Teknologi Hijau
Perkara strategik yang menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan di Asia Tenggara ialah negara ini tidak asing dengan perjalanan pembangunan mampan. Khazanah sumber asli negara ditambah dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mantap – pelan pembangunan lima tahun yang dijalankan pada tahun 1970-an yang telah menyokong semua pembangunan di negara sejak itu, menyemai elemen penting pembangunan ekonomi yang mampan.
Tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia telah mempercepatkan usahanya untuk mencapai kecekapn ekonomi tenaga yang rendah karbon dan lebih sumber untuk melindungi aset alam sekitar yang tidak boleh ditukar ganti dan demi manfaat pelabur dan rakyat.
Galakan Teknologi Hijau telah diperkenalkan sejak tahun 2001 untuk menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau secara projek sama ada untuk tujuan perniagaan atau kegunaan sendiri dengan penerapan teknologi hijau oleh perkhidmatan/penyedia perkhidmatan terpilih.
Kini, kemudahan Galakan Teknologi Hijau dilanjutkan sehingga tahun 2026 dan pelanjutan ini merangkumi penambahbaikan berdasarkan pendekatan berperingkat dan berasaskan hasil seperti berikut:
Peringkat 1: Hidrogen Hijau
Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100% untuk perbelanjaan modal (CAPEX) layak yang ditanggung sehingga 10 tahun (5+5). Ditolak terhadap 100% atau 70% daripada Pendapatan Berkanun.
Peringkat 2: Pengurusan Sisa Bersepadu (IWM) & Stesen Pengecas EV
Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100% untuk perbelanjaan modal (CAPEX) layak yang ditanggung selama 5 tahun dari tarikh CAPEX layak pertama ditanggung. Ditolak terhadap 100% daripada Pendapatan Berkanun.
Peringkat 3: Tenaga Boleh Baharu (Tujuan Perniagaan)
Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100% untuk perbelanjaan modal (CAPEX) layak yang ditanggung selama 5 tahun dari tarikh CAPEX layak pertama ditanggung. Ditolak terhadap 70% daripada Pendapatan Berkanun.
Sumber Tenaga Boleh Baharu: Biojisim, Biogas, Mini Hidro, Geoterma, Tenaga Suria dan Angin
GITE: Pajakan Solar
Pengecualian Cukai Pendapatan (ITE) sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun untuk aktiviti pajakan suria bagi tempoh sehingga 10 tahun taksiran. Tempoh insentif hendaklah bermula dari tarikh invois pertama dikeluarkan.
Kapasiti (MW) | Tempoh insentif |
>3MW- ≤10MW | 5 tahun |
>10MW- ≤30MW | 10 tahun |
* KELAYAKAN: Syarikat WAJIB MEMOHON kepada MIDA sebelum menanggung sebarang CAPEX yang layak. Berkenaan untuk Peringkat 2, Peringkat 3 dan GITE – Pajakan Solar.