Produk Getah
Produk getah adalah antara bahan paling serba boleh yang digunakan dalam hampir semua industri moden termasuk E&E, automotif, peranti perubatan, pembinaan dan pembuatan industri serta untuk pengubahsuaian polimer dan penggunaan lain. Tayar, produk lateks seperti sarung tangan industri dan produk getah am yang lain terdiri daripada produk getah biasa. Produk getah industri termasuk produk getah kejuruteraan ialah produk getah baharu yang telah berkembang pesat dan diramalkan berkembang lebih lima peratus dari tahun 2021 hingga 2027.
Dengan adanya bahan mentah yang berkualiti, infrastruktur yang baik dan sokongan dari pusat-pusat R&D, Malaysia merupakan pemain global yang utama dalam industri getah, yang menyediakan pelbagai jenis produk getah ke seluruh dunia. Negara ini berada di kedudukan ketujuh di dunia untuk pengeluaran getah asli (NR) dan produk getah Malaysia dieksport ke lebih 190 negara di seluruh dunia, di mana AS dan EU kekal sebagai destinasi eksport terbesar. Malaysia ialah pembekal terkemuka dunia bagi sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan serta penyumbang besar bagi tayar baharu, kateter, kondom dan benang lateks.
Dalam masa terdekat ini, industri berpeluang untuk memanfaatkan peningkatan permintaan terhadap produk getah. Industri getah semasa adalah intensif buruh dan bergantung kepada asing, dengan kebanyakannya pengeluaran manual dan separa automatik. Oleh itu, MIDA menggalakkan pelabur yang boleh membawa masuk teknologi baharu dan pelaburan modal tinggi untuk menerapkan kaedah automasi dan digitalisasi. Kami juga menggalakkan pemain industri tempatan agar meneroka manfaat Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) yang dipertingkat di bawah insentif MIDA dan Automasi CA untuk menaik taraf jentera dan peralatan mereka serta menjalankan program R&D dan peningkatan kemahiran agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan terhadap kejutan masa hadapan.
Produk
Lateks
Tayar dan Produk
yang berkaitan dengan Tayar
Produk Getah
Industri dan Am
Terdapat lebih daripada 125 pengeluar yang menghasilkan produk termasuk sarung tangan, kondom, kateter dan benang lateks. Subsektor ini menyumbang 80% dari jumlah nilai eksport getah, yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh sarung tangan, kondom, kateter dan benang getah. Kondom, sarung tangan pembedahan, sarung tangan pemeriksaan dan kateter dikelaskan sebagai peranti perubatan.
Terdapat lebih daripada 40 syarikat dalam subsektor tayar dan produk berkaitan tayar yang terdiri daripada 11 pengeluar tayar, sementara syarikat selebihnya menghasilkan tayar celup, tiub dalaman dan aksesori lain.
Terdapat lebih daripada 185 syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis produk getah seperti pemasangan, tali pinggang, hos, tiub, meterai dan lembaran untuk industri automotif, E&E, mesin & peralatan dan pembinaan untuk pasaran domestik dan global.
Hartalega Sdn. Bhd.
Top Glove Sdn. Bhd.
Kossan Rubber Industries Berhad
Supermax Corporation Berhad
Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd.
Continental Tyre AS Malaysia Sdn. Bhd.
Goodyear Malaysia Berhad
Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd.
Silverstone Berhad
Bahan Hijau /
Bahan Tambahan berasaskan Bio
Bahan Nano /
Bahan Termaju
Produk Getah
Bernilai Tambah Tinggi