MOU Kerjasama Strategik KPT-MIDA Dan Portal Tenaga Kerja E&E Perkasa Daya Saing Industri Melalui Pembangunan Bakat Tempatan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MOU Kerjasama Strategik KPT-MIDA Dan Portal Tenaga Kerja E&E Perkasa Daya Saing Industri Melalui Pembangunan Bakat Tempatan

MOU Kerjasama Strategik KPT-MIDA Dan Portal Tenaga Kerja E&E Perkasa Daya Saing Industri Melalui Pembangunan Bakat Tempatan

Selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan juga Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2022 – 2025 yang menyasarkan penciptaan graduan dan bakat mahir bagi menobatkan Malaysia di kalangan 30 ekonomi terbesar di dunia menjelang 2033, sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah ditandatangani hari ini.

Majlis ini juga turut menyaksikan sesi peluncuran portal MoHE Research and Industry-Infused Incubator (MRI3). Portal MRI3 ini merupakan kerjasama Konsortium Elektrik dan Elektronik Universiti Malaysia (CEE) yang terdiri daripada 19 buah universiti awam bersama 27 syarikat bagi membangunkan bakat dengan pengetahuan dan kemahiran bertepatan dengan keperluan industri elektrik dan elektronik (E&E). Melalui portal MRI3 ini juga, pihak industri dapat mengiklankan penawaran latihan industri, senarai bidang tumpuan projek tahun akhir serta membuat tapisan pelajar. Manakala bagi pelajar, mereka boleh membuat permohonan dan memuat naik resume menerusi portal ini.

Kedua-dua inisiatif ini merupakan sebahagian usaha bagi menangani isu ketidakpadanan antara kemahiran yang dimiliki oleh tenaga kerja yang dijana dan keperluan industri, serta membantu memastikan jaminan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan dengan gaji yang lebih baik. Melalui usaha ini, MIDA dan KPT akan terus memperkukuhkan kerjasama bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh pihak industri.

Sehubungan itu, majlis hari ini turut menyaksikan pertukaran MOU berasaskan pembangunan tenaga kerja mahir antara KPT dengan tiga syarikat terkemuka yang terlibat dalam industri teknologi tinggi iaitu Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd, Stellantis Gurun (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Inari Technology Sdn. Bhd. Kerjasama ini adalah usaha berterusan pihak KPT dan MIDA dalam merancakkan kolaborasi antara sektor akademik dan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan daya saing industri Malaysia.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui dalam MOU tersebut termasuklah pembangunan dan penambahbaikan modul program, latihan serta pensijilan profesional, perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta penyelidikan dan inovasi.

Dalam pada itu, dengan wujudnya kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi matlamat agenda nasional negara bagi meningkatkan daya saing Malaysia secara global selain mampu mewujudkan sebuah ekosistem yang dinamik untuk mencungkil bakat tempatan serta mendorong pembangunan sosio-ekonomi bagi memacu pertumbuhan industri negara.

07 Mei 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia;
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)


Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

KPT
Puan Eparizan binti Mansor

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan,
Unit Komunikasi Korporat, KPT
Emel: [email protected]
Tel: 03-8870 6274

MIDA
Puan Azrina binti Hashim

Pengarah ,
Bahagian Pengurusan Talent Industri
dan Ekspatriat, MIDA
Emel: [email protected]
Tel: +603-2267 3454

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon