Industri Berasaskan Kayu dan Perabot - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Industri>Perkilangan>Industri Berasaskan Kayu dan Perabot

Industri Berasaskan
Kayu dan Perabot

Malaysia adalah pemain penting dalam pasaran kayu tropika dan produk kayu dan merupakan pengeksport utama perabot kayu global. Sepanjang dua dekad yang lalu, industri berasaskan kayu Malaysia adalah penyumbang ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara, merangkumi aktiviti seperti kayu bergergaji, venir, produk panel, pengacuan, pertukangan pembinaan, pertukangan kayu, perabot dan komponen.

Kayu & Produk Kayu

2022

22

Projek Diluluskan

RM229.8 juta

Pelaburan Diluluskan

Pelaburan Asing RM74.3 juta (32.3%)

Pelaburan Domestik RM155.5 juta (67.7%)

791

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Perabot & Lekapan

2022

34

Projek Diluluskan

RM501.7 juta

Pelaburan Diluluskan

Pelaburan Asing RM174.7 juta (34.8%)

Pelaburan Domestik RM327 juta (65.2%)

1,484

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Penerapan Reka Bentuk dan Teknologi Moden


Untuk meningkatkan kedudukan eksport, industri berasaskan kayu dan perabot mesti mengguna pakai teknologi moden dan termaju untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, membangunkan produk canggih, dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. Untuk mencapai matlamat ini, ia memerlukan penggalakan inovasi, sektor berintensif pengetahuan, penemuan teknikal dan reka bentuk & inisiatif pembangunan.

MIDA menggalakkan pemain industri untuk mengutamakan kreativiti dan inovasi dalam proses pengeluaran mereka, meningkatkan peranan daripada pengeluar peralatan asal (OEM) kepada pengeluar reka bentuk asal (ODM) atau pengeluar jenama sendiri (OBM) untuk meningkatkan kedudukan rantaian nilai.

Sokongan Kerajaan

Pengilang Malaysia telah mula meningkatkan perbelanjaan modal bagi pelaburan teknologi walaupun ianya melibatkan kos yang tinggi, sekali gus membolehkan mereka untuk mula menceburkan diri dalam automasi dan Industri 4.0.

Kerajaan terus mendorong lebih banyak syarikat tempatan untuk menghasilkan produk bernilai tambah tinggi dan memanfaatkan automasi serta melabur dalam usaha untuk meningkatkan kepakaran mereka. Beberapa insentif yang tersedia untuk syarikat dalam industri ini termasuk:

  • Dana Intervensi Industri4WRD
  • Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF)
  • Elaun Modal Automasi (ACA)

Di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986, insentif yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Taraf Perintis (PS) dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun, ATAU
  • Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang memenuhi syarat yang dibelanjakan dalam jangka masa 5 tahun. Elaun tersebut boleh ditolak daripada 70% pendapatan berkanun pada tahun taksiran.

Syarikat dalam industri ini juga layak mendapat Insentif Pelaburan Semula di bawah PIA 1986:

  • Taraf Perintis (PS) dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun, ATAU
  • Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang memenuhi syarat yang dibelanjakan dalam jangka masa 5 tahun. Elaun tersebut boleh ditolak daripada 70% pendapatan berkanun pada tahun taksiran.

Ketersediaan dan Keupayaan Talent

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Kayu (WISDEC) untuk memupuk dan menghasilkan talent kerja kayu, reka bentuk perabot dan pertukangan kayu. WISDEC bekerjasama dengan institusi TVET, agensi kerajaan, dan pusat latihan, juga menyelia Pertandingan Kemahiran Malaysia (CPM).

Universiti awam seperti Universiti Malaysia Sabah menawarkan program Teknologi dan Industri Kayu meliputi asas kayu, pengenalan kayu, pemprosesan, pengurusan dan pemasaran. Ia memberi tumpuan kepada mencipta produk seperti kertas, papan gentian, papan partikel dan papan lapis melalui pemprosesan. Program ini juga menumpukan kepada peningkatan kualiti kayu melalui teknik pengeringan dan pemeliharaan.

Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Malaysia untuk membangunkan tenaga kerjanya bagi kemajuan industri.

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Hantar permohonan anda untuk mendapatkan Lesen Perkilangan atau insentif lain di sini.

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran kami diperingkat global bermakna kami sentiasa bersedia untuk perniagaan. Melaburlah di Malaysia hari ini.
wpChatIcon