Kimia dan
Produk Kimia
Sumber semula jadi Malaysia yang pelbagai sememangnya menjadi kelebihan kepada industri kimia dan produk kimia di negara ini. Industri ini merupakan penyumbang utama kepada sektor perkilangan dengan petrokimia dan oleokimia sebagai produk utama sektor ini.
Kimia dan produk kimia sering digunakan sebagai bahan mentah dalam pembuatan pelbagai barangan siap seperti elektrikal dan elektronik, produk plastik, pertanian, automotif, minyak dan gas, farmaseutikal dan bahan binaan..
Industri kimia dan produk kimia masih mempunyai banyak ruang untuk pertumbuhan, pembangunan dan penambahbaikan.
Demi melangkah ke tahap berikutnya, kami menggalakkan pengeluar kimia dan produk kimia untuk memanfaatkan keseluruhan ekosistem kimia untuk meningkatkan lagi kecekapan inovasi dan meneroka pasaran baharu. Lakukan perubahan daripada hanya menjual produk kepada penyediaan penyelesaian inovatif yang boleh menyumbang kepada industri yang lebih maju dan lestari kepada alam sekitar.
Melangkah ke hadapan, Malaysia sedang berusaha untuk menerokai subsegmen yang baharu dalam segmen kimia khusus. Pemain industri telah mula meneroka kemungkinan untuk menghasilkan produk kimia khusus secara langsung daripada minyak mentah dengan menggunakan teknologi Minyak Mentah kepada Bahan Kimia (COTC). Produk bukan bahan api seperti pemangkin, aromatik, white spirit (nafta), lilin dan minyak mineral menawarkan potensi pasaran yang besar untuk diterokai. Produk ini boleh digunakan sebagai bahan tambahan untuk pelbagai industri seperti makanan dan minuman, pembinaan dan automotif. Satu lagi bidang pembangunan adalah dalam perumusan semula dasar pemasaran dan pengurusan rantaian bekalan, menyediakan industri untuk mempelbagaikan lagi sumber bahan mentah dan pasarannya. Ini akan memperkasakan pemain industri untuk memilih daripada pelbagai pembekal dan pasaran sasaran, memberikan mereka lebih banyak fleksibiliti dan kebebasan semasa menjalankan perniagaan.
MIDA terus menjadi penyokong kuat untuk R&D, penggunaan dan pengkomersialan teknologi baharu untuk industri yang lebih maju, berteknologi tinggi dan sangat automatik. Kami berusaha untuk menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara yang patuh dengan pengendalian bahan kimia dari hujung ke hujung secara peringkat global sambil memastikan bahan kimia yang dihasilkan telah digunakan dengan cara yang meminimumkan risiko dari segi kesihatan manusia dan kesan alam sekitar.
Bahan Kimia
bukan Organik
Bahan Kimia
Pertanian
Gas
Perindustrian
Baja
Cat dan
Dakwat Percetakan