus menggalakkan pelaburan dalam kemudahan penjagaan kesihatan swasta dan melaksanakan advokasi dasar dengan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Kementerian Kesihatan (MOH), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Kewangan (MOF) sambil menyokong pelbagai promosi pelaburan penjagaan kesihatan.

Aktiviti yang Digalakkan

Projek baharu atau projek  pembesaran bagi hospital swasta dan pusat rawatan ambulatori layak mendapat insentif cukai.

Elaun Cukai Pelaburan (ITA)

Syarikat boleh mendapat manfaat daripada pakej pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dikeluarkan dalam jangka masa 5 tahun di mana elaun tersebut boleh digunakan untuk menolak jumlah 100% daripada pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran operasi perkhidmatan perubatan.

Peraturan dan Perlesenan

A. Profesional perubatan yang berhasrat untuk bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan swasta adalah tertakluk kepada perkara berikut;

Lesen untuk beroperasi hanya akan diberikan kepada pengamal perubatan Malaysia yang berkelayakan

Pengamal perubatan asing yang ingin berkhidmat di Malaysia diminta untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) (untuk sijil pendaftaran penuh / sijil amalan tahunan / sijil amalan sementara) dan Daftar Pakar Kebangsaan (NSR) (untuk pengiktirafan pakar)

MMC mengiktiraf graduan lulusan perubatan yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda daripada 384 institusi perubatan dari 35 negara seperti yang disenaraikan dalam jadual 2 Akta Perubatan 1971

B. Fasiliti penjagaan kesihatan yang diluluskan sebagai penerima insentif cukai diperlukan untuk;

Berdaftar dengan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) setelah mendapat pentauliahan daripada pusat perubatannya

Mendapatkan lesen perkhidmatan kesihatan yang diperlukan daripada Kementerian Kesihatan

Memberikan perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 10% pesakit asing daripada jumlah pesakit setiap tahun sepanjang tempoh insentif; dan untuk menjana sekurang-kurangnya 10% pendapatan daripada rawatan pesakit asing setiap tahun sepanjang tempoh insentif

Sorotan Pelabur Kami

Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan, pembedahan dan diagnostik terkini untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit tempatan dan antarabangsa. Dengan pelaburan yang berjumlah RM70 juta, projek ini menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 150 rakyat Malaysia.

- Pusat Perubatan Borneo Miri

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan dalam subsektor penjagaan kesihatan.

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon