Produk Elektrik
Subsektor produk elektrik adalah aset yang sangat diperlukan untuk ekonomi negara dan merupakan komponen penting yang diperlukan untuk menjana sinergi antara pelbagai sektor dan memperkasakan pelbagai perniagaan. Subsektor ini merangkumi pembuatan produk elektrik dan alat tenaga boleh diperbaharui seperti motor elektronik, penjana, transformer, alat edaran, suis, sel solar, modul dan keseimbangan sistem.
Trend semasa industri telah beralih ke arah usaha menghasilkan produk yang inovatif dan mempunyai nilai tambah lebih tinggi yang menampilkan elemen industri 4.0. Contohnya, produk elektrik tertanam IoT seperti pemantauan aset pintar – alat suis dan pemeteran pintar.
Kami mengalu-alukan pelaburan terutamanya yang menghasilkan produk dengan nilai tambah yang lebih tinggi, dengan penekanan pada kualiti produk, aktiviti R&D, kecekapan kos dan dapat menyumbang kepada penerapan teknologi baru.