2021 Archives - Page 19 of 33 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Deloitte: Malaysia berada di landasan capai transformasi teknologi, digital

Malaysia berada di landasan yang betul ke arah transformasi teknologi dan digital daripada bandar pintar hinggalah kepada inisiatif Jalinan Digital Negara  (JENDELA), kata rma audit antarabangsa Deloitte Touche Tohmatsu Ltd (DTTL).

Ketua Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Deloitte Malaysia Kamarul Baharin berkata peruntukan besar sebanyak RM1 bilion bagi transformasi digital dan RM7.4 bilion bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar sudah pastinya menggalakkan ekonomi yang dipacu digital.

“Kami mendapat dorongan daripada komitmen tinggi Malaysia dan pelaburan untuk melaksanakan perubahan teknologi.

“Seiring dengan gelombang digital global, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu menerapkan pemikiran baharu tentang bagaimana ia menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata kerajaan di seluruh dunia semakin menumpukan kepada pengalaman pelanggan dengan menambah baik kepuasan pelanggan, kecekapan dan keberkesanan misi.

DTTL mengetengahkan beberapa pertimbangan utama dalam mencari model baharu penyampaian perkhidmatan untuk menyediakan keperluan rakyat dengan lebih baik lagi dan satu daripadanya adalah menangani cabaran mental.

“Cabaran terbesar dalam mencari cara baharu menjalankan perniagaan adalah tanggapan mengenai bagaimana kerja perlu dilakukan. 

“Jika pemimpin mahu mengambil kesempatan daripada teknologi baharu bagi memenuhi keperluan rakyat dalam cara baharu, mereka perlu dapat melihat cara baharu menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Faktor lain untuk diatasi adalah cabaran kawal selia kerana sesebuah kerajaan menguruskan risiko bukan hanya bagi pekerja dan pelanggan tetapi juga bagi semua rakyat.

Tidak seperti entiti swasta, program kerajaan sering perlu mengambil kira kekangan undang-undang mengenai apa dan bagaimana perkhidmatan boleh disampaikan kepada rakyat.

“Kebanyakan agensi kerajaan masih mempunyai kebebasan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Bernama

Deloitte: Malaysia berada di landasan capai transformasi teknologi, digital


Content Type:

Duration:

Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menjangkakan pelan pembangunan lima tahun Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang dengan nilai pelaburan RM1.3 bilion akan memberi nafas baharu kepada lapangan terbang terbabit sekali gus membantu membentuk suatu ekosistem aeroangkasa yang serba lengkap. 

Ketua KLIA Aeropolis Sdn. Bhd., Randhill Singh berkata, daripada usaha pembangunan yang dilakukan itu turut dijangka membuka 10,000 peluang pekerjaan berimpak tinggi selain menggandakan bilangan pengendali dan penyewa.

“Inisiatif Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang adalah inisiatif strategik oleh MAHB bagi menghidupkan semula ekosistem lapangan terbang Subang.

“Segmen ekosistem itu meliputi perniagaan penerbangan, penerbangan komersial, hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembuatan aeroangkasa, kargo udara logistik serta pusat teknologi penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi In Conversation with Malaysia Airports: Subang Airport Regeneration – More Than Just A City Airport di Ibu Pejabat MAHB di sini hari ini.

Menurut Randhill,  pelaksanaan usaha itu adalah sejajar dengan matlamat serta aspirasi MAHB untuk merealisasikan agenda Industri 4.0.

“Di samping itu, ia bagi menawarkan perkhidmatan lapangan terbang yang serba pintar, moden serta selesa melibatkan penerbangan domestik dan serantau yang mampu mencapai jumlah penumpang lima juta orang setiap tahun hasil daripada kecekapan dan kapasiti dalam terminal,” katanya.

Jelas beliau, daripada jumlah keseluruhan pelaburan, sebanyak RM1 bilion diperlukan untuk membina fasiliti seperti hangar, kilang serta penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO).

“Selain itu, kira-kira 300 juta diperlukan untuk infrastruktur awam. MAHB mengharapkan pembangunan yang telah direncanakan berjalan lancar mengikut pelan komprehensif yang dibuat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Pelaburan RM1.3 bilion beri nafas baharu lapangan terbang Subang


Content Type:

Duration:

Sawit Kinabalu Group, syarikat milik kerajaan Sabah, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua pihak iaitu Borneo Lestari Sdn Bhd dan Admuda Sugar Sdn Bhd untuk memajukan industri pertanian negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelaburan langsung domestik bernilai RM235 juta dalam usaha itu adalah seiring dengan inisiatif berdasarkan pelan pembangunan ekonomi lima tahun, Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Sawit Kinabalu Group, cabang pelaburan utama kerajaan negeri, akan menjalinkan kerjasama dengan Admuda Sugar untuk mewujudkan kilang penapisan gula pertama Sabah di Kimanis, Papar.

“Ia juga akan bekerjasama dengan Borneo Lestari bagi projek akuakultur penternakan ikan siakap di Langkon, Kota Marudu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian MoU itu di sini, pada Isnin.

Sawit Kinabalu Group diwakili Pengarah Urusan, Bacho Jansie manakala Admuda Sugar dan Borneo Lestari diwakili oleh pengarah masing-masing iaitu Datuk Seri Raja Sulaiman Raja Shariff dan Irwin Wong menandatangani MoU itu.

Hajiji, yang juga merupakan pengerusi Sawit Kinabalu Group, berkata pelaburan bagi penapisan oleh Admuda Sugar dianggarkan bernilai RM150 juta.

Pembangunan itu akan dilaksanakan di kawasan seluas 31.97 hektar milik Sawit Kinabalu Group, katanya.

Beliau berkata kilang penapisan gula itu yang dijangka beroperasi tahun depan akan mengeluarkan gula berjenama Gula Kinabalu.

Borneo Lestari pula dijangka melabur sejumlah RM85 juta dalam projek akuakultur empat fasa di kawasan seluas 14.16 hektar milik Sawit Kinabalu Group.

Hajiji berkata dengan menggunakan sistem akuakultur edaran semula, projek itu mampu mengeluarkan minimum 1,000 tan sehingga maksimum 1,250 tan siakap setahun.

“Kedua-dua projek ini dijangka mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan langsung dan 1,000 pekerjaan tidak langsung,” katanya.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 bagi mewakili Sawit Kinabalu Group kepada Madrasah Tahz Darul Ulum Azzkia yang terletak di Papar, dan Rumah Anak Yatim dan Miskin HOME di Tuaran.

Sumber: Bernama

Sabah peroleh pelaburan penapisan gula & akuakultur bernilai RM235 juta


Content Type:

Duration:

Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) melantik firma perunding pengurusan projek dan kejuruteraan, Royal HaskoningDHV bagi membangunkan kemudahan pengeluaran terbaharu bercirikan mesra alam di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat tenusu itu berkata, kontrak terbabit meliputi kerja-kerja reka bentuk, pemerolehan, pengurusan pembinaan, pengoperasian dan permulaan kemudahan terbabit selain bantuan pemindahan dari kilang sedia ada di Petaling Jaya, Selangor, ke hab baharu.

Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta, berkata kilang baharu itu dijangka dapat merevolusi proses rantaian bekalan syarikat berkenaan.

“Pengalaman serta kepakaran Royal HaskoningDHV itu akan memastikan hab tenusu terbaharu DLMI ini berkelas dunia serta dilengkapi dengan teknologi mesra alam terkini.

“Ini dapat meningkatkan produktiviti bagi penghasilan lebih banyak produk untuk manfaat rakyat Malaysia selain menambah aspek pengambilan susu di masa depan,” katanya.

Menurut syarikat itu, kemudahan berkenaan juga akan memperkasa DLMI untuk mencatat pertumbuhan lebih ketara serta menyumbang kepada ekonomi Malaysia serta sektor tenusu tempatan.

Selain itu, kilang yang dilengkapi kemudahan canggih itu akan turut mempertingkat daya tahan Negeri Sembilan bagi menarik aspek pelaburan serta memberi limpahan manfaat ekonomi ke atas ekonomi tempatan serta para vendor terbabit.

Sumber: Bernama

Royal HaskoningDHV bangun hab pengeluaran baharu Dutch Lady


Content Type:

Duration:

Microsoft Corp, melalui inisiatif Bersama Malaysia yang dilancarkan, telah menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan untuk melatih kira-kira satu juta rakyat Malaysia menjelang akhir 2023 bagi membantu mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat dan perniagaan dalam era digital.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K. Raman berkata Microsoft, bersama rakan kongsi tempatannya, Enfrasys Solutions, telah dilantik oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menyediakan perkhidmatan awan kepada agensi sektor awam hingga 2023.

“Microsoft juga akan bekerjasama dengan Censof Holdings, Silverlake Group dan Web Bytes untuk mempercepatkan transformasi digital dalam industri utama negara, termasuk perkhidmatan kewangan, runcit, makanan dan minuman serta sektor awam,” katanya pada pelancaran inisiatif itu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Aziz berkata kerjasama dengan Microsoft menekankan komitmen syarikat minyak nasional itu untuk menyediakan tenaga kerja yang sedia menghadapi masa depan bagi menyokong ekonomi digital Malaysia.

“Sebagai rakan tenaga dan penyelesaian progresif yang memperkaya kehidupan insan demi masa depan yang lestari, pembangunan modal insan yang berterusan memainkan peranan penting terhadap keupayaan kami untuk beroperasi dan bersaing.

“Kami berharap dapat menggiatkan usaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja tempatan yang berbakat, dengan matlamat membina masa depan digital yang terangkum demi manfaat rakyat dan negara,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Idham Nawawi berkata dengan kerjasama Microsoft, syarikat telekomunikasi akan terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan awan yang selamat dan boleh dipercayai, yang menggalakkan pembangunan ekosistem digital yang pesat dan mencapai aspirasi digital negara dengan cara yang mampan.

“Sektor telekomunikasi dan teknologi ibarat nadi penggerak ekonomi digital negara. Perkhidmatan awan bertaraf dunia akan menjadi tunjang yang membentuk hala tuju masa depan dalam usaha kita menjadi kuasa ekonomi digital di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyambut baik rancangan Microsoft untuk menubuhkan pusat data serantau pertama di Malaysia, menyediakan capaian kepada perkhidmatan awan yang selamat, boleh skala, sentiasa tersedia, berdaya tahan dan mampan bagi kerajaan dan meliputi pelbagai industri.

“Sebagai penyewa telekomunikasi utama, kami berharap akan membawa manfaat pusat data ini kepada pelanggan dan rakan kongsi kami,” katanya.

Berdasarkan insiatif yang sama, yang bernilai kira-kira US$1 bilion (US$1=RM4.13) bagi tempoh lima tahun akan datang, Microsoft akan mewujudkan pusat data serantau pertamanya di Kuala Lumpur dan menyediakan akses kepada Microsoft Cloud sepenuhnya.

Ia merangkumi Microsoft Azure, Microsoft 365 serta Dynamics 365 dan Power Platform.

Raman berkata pusat data serantau baharu itu juga akan menyediakan Zon Ketersediaan Azure yang menawarkan pilihan daya tahan lebih kukuh untuk aplikasi yang sangat tersedia, selain menyokong matlamat kemampanan Microsoft.

“Microsoft mempunyai komitmen global untuk beralih kepada 100 peratus bekalan tenaga boleh baharu menjelang 2025.

“Ini bermakna, Microsoft akan mempunyai perjanjian pembelian kuasa untuk tenaga hijau bagi menggantikan 100 peratus bekalan kuasa yang menghasilkan karbon yang digunakan oleh semua pusat data, bangunan dan kampusnya, termasuk pusat data serantau yang dirancang di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Microsoft akan bekerjasama dengan kerajaan, syarikat pemula niaga dan perusahaan untuk menyokong matlamat transformasi digital negara.

“Secara khusus, Microsoft bersama-sama Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI) telah menubuhkan Majlis Kepimpinan Perikatan MyDigital untuk kerjasama dalam pengesyoran dasar asli-digital dan mengutamakan awan,” katanya.

Raman berkata mesyuarat pertama perikatan itu telah membincangan pendigitalan dalam sektor pendidikan untuk memupuk tenaga kerja digital Malaysia yang berdaya saing di peringkat global.

Sumber: Bernama

Microsoft meterai lima MoU di bawah inisiatif Bersama Malaysia


Content Type:

Duration:

Kedah Rubber City (KRC) menarik komitmen pelaburan lebih RM2.2 bilion bagi produk berasaskan lateks, pengeluaran bahan mentah, pembuatan, penyimpanan dan gudang, serta logistik meskipun dibelenggu kelembapan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata KRC merupakan destinasi menarik bagi perniagaan dalam sektor peralatan perubatan, terutamanya pengeluar sarung tangan perubatan yang berminat untuk memperluaskan operasi syarikat.

“Saya gembira melihat prestasi ditunjukkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di mana pelaburan yang diluluskan sebanyak RM6.8 bilion setakat suku pertama 2021 telah melebihi sasaran pelaburan yang diluluskan untuk Kedah tahun ini lebih daripada 20 peratus,” katanya.

Muhammad Sanusi juga berkata faktor seperti bahan mentah yang boleh diperoleh dengan mudah serta potensi perdagangan sempadan dengan Thailand merupakan tarikan tambahan bagi pemain industri getah untuk melabur di KRC.

Beliau menjangkakan lebih daripada 4,500 pekerjaan akan diwujudkan bagi penduduk tempatan yang akan memberi kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi di Kedah.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata dihubungkan dengan rantaian nilai industri getah Malaysia, KRC adalah taman perindustrian getah khusus pertama di negara ini yang akan mempercepatkan pembangunan industri getah Malaysia untuk menjadi hab pembuatan getah bernilai tinggi serantau di ASEAN.

“Melalui program bersepadu modal insan NCIA dan peningkatan ekonomi serta ekosistem tenaga kerja di Kedah, pelabur akan dapat memanfaatkan rantaian bekalan tenaga kerja mahir yang komprehensif serta memanfaatkan rangkaian yang wujud antara industri serta institusi pengajian tinggi,” katanya.

KRC, dengan keluasan hampir 505.86 hektar, merupakan salah satu projek nasional di bawah Pelan Pembangunan Strategik 2021-2025 (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Ia kini bersedia untuk menerima pelabur dengan penyiapan kerja-kerja infrastruktur asas di bawah Fasa Satu pembangunan KRC.

Dalam masa yang sama, pelabur akan mendapat akses ke bekalan bahan mentah utama bagi menghasilkan produk getah melalui pembinaan ladang tangki simpanan di Pelabuhan Pulau Pinang

“Hab logistik yang lengkap dengan depot dan kemudahan pergudangan juga akan dibangunkan di KRC untuk melengkapkan ladang tangki simpanan itu.

“Pelabur-pelabur yang komited dijangka memulakan pembinaan kilang mereka pada suku keempat 2021 dan memulakan operasi kilang pada separuh kedua 2023,” kata Jebasingam.

Sumber: Bernama

Kedah Rubber City tarik pelaburan RM2.2 bilion


Content Type:

Duration:

Sektor swasta perlu mengguna pakai teknologi baharu agar negara dapat mempercepat pemulihan ekonominya, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pandemik  COVID-19 menjadi pemangkin untuk mempercepatkan penggunaan penyelesaian digital dan ia juga menunjukkan kepentingan untuk menaik taraf dan mengukuhkan teknologi dan infrastruktur bagi memudahkan proses menjalankan perniagaan.

“Ini termasuk mengurangkan pergantungan kita kepada buruh tidak mahir ketika kita beralih ke fasa automasi dan digitalisasi,” katanya dalam ucapan beliau semasa sesi dialog bersama industri yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, satu lagi hikmah di sebalik pandemik yang berlaku adalah tindakan segera untuk menggerakkan agenda inklusi digital, bagi membolehkan berjuta-juta orang bekerja, belajar dan berhubung secara digital.

“Pandemik ini telah menyedarkan kita bahawa untuk terus maju kehadapan, kita perlu lari daripada kebiasaan dan membangunkan pelbagai langkah untuk mengurangkan impak pandemik terhadap rakyat dan ekonomi kita. Ia bukan lagi keadaan seperti biasa. Sudah sampai masanya untuk mencari idea baharu. Sudah sampai masanya untuk berinovasi,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan baru-baru ini mengumumkan Pelan Tindakan Transformasi Digital, yang mengandungi pelan yang menumpu untuk mengembang dan menambah baik kesalinghubungan digital Malaysia.

Menurutnya, pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) berjumlah US$12.7 bilion (US$1=RM4.12), akan menjadi platform bagi mencapai aspirasi ini dengan mempercepat kesalinghubungan digital negara menerusi penggunaan mudah alih, gentian dan akses tanpa wayar tetap secara meluas, dan membuka jalan kepada 5G. 

“KIta percaya ia akan mendorong penggunaan teknologi dan transformasi digital. Ini perlu bagi trajektori ekonomi negara. Malaysia juga menyedari industri berasaskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) akan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital kita.

“Di bawah inisiatif didorong teknologi IR4.0, kita telah memperkenalkan Malaysia 5.0 – agenda transformasi digital bagi perniagaan, untuk menangani akses kepada digital, inklusi kewangan, produktiviti dan pertumbuhan menerusi instrumen industri 4.0 seperti teknologi kewangan (ntech), blockchain dan Kecerdasan Buatan (AI),” katanya.

Muhyiddin berkata dengan Malaysia 5.0, ekonomi digital akan diperkasakan bagi menyumbang ke arah ekonomi sirkular dan lebih mampan.

Perdana menteri juga menyifatkan teras pemulihan ekonomi ini adalah berdasarkan kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini memasuki fasa kedua.

“Apabila semakin ramai rakyat mendapat vaksinasi, saya yakin kita semakin hampir untuk melihat pandemik ini berakhir dengan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Bank Negara Malaysia telah mengunjurkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kembali meningkat kepada 6.0 hingga 7.5 peratus pada tahun ini dengan pemulihan stabil aktiviti domestik  berserta peningkatan permintaan luaran yang menjadi faktor asas dan pendorong sentimen optimis sedemikian.

Beliau berkata, sebagai sebuah ekonomi yang banyak bergantung kepada perdagangan, Malaysia akan terus berperanan sebagai penyokong utama sistem perdagangan pelbagai hala yang berteraskan peraturan.

Malah, jelas beliau, Malaysia akan terus terbabit dalam libat urus secara konstruktif merangkumi inisiatif-inisiatif integrasi ekonomi serantau, termasuk menerusi pembabitan aktif dalam usaha perjanjian perdagangan bebas yang membawa manfaat ketara untuk negara.

“Ini merupakan alasan utama di sebalik penyertaan kita dalam Perjanjian Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang memberi akses terhadap satu pertiga pendudukan dunia selain sebagai pasaran yang menyumbang 29 peratus kepada KDNK global,” katanya.

Mengulas kemajuan di masa depan, perdana menteri menyuarakan harapan agar komuniti perniagaan serta individu-individu persendirian untuk terus memainkan peranan penting dalam pengurusan serta membendung pandemik COVID-19.

“Kita perlu terus melaksanakan pendekatan keseluruhan masyarakat bagi menerapkan sikap kebergantungan diri dan semangat perpaduan. Usaha membendung pandemik serta menangani impak akibatnya adalah tanggung jawab kita secara bersama.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi perlu menegaskan bahawa peranan industri sememangnya  amat penting bagi mencapai matlamat bersama untuk melindungi kehidupan serta mata pencarian,” kata beliau.

Sumber: Bernama

Sektor swasta perlu guna pakai teknologi baharu untuk percepat pemulihan ekonomi– PM


Content Type:

Duration:

Malaysia berusaha untuk menjadikan industri acara perniagaan berada pada kedudukan lima teratas dunia dalam tempoh 10 tahun sebagaimana digariskan dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen Pameran Malaysia (MyCEB) Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata matlamat itu mampu dicapai dengan membawa masuk acara “World Expo” ke dalam negara kerana negara-negara ASEAN khususnya masih belum menganjurkan sebarang pameran dari luar.

“Maka, jika kita boleh menjadi negara ASEAN pertama menganjurkan ‘World Expo’, ia akan mewujudkan impak yang baik kepada industri acara perniagaan kita secara keseluruhan.

“Ini adalah satu inisiatif yang kita wujudkan dalam SMP 2021-2030 itu, iaitu mendapatkan ‘World Expo’ dianjurkan di negara kita,” kata beliau dalam sidang media selepas pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030 di sini semalam yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Dalam ucapannya, Abdul Khani berkata MyCEB terpaksa membatalkan 60 acara dan menangguhkan 28 acara tahun lepas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, beliau berkata SMP 2021-2030 akan membuka laluan untuk acara perniagaan dan sukan di Malaysia yang mampu melonjakkan industri acara perniagaan negara menjadi lebih kukuh dari sebelumnya dalam dekad mendatang.

Beliau berkata SMP 2021-2030 menyasarkan untuk menyumbang tiga peratus ketibaan pelancong dalam industri pelancongan, selain daripada menjana 25,833 pekerjaan menjelang 2030.

“SMP 2021-2030 merupakan isyarat komitmen sektor itu dan kerajaan untuk bekerjasama buat dekad mendatang dengan mengenal pasti strategi baharu dan peluang baharu untuk berkembang dan mengukuhkan kewujudan kita dalam pasaran sedia ada,” katanya.

Sementara itu Nancy dalam ucapan perasmian berkata pelawat acara perniagaan berbelanja tiga kali ganda daripada pelancong biasa dan mempunyai kesan pengganda yang besar dengan 40 peratus daripada mereka datang dengan pasangan dan 60 peratus daripada mereka kembali sebagai pelancong.

Bagaimanapun, beliau berkata ramai yang terlepas pandang bahawa sektor acara perniagaan melakukan sumbangan lebih besar menjangkaui ringgit dan sen.

“Menurut UNTWO (Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) selain daripada menjadi satu pemacu utama pembangunan industri pelancongan, sektor acara perniagaan adalah penjana utama pendapatan, pekerjaan dan pelaburan, manfaatnya menjangkaui pelancongan.

Sejajar dengan aspirasi kementerian, SMP 2021-2030 menumpukan kepada pembangunan pelancongan yang lestari selain memfokuskan kepada pelancong dengan pulangan-tinggi kepada negara,” katanya.

SMP 2021-2030 ialah satu acara MyCEB untuk industri acara perniagaan Malaysia dengan tiga teras utama, pengoptimuman, berpandangan jauh dan berdaya saing.

SMP menilai kekuatan dan kelemahan lalu dengan memproses data dalaman bagi merangka strategi masa hadapan dan pelan tindakan sambil mengamalkan pendekatan pemasaran mampan dipacu proses penyesuaian pendigitalan dan inovasi berterusan.

Sumber: Bernama

Malaysia sasar muncul lima teratas dunia dalam industri acara perniagaan


Content Type:

Duration:

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM2.6 bilion pada suku pertama 2021, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam satu kenyataan hari ini berkata, di bawah Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2.0 (EMP 2.0) dari 2018 sehingga Februari 2021, ECER telah berjaya menarik pelaburan komited kumulatif bernilai RM17 bilion yang dijangka mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan dan 1,800 peluang perniagaan.

ECERDC mengekalkan sasaran untuk pelaburan swasta bernilai RM70 bilion menjelang 2025, seperti yang digariskan dalam (EMP 2.0).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Baidzawi Che Mat berkata ECERDC akan terus menumpukan kepada usaha menarik pelaburan asing dari negara-negara Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) seperti Jepun, China, dan Korea Selatan dan meningkatkan usaha menarik pelaburan daripada Jerman dan dua negara sasaran baharu, iaitu Rusia dan India.

“Dalam jangka pendek, kami menjangkakan usaha menarik pelaburan baharu akan terus menjadi satu cabaran kerana ekonomi masih lagi dalam fasa pemulihan daripada kesan pandemik.

“Bagaimanapun, berdasarkan trend terkini tahun 2021, menunjukkan penurunan kes harian Covid-19 di serata dunia susulan langkah vaksinasi yang dipergiatkan, kenaikan harga minyak dan peningkatan minat dalam mempelbagaikan rantaian bekalan dan kepentingan keselamatan makanan,” katanya pada mesyuarat Majlis ECERDC hari ini.

Menurutnya, ECERDC telah merangka pelan untuk meningkatkan daya saing wilayah tersebut sebagai destinasi pelaburan dan mengembalikan semula momentum pelaburan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumber: Bernama

ECER tarik pelaburan RM2.6 Bilion


Content Type:

Duration:

Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menawarkan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) mendapat manfaat daripada Geran Automasi Pintar (SAG) MIDA.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata MoU itu menggariskan hubungan erat antara MIDA dan MIDF serta komitmen Bersama mereka untuk menyokong syarikat yang ingin melaksanakan automasi dan pemodenan.

“Sebagai sebuah negara, kita perlu meningkatkan produktiviti dan nilai tambah perniagaan Malaysia kepada tahap lebih tinggi dalam menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Melabur dalam automasi dan pendigitalan adalah antara cara untuk mencapainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerjasama tersebut untuk mempromosikan dan memudahkan penggunaan SAG melalui pakatan strategik.

“Di bawah pakatan ini, MIDA akan memberikan geran kepada syarikat yang layak, manakala MIDF akan menawarkan pembiayaan kepada syarikat  ini untuk baki perbelanjaan mereka.

“Selain itu, syarikat yang layak yang telah menikmati kemudahan pembiayaan daripada MIDF dapat mengurangkan komitmen kewangan mereka selepas permohonan untuk SAG berjaya,” katanya.

Katanya inisiatif SAG, yang diperkenalkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan awal sebanyak RM100 juta, dilancarkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2 Dis 2020.

MIDF berkata geran itu diberikan kepada PKS dan MTC yang layak pada asas padanan atau 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan yang layak, sehingga had maksimum geran sebanyak RM1 juta bagi setiap syarikat.

“Berdasarkan sambutan yang menggalakkan untuk SAG, kerajaan mengumumkan dana tambahan RM50 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) untuk mendorong lebih banyak PKS dan MTC meningkatkan operasi dan pengeluaran mereka melalui automasi dan pendigitalan,” katanya.

Katanya PKS dan MTC yang telah menjalankan aktiviti pembuatan atau perkhidmatan sejak 12 bulan lepas layak dipertimbangkan untuk SAG.

“Mesin, peralatan atau perisian automatik yang dibeli melalui geran ini mesti digunakan secara langsung dalam rantaian nilai syarikat untuk layak mendapat insentif ini,” katanya.

Katanya peningkatan dalam dua komponen – produktiviti dan kecekapan, akan dinilai berdasarkan pelbagai kriteria seperti mengurangkan pekerja tidak mahir, jam kerja, kadar kecacatan dan peningkatan dalam jumlah pengeluaran. “Syarikat yang berminat disaran untuk mengemukakan permohonan kepada pelbagai bahagian industri dan perkhidmatan di MIDA,” katanya.

Sumber: Bernama

MIDF bekerjasama dengan MIDA promosi geran automasi pintar kepada PKS, MTC


Content Type:

Duration:

AmBank Group Bhd menjadi institusi kewangan pertama di Malaysia memasang panel fotovoltaik solar (PV) dan dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM300,000 dalam tempoh 21 tahun dengan pemasangan solar PV.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata ia telah memuktamadkan perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) mengenai projek penjanaan sendiri Solar PV.

Ambank berkata kapasiti sistem solar PV sebanyak 65.61 kWp telah dipasang di salah satu bangunannya di bumbung Damansara Fairway 3 (DF3) melalui skim Perjanjian Pembekalan untuk Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE), apabila pemasangannya pada penyelesaian perbelanjaan modal sifar, pada 30 Sept, 2020.

Inisiatif itu dijangka dapat mengimbangi 59.3 tan metrik karbon dioksida setahun, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kumpulan berusaha untuk mewujudkan masa depan bersama yang mampan untuk pelanggan, pekerja dan masyarakat pada amnya untuk manfaat generasi sekarang dan akan datang.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan TNB berikutan pencapaian penting ini sejajar dengan agenda kemampanan AmBank Group dalam menghadapi krisis alam sekitar global,” katanya. Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata melalui GSPARX, TNB berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dalam penyelesaian teknologi solar yang inovatif, menyokong pelanggannya melalui kerjasama strategik jangka panjang.

Sumber: Bernama

AmBank, institusi kewangan pertama di Malaysia pasang panel solar PV


Content Type:

Duration:

Industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat Malaysia adalah antara penerima manfaat daripada Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010.

Menurut Pengawal Perdagangan Strategik Pertama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mohamed Shahabar Abdul Kareem, kebanyakan pesawat, enjin pesawat dan komponen penerbangan adalah dikawal untuk tujuan eksport oleh Amerika Syarikat (AS).

Melalui kewujudan STA 2010, beliau berkata AS akan tahu bahawa pengguna akhir peralatan itu adalah dari Malaysia dan akan meluluskan bahagian atau komponen pesawat untuk dipasang di Malaysia.

“Ini telah memberi manfaat kepada industri di negara ini,” katanya kepada Bernama bersempena ulang tahun ke-10 STA 2010 baru-baru ini.

Mohamed Shahabar yang berkhidmat sebagai pengawal antara 2010 dan 2013 bagi meneraju Sekretariat Perdagangan Strategik yang ditubuhkan MITI untuk pelaksanaan STA 2010 berkata, industri perkapalan turut menikmati manfaat yang sama.

Beliau berkata kawalan eksport bukanlah sesuatu yang asing bagi AS dan negara-negara Eropah memandangkan undang-undang berkaitan telah dikuatkuasakan di negara berkenaan sejak perang dunia kedua untuk menghalang musuh dan perikatannya daripada menerima teknologi mereka, khususnya teknologi ketenteraan.

Menerusi penguatkuasaan STA 2010, beliau berkata perundangan itu berupaya mengawal eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik dan teknologi termasuk senjata dan bahan berkaitan, dan aktiviti-aktiviti lain yang akan atau mungkin memudahkan reka bentuk, pembangunan,  pengeluaran dan penghantaran senjata pemusnah besar-besaran dari Malaysia ke negara lain.

“Pada masa yang sama, Malaysia akan berupaya menarik lebih banyak syarikat asing berteknologi tinggi dan berpengetahuan tinggi untuk melabur di sini, dan kemudiannya keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

Mengenai manfaat lain bagi akta itu, Mohamed Shahabar berkata STA 2010 akan melindungi Malaysia dan pengeksport Malaysia daripada dieksploitasi oleh pengeluar serta pihak yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mereka tanpa menjejaskan perdagangan yang sah dalam barangan strategik berkenaan.

Menurut MITI, barangan strategik yang dikategorikan di bawah STA 2010 termasuk barangan ketenteraan, elektronik, komputer, material, bahan kimia, mikroorganisma dan toksin, serta sistem pendorongan, kapal angkasa dan peralatan berkaitan.

“Dengan penubuhan STA 2010, Malaysia sebagai hab pemindahan utama akan berupaya menguatkuasakan kawalan ke atas transit atau pemindahan berasaskan panduan strategi dan menghalang pengeluar daripada menghantar barangan tertentu kepada negara tertentu yang tidak sepatutnya menerima,” kata Mohamed Shahabar.

Beliau berkata undang-undang itu akan turut menonjolkan Malaysia sebagai negara yang selamat untuk membuat urusan perdagangan dan bukan hanya menyumbang kepada keamanan global.

Sehingga kini, beliau berkata Malaysia menyaksikan peningkatan tahap kesedaran terhadap undang-undang itu dalam kalangan pengeksport tempatan dengan 617 syarikat telah mendaftar sebagai pemohon permit STA.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 54 peratus berbanding kurang daripada 400 yang direkodkan pada 2013, menunjukkan kesedaran adalah pada tahap ‘amat baik’ daripada sedekad lepas,” katanya.

Malaysia mula melaksanakan STA 2010 pada 1 Jan 2011 selepas diluluskan Parlimen pada 6 Mei 2010.

Penguatkuasaan itu adalah selaras dengan komitmen negara untuk melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1540.

Malaysia juga merupakan negara ASEAN kedua yang menguatkuasakan undang-undang itu selepas Singapura.

Sumber: Bernama

MRO pesawat, perkapalan antara industri terima manfaat STA 2010, kata Pengawal Perdagangan Strategik


Content Type:

Duration:

Anak syarikat milik penuh LYC Healthcare Bhd, LYC Mother and Child Centre Sdn Bhd menubuhkan anak syarikat milik 51 peratus untuk memudahkan pengembangan operasi pusat bersalinnya di Johor dengan Singapore O&G Ltd (SOG).

SOG yang tersenarai di Singapura menerusi anak syarikat milik penuhnya SOG Mummy and Baby Centre Pte Ltd, memegang baki 49 peratus lagi kepentingan dalam syarikat tujuan khas, LYC SOG Mother and Child Sdn Bhd (LYCSOG).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, LYC berkata aktiviti utama yang dirancang LYCSOG adalah mengendalikan pusat bersalin, pusat penjagaan ibu dan anak serta perkhidmatannya yang berkaitan.

LYC menyifatkan Johor sebagai lokasi menarik untuk rancangan pengembangan kumpulan itu dengan penduduknya, jumlah kelahiran hidup dan pendapatan menengah yang berada di belakang Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ia berhampiran dengan Singapura, bererti pusat bersalin yang dicadangkan di Johor itu boleh meneroka pasaran Singapura dengan kelahiran hidup berjumlah 39,115 (setakat 2019) setahun berdasarkan Buletin Demogra Singapura yang dikeluarkan Lembaga Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura,” katanya.

Sumber: Bernama

LYC Healthcare tubuhkan anak syarikat untuk kembangkan operasi pusat bersalin di Johor


Content Type:

Duration:

Komarkcorp Bhd berhasrat untuk mengumpulkan sekitar RM23.07 juta daripada cadangan tawaran saham persendirian bagi mengembangkan kapasiti pengeluaran topeng mukanya.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata penempatan tawaran saham persendirian yang dicadangkan itu membabitkan sehingga 96,223,000 saham biasa baharu, mewakili 20 peratus daripada jumlah saham terbitan sedia ada kepada pelabur pihak ketiga bebas yang akan dikenal pasti dan pada harga terbitan yang akan ditentukan kemudian.

“Kami berhasrat untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran kami melalui pembelian mesin tambahan bagi mengadakan 75 barisan pengeluaran topeng muka tiga lapis dan 10 barisan pengeluaran untuk topeng muka KN95 dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Selepas selesai pengembangan, kumpulan akan memiliki 100 barisan pengeluaran untuk topeng muka tiga lapis dan 15 jalur pembuatan topeng muka KN95,” katanya.

Syarikat itu, yang terlibat dalam percetakan label dan penyelesaian pembungkusan mengatakan keperluan untuk topeng muka perubatan melonjak susulan pandemik COVID-19, khususnya di negara yang terjejas teruk.

“Sebagai contoh, kadar jangkitan di negara/wilayah yang mana menjadi sasaran eksport topeng muka Komarkcorp Group seperti India, Amerika Syarikat, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan telah meningkat pada kadar yang membimbangkan,” katanya.

Operasi pembuatan topeng muka Komarkcorp ditempatkan di kilang serta ibu pejabatnya di Balakong, Selangor, yang berkeluasan 1.39 hektar, yang mana kira-kira 0.46 hektar telah diperuntukkan untuk tujuan berkenaan.

Memandangkan ruang yang ada hanya mampu menampung hingga 50 barisan pengeluaran topeng muka, kumpulan itu ingin memperoleh kilang berdekatan untuk memusatkan rantaian bekalannya.

Syarikat itu telah mempelbagaikan perniagaannya pada 2020 untuk merangkumi pembuatan dan penjualan topeng muka setelah mendapat kelulusan pemegang saham pada Ogos tahun yang sama serta berjaya mengumpulkan hasil sebanyak RM59.21 juta bagi mewujudkan 30 barisan pengeluaran untuk tujuan berkenaan.

Sumber: Bernama

Komarkcorp cadang kembangkan pengeluaran pelitup muka


Content Type:

Duration:

Kerajaan memutuskan untuk memulakan kajian semula pentadbiran (pelanjutan tempoh) duti antilambakan ke atas import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang berasal atau dieksport dari China, Korea Selatan dan Vietnam.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), keputusan itu dibuat selepas kerajaan menilai dan mempertimbangkan bukti lambakan, kemudaratan serta hubung kait di antara kedua-duanya.

“Selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994, suatu penentuan muktamad akan dibuat dalam tempoh 180 hari daripada tarikh pemulaan penyiasatan.

“Sekiranya penentuan muktamad adalah afirmatif, kerajaan akan mengenakan duti antilambakan bagi mencegah kemudaratan lanjut terhadap industri domestik,” menurut MITI dalam kenyataan pada Selasa.

MITI menjelaskan justeru, pihaknya akan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak berkepentingan seperti pengeluar tempatan dan persatuan pengeluar Malaysia yang berkaitan; pengeluar atau pengeksport produk itu di China, Korea Selatan dan Vietnam; pengimport dan persatuan pengimport berkaitan serta kerajaan China, Korea Selatan dan Vietnam.

Pihak lain yang berkepentingan boleh memohon bagi mendapatkan borang soal selidik tersebut selewat-lewatnya pada 27 April, 2021, menurut MITI.

“Pihak berkepentingan juga boleh memberi pandangan dan bukti tambahan secara bertulis kepada MITI selewat-lewatnya pada atau sebelum 11 Mei, 2021. Sekiranya tiada maklumat tambahan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, kerajaan boleh membuat penentuan muktamad berdasarkan fakta yang sedia ada,” jelas MITI.

Kajian semula itu diputuskan kerajaan susulan penerimaan satu petisyen daripada pengeluar tempatan, Mycron Steel CRC Sdn Bhd pada 15 Mac 2021.

Menurut MITI syarikat itu memohon kajian semula pentadbiran (pelanjutan tempoh) duti antilambakan import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang mempunyai ketebalan 0.20 milimeter (mm) hingga 2.60 mm dan kelebaran 700 mm hingga 1,300 mm berasal atau dieksport dari negara-negara berkenaan yang akan berakhir pada 23 Mei, 2021.

“Petisyen itu berdasarkan alasan bahawa penamatan duti antilambakan yang sedang berkuat kuasa berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

“Pempetisyen juga mendakwa dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari negara-negara berkenaan telah meningkat dan dilambak ke Malaysia pada harga lebih rendah daripada harga jualan domestik di negara-negara berkenaan selain kesan lambakan telah mengakibatkan kemudaratan material terhadap keluaran serupa industri domestik di Malaysia,” menurut MITI.

MITI memaklumkan notis pemulaan Kajian Semula Pentadbiran (pelanjutan tempoh) duti antilambakan mengenai import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang berasal atau dieksport itu boleh dicapai melalui https://www.miti.gov.my/miti/resources/pub_20210412_PUB199.pdf.

Maklumat lanjut mengenai penyiasatan ini boleh diajukan kepada Pengarah Seksyen Amalan Perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Aras 9, Menara MITI No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur atau di talian 03-6208 4631/4660/4635/4639, faks 03-6211 4429 atau e-mel kepada [email protected].

Sumber: Bernama

Kerajaan kaji semula duti antilambakan keluli aloi – MITI


Content Type:

Duration:

Tanpa sektor kitar semula, Malaysia tidak akan dapat berkembang menjadi ekonomi yang mampan dan mewujudkan nilai baharu yang memanfaatkan masyarakat dan alam sekitar, kata Persatuan Pengilang Plastik Malaysia dan Persatuan Kitar Semula Plastik Malaysia.

Kedua-dua persatuan itu dalam satu kenyataan bersama berkata  adalah penting  untuk Malaysia melabur  bagi membangunkan ekonomi pusingan  agar dapat melupuskan sisa buangan dan pencemaran.

Menyulit dan memencilkan industri kitar semula plastik yang sah hanya akan menyebabkan salah tanggapan yang kemudiannya akan menjejaskan perniagaan yang diperakui termasuk merosakkan mata pencarian mereka yang mematuhi undang-undang dan bekerja keras.

Persatuan merasakan  sebarang larangan secara menyeluruh  hanya akan melambatkan dan menghalang pembangunan ekonomi  pusingan serta kelestarian di Malaysia.

Katanya, pengeluar multinational dan domestik Malaysia menghadapi sasaran kemampanan yang agak sukar dalam pasaran eksport, yang mana pengguna dan kerajaan mereka mengutamakan ekonomi pusingan.

Industri kitar semula yang sah mampu menyokong ekonomi Malaysia dengan menyediakan plastik kitar semula sebagai bahan mentah kepada sektor elektrik dan elektronik, automotif, perabot, makanan serta pembinaan.

Selain itu, kedua-dua persatuan menyatakan bahawa Konvensyen Basel yang dipinda, yang berkuatkuasa pada 1 Jan 2021, kini mengawal selia pergerakan sisa plastik merangkumi eksport ke import.

“Plastik Sampah tidak lagi boleh dihantar dari negara pengeksport tanpa persetujuan bertulis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan  sedang menyelaras tindakan mereka untuk mencegah kemasukan sisa plastik di bawah peraturan baharu itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan pihak berkuasa pelabuhan.

JAS juga sentiasa dimaklumkan mengenai import bahan sisa plastik yang bersih dan homogen yang diimport dengan betul oleh pengitar semula yang sah.

”Malah kami telah menerima pengenaan levi RM20 satu tan bagi membantu kos penguatkuasaan  termasuk pemeriksaan pelabuhan kontena. Levi ini adalah tambahan kepada 18 peraturan baharu yang perlu kami patuhi,” tambah mereka.

Sumber: Bernama

Industri kitar semula mampu jana kemampanan ekonomi Malaysia


Content Type:

Duration:

Malaysia sedang menyaksikan ‘pertumbuhan yang sangat positif’ dalam segmen solar atas bumbung dan ladang solar berskala besar (LSS) industri solar fotovoltan negara, menurut Persatuan Perusahaan Industri Fotovolta Malaysia (MPIA).

Presiden MPIA, Davis Chong berkata, lebih 2,400 megawatt (MW) projek LSS telah dianugerahkan setakat ini termasuk 823 MW dalam pakej LSS (LSS4) keempat yang disampaikan baru-baru ini.

Pada minggu pertama April, lebih daripada 100 permohonan MW telah dikemukakan oleh sektor komersial dan perindustrian.

“Kami tidak akan terkejut jika kesemua 300 MW yang diperuntukkan untuk sektor komersial dan perindustrian diambil sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini. Kami menantikan lebih banyak peruntukan daripada kerajaan selepas pengambilan penuh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Davis berkata, pertumbuhan itu boleh diterjemahkan ke dalam pencapaian terpenting bagi Malaysia daripada segi pencapaian kemampanan dan tenaga boleh diperbaharui.

“Banyak perniagaan kini menggunakan sistem solar fotovoltan (PV) sebagai sebahagian daripada langkah mereka untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan kerana ia memberi mereka penjimatan yang ketara dalam bil tenaga.

“Selain itu, ia sangat positif kepada imej korporat mereka, dengan beberapa syarikat dapat menjual produk atau perkhidmatan mereka pada premium berbanding saingan mereka,” katanya.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mengumumkan bahawa hampir 4,000 pemasangan pemeteran tenaga bersih (NEM) telah selesai menjelang akhir tahun lepas dan keseluruhan kuota 500 MW NEM di bawah program NEM 2.0 telah diambil sepenuhnya sebelum tarikh akhir 31 Dis 2020.

Seterusnya, tambahan kuota 500 MW telah diumumkan di bawah NEM 3.0.

Permohonan NEM 3.0 untuk sektor kediaman dan kerajaan dibuka mulai 1 Feb manakala permohonan bagi sektor komersial dan perindustrian bermula 1 April.

MPIA dalam kenyataan itu, turut mengumumkan barisan jawatankuasa baharunya untuk penggal 2021-2023 yang dipilih pada mesyuarat agung tahunan persatuan yang ke-14 semasa 31 Mac lalu.

Selain Davis, jawatankuasa itu merangkumi Datuk Ir Muhammad Guntor Mansor Tobeng (naib presiden), Michael Leong (setiausaha), Joe Wong (penolong setiausaha) dan Samuel Soon (bendahari).

Sumber: Bernama

MPIA jangka lebih banyak peruntukan kuota untuk industri solar PV


Content Type:

Duration:

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengekalkan unjuran positif terhadap pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D), seiring dengan iklim pelaburan semasa yang optimis dalam persekitaran pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arham Abdul Rahman berkata pelaburan R&D juga merupakan platform strategik bagi pertumbuhan syarikat dalam keadaan ekonomi yang mencabar atau sebaliknya.

Malah, katanya, langkah meneruskan pelaburan tersebut akan membolehkan syarikat lebih bersedia  menghadapi fasa krisis dalam tempoh pemulihan.

“Hasil kajian sebelum ini yang membabitkan beberapa fasa kemelesetan mendapati syarikat yang banyak melabur dalam R&D akan berkembang berbanding pesaing yang tidak bertindak sedemikian dan hanya berdepan risiko kemerosotan perniagaan,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada program Penyelidikan dan

Pembangunan Untuk Perniagaan (RD4B) anjuran MIDA di sini, pada Isnin.

Selain itu, Arham juga menekankan peranan R&D sebagai antara elemen terpenting bagi meraih pertumbuhan, pembangunan dan inovatif untuk industri.

Sehubungan itu, kalangan perniagaan digalakkan untuk memanfaatkan R&D bagi mempertingkat proses perniagaan, mengurangkan kos dan meraih kelebihan dari segi saingan, katanya.

Pada tahun lepas, MIDA telah meluluskan sebanyak 199 projek berkaitan R&D dengan pelaburan modal sebanyak RM3.1 bilion yang mampu mewujudkan 6,949 pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Jumlah itu merangkumi 30 syarikat R&D, 80 syarikat kontrak R&D, 46 syarikat yang mempunyai kemudahan R&D, 26 syarikat berstatus R&D serta 17 projek strategic R&D kebangsaan,” katanya.

Menurut Arham, antara sektor utama adalah elektrik dan elektronik, auto dan pengangkutan, jentera dan peralatan serta kimia dan produk berasaskannya.

Dalam pada itu, merujuk Indeks Inovasi Global 2020 (GII), beliau berkata Malaysia di tempat kedua dalam tiga ekonomi inovasi teratas meliputi kumpulan berpendapatan pertengahan sederhana-atas manakala secara keseluruhannya negara ini di kedudukan ke-33.

“Ini menjadikan Malaysia di hadapan negara-negara ASEAN lain iaitu kedua selepas Singapura.  Malaysia juga di kedudukan teratas dari segi eksport bersih berteknologi tinggi di peringkat global,” katanya.

Sumber: Bernama

MIDA kekal positif terhadap prospek pelaburan R&D


Content Type:

Duration:

Syarikat Malaysia perlu membuat inovasi dan meningkatkan saranan nilai menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bersaing dalam pasaran, memandangkan hanya 3.5 peratus syarikat Malaysia yang telah memperkenalkan produk baharu sejak tiga tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pengarah Eksekutif Perancangan Strategik (Pembuatan) Choo Wai Meng memetik Laporan Bank Dunia bertajuk ‘Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development’ yang dikeluarkan pada Februari berkata angka itu terlalu rendah berbanding yang berada dalam kumpulan serantau iaitu pada 20 peratus, dan kumpulan aspirasi iaitu 33 peratus.

“Syarikat Malaysia tidak melakukan inovasi menggunakan R&D seperti ekonomi-ekonomi utama dan keadaan itu menjadikan kita rentan dengan peralihan sistematik teknologi yang memberi kesan kepada pasaran global,” katanya ketika berucap bagi menutup program Perniagaan R&D (RD4B) anjuran MIDA di sini, pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia mungkin mengalami gangguan kreatif disebabkan negara ini hampir ketiadaan potensi pertumbuhan susulan pengumpulan modal, oleh itu kegagalan untuk menginovasi produk baharu akan menyebabkan produk itu tidak dapat bersaing berikutan penepuan pasaran.

“Syarikat Malaysia kekal sebagai peniru, dalam jangka panjang ia akan mempunyai kesan dan syarikat Malaysia tidak dapat lagi bersaing pada faktor kos rendah, justeru, perlu beralih kepada pertumbuhan perniagaan berasaskan pengetahuan dan inovasi.

“Menerusi R&D, ia dapat mendorong pemupukan ekonomi berasaskan pengetahuan, dipacu oleh aset intelek yang menyediakan pulangan ekonomi, dan sukar untuk mencapai impak pertumbuhan perniagaan berasaskan inovasi sekiranya hanya bergantung kepada teknologi dan kepakaran asing,” katanya.

Laporan Bank Dunia itu juga mendapati beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun perbelanjaan R&D berkadaran dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah semakin meningkat namun ia masih dianggap rendah berbanding dengan yang melaksanakan peralihan dan yang menyasarkannya.

Di Malaysia, kebanyakan aktiviti R&D dijalankan oleh entiti perniagaan berbanding institusi penyelidikan atau institusi pengajian tinggi, dengan R&D perniagaan berkadaran dengan KDNK adalah lebih tinggi daripada kumpulan peralihan namun lebih rendah daripada kumpulan yang menyasarkan.

Sumber: Bernama

Firma Malaysia rentan dengan peralihan teknologi global berikutan kekurangan R&D


Content Type:

Duration:

KUALA LUMPUR, 11 April — Malaysia yang menyasarkan untuk  melonjakkan transformasi digital menerusi pelancaran teknologi 5G, dijangka meraih manfaat menerusi pembabitan Ericsson yang dilabelkan sebagai peneraju dalam pasaran prasarana rangkaian 5G oleh rma perunding perniagaan Frost & Sullivan.

Presiden Ericsson bagi Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata syarikat gergasi telekomunikasi Sweden itu juga berada dalam kedudukan baik serta bersedia membawa masuk penyelesaian utama bagi kelangsungan usaha mewujudkan tenaga kerja berkemahiran 5G untuk Malaysia.

Ini termasuk kerjasama  Ericsson dengan Universiti  Teknologi  Malaysia (UTM) dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi bagi menyokong agenda Revolusi Perindustrian Ke-4 Malaysia menerusi  Rangka Kerja 10-10 Inovasi dan Pembangunan Ekonomi Teknologi Sains Malaysia (MySTIE10-10), katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, adalah membanggakan apabila Ericsson berada di kedudukan teratas dalam pasaran prasarana rangkaian 5G menerusi senarai terkini Frost Radar™ yang merangkumi rangkaian akses radio (RAN), rangkaian teras dan pengangkutan.

Malah, pengiktirafan itu diumumkan kurang sebulan selepas Ericsson dinobatkan sebagai peneraju laporan ‘2021 Magic Quadrant for 5G Network Infrastructure for Communications Service Providers (CSPs) 2021’ oleh Gartner.

“Ericsson akan terus membuat pelaburan besar dalam 5G bagi memastikan kami mempunyai portfolio terbaik serta profesional mahir bagi menepati keperluan pelanggan.

“Ini akan memberi keyakinan kepada negara-negara yang telah menyasarkan kemudahan 5G, termasuk Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh,” katanya.

Penyenaraian Ericsson pada kedudukan teratas pasaran rangkaian prasarana 5G itu akan turut membolehkannya memanfaatkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran infrastruktur 4G pada masa ini.

Syarikat berkenaan telah menjana semua generasi mobiliti di Malaysia seperti 2G, 3G, 4G dan terbaharu menjadi pihak pertama menjalankan ujian 5G di Malaysia bersama-sama dengan pelanggannya, Celcom Axiata.

“Di Ericsson, kami sentiasa membuat pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bagi membangunkan produk penyelesaian terbaik yang ada kelebihan selain inovatif,” kata Hagerbro.

Ericsson mempunyai lebih 130 perjanjian komersial 5G dengan penyedia perkhidmatan komunikasi dan 83 rangkaian langsung 5G di serata dunia.

Sumber: Bernama

Ericsson mampu lahirkan tenaga kerja mahir 5G untuk Malaysia


Content Type:

Duration:

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) boleh menjadi instrumen pemulihan ekonomi yang penting terhadap pandemic COVID-19, menurut seorang pakar.

Bekas Duta ke Pertubuhan Perdagangan Dunia, Datuk M. Supperamaniam, berkata RCEP, jika dilaksanakan dengan berkesan, dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia di rantau ini dan di peringkat global yang boleh menjadi elemen penting kepada pemulihan daripada pandemik.

“Apabila berkuat kuasa, RCEP akan menghapuskan tarif sebanyak 90 peratus daripada barangan yang didagangkan antara penandatangannya dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Ini memberi peluang kepada perniagaan Malaysia dengan menawarkan akses pasaran kepada hampir satu pertiga daripada penduduk dunia,” katanya pada seminar siri meja bulat Dewan Perniagaan Malaysia-China RCEP secara maya hari ini.

Supperamaniam menjelaskan bahawa RCEP akan memperluas perdagangan antara rantau, mengintegrasikan rantaian bekalan dan menggalakkan ketelusan yang lebih baik untuk berkongsi pemudahan perdagangan.

“Ini penting kepada komuniti perniagaan berikutan mereka mahu menjadi berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata RCEP akan turut meningkatkan peluang komersial dan kerjasama strategik antara negara-negara anggota untuk meninjau perniagaan.

“Secara keseluruhannya, saya berpendapat Malaysia akan mendapat manfaat daripada RCEP ini tetapi sebahagian (industri) akan menghadapi cabaran; justeru, terdapat keperluan untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan mereka dibantu,” kata Supperamaniam.

Menurut beliau, ratifikasi RCEP akan menunjukkan Malaysia ingin menjalankan perniagaan dengan negara-negara lain, walaupun berdepan dengan situasi COVID-19.

RCEP adalah perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia dengan menghimpunkan 10 negara anggota ASEAN – Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, termasuk Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Setakat ini, Singapura, Thailand, China dan Jepun telah meratifikasi perjanjian RCEP.

Malaysia dijangka meratifikasi RCEP pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2022.

Sumber: Bernama

RCEP boleh jadi instrumen pemulihan ekonomi terhadap COVID-19, kata pakar


Content Type:

Duration:

Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan kegemaran di Asia Tenggara untuk syarikat asing, kata Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia (CCIFM) Datuk Zainal Amanshah.

Beliau berkata pendirian pro-perniagaan oleh pemimpin negara dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyaksikan pelaksanaan dasar dan insentif bagi memudahkan pelaburan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang menarik.

“Selain dari sambutan hangat dan berada di tengah-tengah pasaran 600 juta orang, Malaysia merupakan antara kalangan negara yang keseluruhan terbaik daripada banyak petunjuk yang anda perlukan untuk yakin menubuhkan perniagaan anda.

 “Pelabur Perancis seperti kebanyakan pelabur, mereka memerlukan kestabilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CCIFM berkata sejak penubuhannya pada 1991, keanggotaannya telah meningkat daripada 19 ahli pengasas kepada lebih 300 syarikat anggota merentasi semua industri dan sektor perkhidmatan hari ini, sambil menambah ia telah menyokong beratus-ratus syarikat Perancis dan Malaysia dalam membangunkan perniagaan mereka di kedua-dua negara.

“Terdapat kira-kira 500 entiti sah di sisi undang-undang yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan Perancis, menggaji lebih daripada 30,000 orang dengan jumlah perolehan sebanyak 5 bilion euro (1 euro = RM4.94),” katanya.

Sementara itu, Presiden CCIFM Gilles Waeldin berkata kebanyakan syarikat Perancis yang telah menjejakkan kaki di Malaysia terus kekal di sini dan mengembangkan perniagaan mereka sejak 30 tahun lalu.

Menurut MIDA,126 projek pembuatan dengan penyertaan Perancis bernilai RM4.36 bilion telah dilaksanakan di dalam negara, mewujudkan hampir 11,000 pekerjaan tempatan sejak 40 tahun lalu.

Sumber: Bernama

Pendirian pro-perniagaan Malaysia tarik lebih banyak syarikat Perancis


Content Type:

Duration:

World Competitiveness Yearbook 2021 terbitan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-25 daripada 64 ekonomi, berbanding ranking ke-27 tahun lepas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan ranking ‘Ease of Doing Business 2020’ oleh Bank Dunia, Malaysia berada di tempat kedua dalam kalangan 190 ekonomi dari segi menguruskan permit pembinaan.

“Walaupun semua ini menunjukkan inisiatif pembaharuan yang sedang dilaksanakan, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan pengawalseliaan kita cukup cekap untuk bertindak balas terhadap perubahan,” katanya semasa berucap melancarkan Laporan Produktiviti Negara 2021 dan Forum Produktiviti secara maya pada Rabu.

Laporan dan forum oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu mengangkat tema ‘Melonjakkan Produktiviti: Penetapan Semula, Pembaharuan dan Pemulihan’.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata Laporan Produktiviti menggunakan pendekatan berbeza kali ini.

Ia menumpukan secara langsung kepada isu dan cabaran yang menghalang pertumbuhan produktiviti dalam situasi krisis kesihatan dan ekonomi terburuk di samping menekankan penyelesaian yang disyorkan untuk menguruskan kekangan ini, katanya.

Beliau berkata dalam menangani cabaran ketara yang dihadapi produktiviti serta dalam usaha mempertingkatkan pertumbuhannya, tema 2021 untuk laporan itu merumuskan semuanya adalah  — penetapan semula dan pembaharuan, yang akhirnya membawa kepada pemulihan produktiviti.

“Syor yang dikemukakan dalam laporan ini adalah seiring dengan agenda kerajaan menerusi pelbagai pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan.

“Penyelesaian, yang wajar sekali dilakukan, dijangka melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan seterusnya memacu kebangkitan semula dan pemulihan perniagaan,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Abdul Latif berkata dalam lingkungan persekitaran perniagaan, pengawalseliaan berperanan penting untuk menambah baik aspek pemudahan urusan bertujuan menjalankan perniagaan.

Beliau berkata usaha menguruskan kebimbangan berkaitan pengawalseliaan dalam kalangan pihak industri, terutama perniagaan yang terjejas akibat pandemik, kini lebih mendesak untuk melancarkan pemulihan mereka.

“Pembaharuan pengawalseliaan amat penting untuk mengurangkan beban kawal selia yang tidak diperlukan perniagaan di samping merangka dasar yang lebih kondusif bagi kecekapan perniagaan.

“PEMUDAH atau Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, bekerjasama dengan MPC yang berperanan sebagai sekretariat, komited terhadap pembaharuan pengawalseliaan,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perutusan menteri yang terkandung dalam laporan tersebut, Mohamed Azmin berkata prospek adalah cerah bagi Malaysia, dipacu oleh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mencatatkan kemajuan baik untuk mencapai kadar secepat mungkin dan seramai mungkin rakyat menerima vaksin.

“Kerajaan juga melancarkan dan melaksanakan beberapa pakej rangsangan untuk mengurangkan beban komuniti perniagaan dan rakyat secara amnya. Insentif dan program diperkenalkan untuk mengatasi isu pekerjaan, kehilangan perolehan dan persekitaran perniagaan.

“Tumpuan utama akan terus diberikan kepada penerimagunaan digitalisasi dan teknologi sebagai alat untuk mempercepat pemulihan ekonomi. Menerusi usaha sinergi ini, sudah tentu wujud sentimen keyakinan untuk 2021 menjadi tempoh perubahan bagi pemulihan kesihatan dan ekonomi secara holistik,” katanya.

Beliau berkata pandemik COVID-19 telah mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini sekali gus menjejaskan kehidupan dan pendapatan rakyat, mengakibatkan kemerosotan produktiviti pada -5.5 peratus tahun lepas ekoran gangguan yang mengejutkan.

“Kita berusaha mengatasi pelbagai halangan dengan menetapkan peluang gerak yang telah mengubah trajektori kehidupan kita untuk keadaan lebih baik,” katanya.

Mohamed Azmin berkata Bank Negara Malaysia, menerusi laporan prestasi suku pertama yang dikeluarkan pada Mei, mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan yang dijangkakan pada 6.0 hingga 7.5 peratus tahun ini.

Beliau berkata ia menunjukkan pemulihan dari segi tenaga kerja dan produktiviti modal yang disokong oleh pemulihan ekonomi secara meluas di kebanyakan sektor secara amnya.

“Walaupun langkah berani dan perlu untuk melandaikan keluk jangkitan telah dilaksanakan pada 2020, kerajaan, dilengkapi dengan data virologi yang bermanfaat, telah mengambil langkah lebih bijak tahun ini untuk mengekang virus itu daripada menular secara eksponen, berdasarkan objektif menyeluruh untuk melindungi nyawa rakyat di samping memastikan peningkatan semula pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Sumber: Bernama

Malaysia di kedudukan ke-25 dalam World Competitiveness Yearbook 2021


Content Type:

Duration:

Anak syarikat milik penuh Freight Management Holdings Bhd (FMHB), FM Global Logistics (M) Sdn Bhd (FMGLM) dikehendaki melabur sekurang-kurangnya RM245 juta untuk pembangunan hab e-dagang di Shah Alam, Selangor bagi memenuhi syarat mendapat Elaun Cukai Pelaburan.

Penyedia perkhidmatan pengangkutan itu berkata awal bulan ini, FMGLM menerima surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai semakan semula syarat-syarat untuk insentif cukai bagi industri perkhidmatan logistik bersepadu.

Surat itu menetapkan bahawa FMGLM harus  membuat pelaburan dalam perbelanjaan modal yang berkaitan dengan kegiatan perkhidmatan logistik bersepadu termasuk kegiatan hab pemenuhan e-dagang, sekurang-kurangnya RM245 juta, kata FMHB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

“Syarikat akan memuktamadkan rancangan bagi pembangunan kegiatan perkhidmatan logistik bersepadu dan kegiatan hab pemenuhan e-dagang dalam mematuhi syarat-syarat surat kelulusan tersebut.

“Insentif cukai itu dijangka dapat memberikan sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada  masa depan,” katanya.

Sumber: Bernama

Freigh Management dapat insentif cukai bagi pembangunan hab edagang


Content Type:

Duration:

Industri peralatan perubatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan luar biasa dari segi reka bentuk dan pembuatan produk berkelas dunia, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Agensi penggalakan perdagangan itu menjelaskan sektor tersebut meraih manfaat daripada sokongan ekosistem kukuh di negara ini dalam industri semikonduktor; jentera dan peralatan; elektrik dan elektronik; tekan tera logam dan plastik yang menyediakan persekitaran diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi pembuatan ideal bagi peralatan perubatan.

Dalam kenyataan pada Rabu, MATRADE menambah eksport peralatan perubatan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua digit bernilai RM29.99 bilion atau US$7.16 bilion pada 2020.

Lebih 90 peratus peralatan perubatan yang dibuat di Malaysia dieksport ke 10 destinasi utama iaitu Amerika Syarikat (AS), Jerman, Singapura, Jepun, Belgium, China, Netherlands, Brazil, United Kingdom (UK) dan Australia, menurutnya.

MATRADE menekankan bahawa kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah terbesar dunia, yang pada masa ini menyumbang 60 peratus kepada pasaran dunia, telah mendorong negara ini berkembang ke dalam bidang peralatan perubatan guna habis lain.

“Ini termasuk pelbagai produk perubatan berkualiti seperti barang dan radas, picagari, sutur, jarum, kateter, perentak dan lain-lain. Malaysia pada masa ini menyumbang 80 peratus kepada bekalan kateter dunia.

“Sektor yang pesat dan amat inovatif ini juga membekalkan produk terkini dari segi teknologi dan bernilai tambah lebih tinggi seperti produk perentak jantung, sten, peranti implan ortopedik, elektro-perubatan, terapeutik, pemantauan serta kit ujian diagnostik pantas,” tambahnya.

Menurutnya, kini syarikat Malaysia juga menghasilkan item kapnografik iaitu komponen yang amat diperlukan bagi prosedur anestesia dan pemantauan penjagaan rapi.

Syarikat Malaysia juga semakin banyak melakukan penyelidikan dan pembangunan terutama dalam menggabungkan robotik, automasi, proses bersepadu dan Internet Pelbagai Benda (IoT) ke dalam proses pembuatan mereka, sejajar dengan peralihan negara kepada Revolusi Perindustrian Keempat.

“Ini telah mendorong pencepatan kadar inovasi dan langkah merevolusikan pembangunan produk, proses pembuatan dan model perniagaan,” jelasnya.

Agensi itu menambah, pihaknya sentiasa menyediakan bantuan untuk memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pameran perdagangan dunia seperti Arab Health serta Medica di Eropah.

Mesyuarat secara maya juga giat dijalankan semasa tempoh sekatan pergerakan, iaitu menerusi program eBizMatch antara pembekal Maaysia dan pembeli berpotensi dari AS, UK, Netherlands, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan, Hong Kong dan Australia, jelasnya.

Sumber: Bernama

Ekosistem kukuh Malaysia beri manfaat kepada industri peralatan perubatan


Content Type:

Duration:

wpChatIcon