Teknologi Makanan - Minuman dan Tembakau - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglish
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Teknologi Makanan – Minuman dan Tembakau

Minuman dan Tembakau

Pasaran minuman global dijangka meningkat daripada US$1.6 trilion pada 2020 kepada US$1.9 trilion menjelang 2026, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 2.5% (Sumber: MarketResearch.com, Mac 2022). Lonjakan ini disokong oleh peningkatan penggunaan per kapita di seluruh wilayah membangun yang penting, terutamanya di Asia Pasifik, yang diunjurkan memegang bahagian utama dalam pasaran minuman global. Pertumbuhan ini berpunca daripada peningkatan pendapatan boleh guna dan perubahan pilihan pengguna terhadap minuman sedia untuk diminum (RTD). . Pemain pasaran utama melabur dalam penggabungan, pengambilalihan dan pelancaran produk untuk mendapatkan kelebihan daya saing.

 

Di Malaysia, keluaran dalam pasaran minuman diunjurkan berjumlah US$3.02 bilion pada 2023 dengan CAGR sebanyak 2.76% (Sumber: Statista Market Insights, Mei 2023).

 

Pemegang taruh bagi industri minuman telah mengambil perhatian tentang kebimbangan kesihatan yang semakin meningkat berkaitan kandungan gula minuman RTD serta pegambilan alkohol yang mana kedua-duanya boleh memberi kesan kepada pasaran. Oleh itu, bakal pelabur boleh mempertimbangkan untuk membuat kajian dalam memperkenalkan produk baharu dalam segmen bukan alkohol seperti minuman lebih berasaskan kesihatan, alternatif berasaskan tumbuhan dan minuman sifar gula/kalori.

 

Sila ambil perhatian bahawa Kerajaan telah berhenti untuk meluluskan projek berkaitan tembakau sejak Disember 2005. Selain itu, keputusan yang sama digunakan untuk projek baharu yang melibatkan minuman beralkohol sejak 2006.

99.2%

Pelaburan Domestik

(RM112 juta)

RM112.9 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada
2022

80%

0.8%

Pelaburan Asing

(RM0.9 juta)

RM112.9 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada
2022

99.2%

Pelaburan Domestik

(RM112 juta)

0.8%

Pelaburan Asing

(RM0.9 juta)

8

Projek Diluluskan

431

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon