2021 Archives - Page 29 of 33 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Adakah kita telah bersedia ke arah penggunaan tenaga RE dan tenaga bersih?

Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) tidak dinakan merupakan tenaga masa depan dalam penggunaan dan campuran tenaga dan topik ini hangat diperdebatkan bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia kerana ia memerlukan dasar, infrastruktur dan pembiayaan yang sesuai dan bertepatan.

Dalam temu bual yang menyentuh isu berkenaan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroleum Nasional Bhd (Petronas), Tengku Muhammad Tauk Tengku Aziz memberikan penjelasan bagaimana satu-satunya syarikat Fortune 500 Malaysia itu bersiap sedia untuk membuktikannya sendiri.

Beliau memberitahu Petronas mempunyai dua hingga tiga dekad masa yang baik untuk  menyusun strategi kedudukannya. Mungkin ia kelihatan seperti tempoh menunggu yang panjang tetapi sesiapapun boleh meneka bilakah peralihan sedemikian boleh berlaku.

Kejatuhan teruk harga minyak pada tahun 2020 adalah petunjuk yang baik tentang bagaimana keadaan boleh berubah dalam sekelip mata, katanya.

Pada awal bulan Mac tahun lepas, permintaan untuk minyak menyusut teruk di tengah penularan jangkitan COVID-19 serta lonjakan harga telah mendorong harga komoditi itu menjunam ke paras negatif.

Syarikat minyak dan gas di seluruh dunia turut merasa bahang kemerosotan dan Petronas tidak terkecuali yang mana menyaksikan ia  mencatatkan susut nilai RM20.78 bilion pada suku kedua 2020. Pada akhir tempoh sembilan bulan pertama, susut nilainya berjumlah RM32.12 bilion .

“Tentu sahaja walaupun dalam tinjauan yang paling agresif, minyak dan gas masih lagi menguasai separuh daripada campuran tenaga. Jadi, kita menjangkakan ia masih lagi relevan untuk dua hingga tiga dekad ini.”’

Tetapi sebagai syarikat minyak dan gas negara yang diamanahkan, Petronas perlu terus menjana pendapatan, meningkatkan nilai dan memaksimumkan pulangan yang datang daripada hidrokarbon kepada rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, memastikan kelestariannya.

“Kita harus bersedia untuk berhadapan dengan  penurunan permintaan untuk  minyak kerana kecekapan kini menjadi daya tarikan dan  kehendak pengguna turut berubah kepada tenaga yang lebih bersih dan boleh diperbaharui.

Jelas sekali, gas merupakan sumber bahan api yang penting dan bersih, tetapi kepelbagaian kepada tenaga boleh diperbaharui sama pentingnya, tegas Tengku Muhammad Tauk yang mula menerajui Petronas tujuh bulan lepas.

“Ada sesetengah pihak yang agresif menyatakan kita akan menyaksikan permintaan minyak akan mencapai kemuncak seawal 2030 dan 2035, dan dalam pengangkutan, kita akan melihat model baharu serta lebih banyak infrastruktur pengecasan kenderaan elektronik.”

Bagaimanapun, ia tidak bermakna minyak akan menjadi tidak relevan kerana ia masih akan digunakan di loji-loji untuk menghasilkan petrokimia yang digunakan dalam produk harian. Penggunaannya akan tetap ada,” kata beliau kepada Bernama dan Berita Harian dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Sekiranya pilihan untuk menerokai RE tidak dilakukan sekarang, beliau percaya Petronas akan berhadapan risiko menjadi kurang relevan dalam bergerak ke hadapan.

“Tetapi jenis pelaburan yang kita ambil mesti dipertimbangkan dengan teliti,” katanya.

Terdapat pasaran yang menjanjikan ganjaran untuk campuran tenaga bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain seperti India dan Vietnam, kata Tengku Muhammad Tauk sambil menambah  Petronas telah membuat pelaburan yang dihitung (calculated investments)  di India, melalui Amplus Energy Solutions Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura, juga dikenali sebagai M+.

Menurut laporan, M+ adalah antara  penyedia pemasangan bumbung terbesar di India, dan kini mempunyai kapasiti solar melebihi 800 megawatt (MWp) dalam operasi dan pembinaan di India, Dubai dan Asia Tenggara.

Pemasangan komersial dan perindustrian itu meliputi lebih daripada 200 syarikat multinasional, termasuk Honda, General Electric dan Halliburton.

Seiring dengan perkembangan Asia, permintaan untuk tenaga elektrik juga akan meningkat, katanya  sambil menambahkan terdapat pelbagai laporan yang menunjukkan ada antara 100 dan 130 juta orang, tertakluk pada tempoh tinjauan, yang tidak memiliki akses kepada tenaga elektrik.

Buat masa ini, Petronas memanfaatkan tenaga yang tersedia dengan banyaknya iaitu tenaga suria.

“Peluang perniagaan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti teknologi bateri dan tenaga boleh diperbaharui yang lain  sedang diperhatikan kerana tidak semua kerajaan berminat untuk melabur dalam grid elektrik kerana ia melibatkan kos yang mahal untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, pulangannya tidak sebegitu menarik berbanding yang diperoleh daripada pelaburan minyak dan gas tradisional.

“Tetapi apa yang harus kita lakukan adalah membuktikan aliran pendapatan masa depan untuk Petronas. Bagi memastikan pendapatan lebih pelbagai dan pada masa sama mengekalkan nilai estrak daripada perniagaan teras kami,” tegas beliau.

Rancangan campuran tenaga Malaysia 

Tengku Muhammad Tauk berkata perlunya untuk mempertimbangkan perubahan atau peralihan dasar apabila berurusan dengan campuran tenaga yang sentiasa berkembang pesat.

Pada tahun 2018, Malaysia mengumumkan bahawa ia telah menetapkan sasaran 20 peratus RE dalam penjanaan campuran tenaga menjelang 2025.

“Jadi, dasar yang disertakan perlu diperhalusi. Apakah kita komited untuk memberikan insentif kepada perubahan itu? Adakah sistem bank kita membenarkan pembiayaan peralihan?,” tanya beliau.

Laporan pada 2019 di laman web power-technology.com menunjukkan bahawa untuk mencapai 20 peratus sasaran campuran tenaga, Malaysia memerlukan pelaburan bernilai RM33 bilion (US$8 bilion) dalam sektor RE.

Tengku Muhammad Tauk berkata  antara US$5 trilion dan US$6 trilion diperlukan untuk membuat dunia beralih kepada model yang lebih mampan/lestari dan pembiayaan peralihan tenaga sangat diperlukan untuk memastikannya dapat direalisasikan.

Beliau berpendapat perlunya ada ekosistem bagi mendokong langkah itu.

“Saya rasa, ini adalah perdebatan yang berterusan. Bukan hanya di pasaran sedang pesat membangun tetapi juga pasaran maju dan matang mengenai berapa banyak modal yang ingin mereka peruntukkan untuk membolehkan sektor swasta melaksanakannya.”

“Kerana kita harus menerima hakikat bahawa ini adalah pelaburan yang tidak akan memberikan pulangan lumayan secara serta-merta. Tetapi jika kita tidak melakukannya, akan ada ketikanya pengguna akan menuntut untuk dapatkan tenaga bersih.”

Petronas, yang merupakan antara lima penggiat teratas di Asia untuk gas asli cecair (LNG) amat menyokong langkah menjadikan gas bahan bakar peralihan ke arah mencapai aspirasinya iaitu Sifar Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) 2025.

Tinjauan oleh Persatuan Tenaga Antarabangsa menyaksikan gas kini menghampiri 20-25 peratus campuran tenaga menjelang 2040 dan ia akan terus meningkat.

Yang pastinya, arang batu jauh lebih murah dan masih memainkan peranan penting dalam gabungan campuran tenaga negara tetapi perlu difahami bahawa Malaysia bukan negara pengeluar arang batu.

“Jadi, semakin kita bergantung pada perspektif keselamatan tenaga arang batu, pengimportan juga akan menjadi sebahagian daripada persamaan dan oleh itu, menguruskan pergantungan kepada pengimportan arang batu dan  aliran keluar mata wang  adalah penting kerana kita membeli terutamanya dari Indonesia dan Australia.”

Jelas sekali, struktur kos perniagaan boleh terganggu (dalam peralihan ke arah bahan bakar yang lebih bersih) jika langkah-langkah berkenaan tidak diambil.

Langkah sebenar yang boleh diambil oleh pengguna dan industri di Malaysia adalah melihat kepada peningkatan kecekapan mereka.

“Ia agak menyakitkan tetapi itulah langkah yang harus diambil untuk mengekalkan daya saing sebagai sebuah negara.”

Tengku Muhammad Tauk mengambil contoh undang-undang Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang mahu agar industri menggunakan bahan bakar bersih sebagai petunjuk bahawa dunia sedang menuju ke arah itu.

Di Malaysia, untuk jangka waktu yang paling lama, Petronas terpaksa menanggung beban kos harga gas bersubsidi bagi  penjanaan tenaga elektrik, iaitu pada RM6.40 per juta Unit Termal British (MMBtu), yang hampir 70 peratus lebih rendah daripada harga pasaran sebenar ketika itu.

Sementara itu, Tengku Muhammad Tauk percaya kerajaan akan memperkenalkan rancangannya ke arah RE dan peralihan tenaga sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 dan Dasar Tenaga Nasionalnya.

“Kami tidak memacu usaha itu tetapi saya amat berbesar hari mereka turut meminta input daripada Petronas. Dengan itu, pandangan kami turut diketahui ramai,” katanya.

Sumber: Bernama

Adakah kita telah bersedia ke arah penggunaan tenaga RE dan tenaga bersih?


Content Type:

Duration:

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang komprehensif  akan dilaksanakan sehingga 2030 dan menetapkan visi untuk negara menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata  Unit Perancang Ekonomi telah diberi mandat  untuk menggubal Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang mengandungi tiga objektif dasar dan dirangka untuk memenuhi visi negara dalam mencapai digitalisasi.

Katanya rangka tindakan ini mengambil kira pandangan dan input pelbagai pihak berkepentingan, termasuk rakyat, industri dan agensi kerajaan.

“Tiga objektif dasar itu ialah menggalakkan pemain industri menjadi pencipta dan pengguna model perniagaan yang inovatif, melahirkan modal insan yang berupaya untuk berdaya saing dan memupuk ekosistem bersepadu yang akan membolehkan masyarakat mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya hari ini.

Katanya enam teras strategik turut dikenal pasti  iaitu  memacu transformasi digital di sektor awam,  meningkatkan daya saing ekonomi melalui digitalisasi, membangunkan infrastruktur digital, membangunkan tenaga kerja berkemahiran digital, mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan mewujudkan persekitaran digital yang terjamin dan beretika.

Dalam pada itu, Mustapa berkata negara masih berhadapan dengan beberapa cabaran yang perlu ditangani segera bagi memastikan matlamat untuk mengurangkan jurang digital dapat dicapai.

“Antaranya termasuklah,  kualiti dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang rendah, penyediaan infrastruktur digital yang belum menyeluruh dan  tenaga kerja berkemahiran digital yang masih tidak mencukupi,” katanya.

Mustapa berkata pandemik COVID-19 telah mendorong pihak kerajaan, swasta dan masyarakat, meningkatkan usaha menguasai teknologi digital.

“Kerajaan sedar betapa pentingnya diperkenalkan dasar khusus bagi memanfaatkan peluang daripada ekonomi digital,” katanya.

Pelaksanaan rangka tindakan ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama memfokuskan kepada pengukuhan asas penggunaan digital bermula tahun ini hingga tahun depan, diikuti fasa dua (2023 hingga 2025) memacu transformasi digital yang inklusif dan fasa tiga (2026 hingga 2030) akan menjadikan negara sebagai peneraju serantau dalam bidang kandungan digital dan keselamatan siber.

Sementara itu, katanya  inisiatif MY Device akan diperkenalkan untuk memastikan semua pelajar di Malaysia mendapat akses kepada peranti digital bagi tujuan pembelajaran menjelang 2025.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kerjasama antara kerajaan, swasta dan rakyat. Data percuma akan diberikan kepada pelajar daripada kumpulan yang mudah terjejas,” katanya. Beliau berkata ini selari dengan sasaran Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital menjelang 2030.

Sumber: Bernama

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan dilaksanakan sehingga 2030


Content Type:

Duration:

Perniagaan tempatan mampu menikmati peluang yang lebih besar untuk membangun dan berkembang di peringkat domestik, serantau malah global melalui pulangan daripada pendigitalan melalui inisiatif MyDIGITAL yang dilancarkan hari ini.

Ia juga bakal memperoleh lebih banyak peluang integrasi antara sektor ekonomi dan menjadi lebih cekap dari segi kos hasil daripada perkongsian ekonomi.

“Kira-kira 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu menerima guna e-dagang dan pada masa sama kita dapat menarik dua syarikat unicorn, sama ada tempatan atau asing,” menurut buku Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran MyDIGITAL secara maya hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia bakal menikmati penambahbaikan literasi digital, pertambahan pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar; perniagaan, termasuk PMKS.

Bagi pihak kerajaan, inisiatif tersebut bakal menyaksikan semua kementerian dan agensi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang 2022 dan mencapai 80 peratus penggunaan storan pengkomputeran awan merentas sektor awam pada 2022.

Sementara itu, bagi rakyat, MyDIGITAL bakal mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu, 100 peratus isi rumah mendapat capaian kepada internet dan semua pelajar mendapat akses kepada pembelajaran dalam talian.

MyDIGITAL menggariskan inisiatif dan hasil bersasar untuk rakyat, perniagaan dan kerajaan merentas tiga fasa pelaksanaan sehingga 2030.

Semua manfaat tersebut akan dilaksanakan melalui enam teras utama, 22 strategi, 48 inisiatif nasional dan 28 inisiatif sektoral melalui Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

Fasa 1 (2021-2022) bertujuan untuk melonjakkan penerimagunaan bagi pengukuhan asas digital yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 yang pantas dan lancar.

Dalam Fasa 2 (2023-2025), fokus akan beralih kepada memacu transformasi dan inklusiviti digital merentas ekonomi digital, dengan menitikberatkan inklusiviti dalam kalangan rakyat dan semua peringkat perniagaan.

Fasa 3 (2026-2030) menetapkan hala tuju pertumbuhan ekonomi digital yang tinggi dan mampan dalam beberapa dekad yang akan datang, meletakkan Malaysia sebagai pengeluar pasaran serantau bagi produk digital dan penyedia penyelesaian digital.

Pada 2019, subsektor ICT di Malaysia telah menyumbang sebanyak RM289 bilion atau 19.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital melalui pewujudan perniagaan baharu secara digital dan mendorong perniagaan tradisional secara zikal beralih kepada perniagaan dalam talian. Norma baharu pandemik menyebabkan rakyat Malaysia memilih untuk melakukan aktiviti secara maya bagi memenuhi keperluan harian, hiburan dan pendidikan.

Sumber: Bernama

MyDIGITAL buka peluang lebih besar kepada perniagaan tempatan untuk membangun dan berkembang


Content Type:

Duration:

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (NIP) merupakan langkah pertama ke arah pemulihan ekonomi Malaysia, demikian menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Pengarah Penyelidikannya Laurence Todd berkata dengan NIP, Malaysia akan mula menyaksikan kejayaan ekonomi seperti negara lain (United Kingdom dan Amerika Syarikat) yang telah melancarkan program imunisasi mereka masing-masing.

“Malaysia pantas menggerakkan pelan imunisasinya dengan lebih banyak masyarakat dilindungi daripada virus pandemik tersebut dan negara sudah boleh mula memikirkan untuk membukakan ekonomi secara kekal.

“Program imunisasi ini  adalah apa yang diperlukan perniagaan dan ia sudah pastinya akan membawa masuk kembali pelaburan ke Malaysia,” katanya pada program ‘Mid-day Update’ Bernama TV,  hari ini.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik COVID-19.

Program imunisasi itu yang akan dilaksanakan secara tiga fasa dijadualkan bermula 26 Feb depan selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin.

Fasa pertama adalah dari 26 Feb sehingga April 2021, fasa kedua dari April sehingga Ogos manakala fasa ketiga dijadualkan bermula dari Mei sehingga Februari 2022.

Todd berkata selain NIP, sokongan berterusan kepada isirumah dan perniagaan juga akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur.

“Kita juga perlu memikirkan bagaimana untuk menjadikan ekonomi kita lebih berdaya tahan pada masa depan. Ia bermakna mewujudkan pelaburan gelembung untuk mendigitalkan ekonomi, termasuk prasarana dan kemahiran.

“Tenaga kerja yang besar dapat membantu perniagaan kecil beralih kepada dalam talian. Ini akan memastikan ekonomi bersedia untuk berdepan dengan impak daripada pandemik seumpama itu pada masa depan dan terus membina ekonomi yang lebih berdaya tahan,” katanya.

Menurutnya, pelabur akan melihat kepada ekonomi yang berusaha untuk menjadikannya lebih kukuh dan berdaya tahan.

“Menambah baik persaingan, menangani isu-isu tadbir urus dan meningkatkan ketelusan adalah antara beberapa elemen yang akan membolehkan atau menggalakkan lebih banyak pelabur datang ke negara ini,” katanya.

Beliau juga mengulas mengenai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprol tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan tahun ini.

Menurut MIDA,  potensi gabungan nilai pembangunan  RM81.9 bilion sedang dirundingkan dan disasarkan, manakala keluaran dalam negara kasar diunjur berkembang 7.5 peratus tahun ini.

Todd berkata unjuran ekonomi bagi suku ketiga dan keempat tahun ini boleh dicapai hanya sekiranya pelan imunisasi itu berjalan lancar seperti yang dijadualkan tepat pada masanya.

“Mendapatkan vaksin adalah penting di samping membina visi lebih kukuh mengapa Malaysia adalah tempat yang penting untuk melabur, dengan daya saing ekonomi dan tadbir urus yang baik.

“Namun persoalan utama bukan hanya sekadar menyasar 2021. Adakah kita membina ketahanan itu bagi tempoh jangka panjang?” ujarnya.

Pada 11 Jan, Malaysia, menerusi Kementerian Kesihatan menandatangani perjanjian dengan Pzer (Malaysia) Sdn Bhd bagi penghantaran vaksin COVID-19 PzerBioNTech BNT1262b.

Perjanjian itu melibatkan pembelian kumpulan pertama 12,799,800 dos vaksin bagi 20 peratus penduduk dengan dua dos bagi setiap orang.

Sumber: Bernama

Program Imunisasi Kebangsaan langkah pertama ke arah pemulihan ekonomi Malaysia – IDEAS


Content Type:

Duration:

Linde Malaysia hari ini mengumumkan ia telah menyiapkan dan memulakan loji baharu di Muar, Johor untuk membekalkan nitrogen gas ketulenan tinggi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Linde berkata loji bernilai RM28 juta itu direka dan dibina terutamanya untuk menyokong permintaan yang kian meningkat daripada STMicroelectronics, pengeluar semikonduktor global terkemuka yang mempunyai kilang di Muar.

“Dibina dengan teknologi canggih, ECOGAN5 ialah loji yang menjimatkan tenaga, cekap dari segi kos dan boleh dipercayai serta mampu membekalkan aliran nitrogen gas secara berterusan,” katanya.

Presiden Linde (Asean),  Binod Patwari  berkata pelaburan itu merupakan bukti komitmennya  bukan sahaja untuk industri elektronik di Malaysia tetapi juga pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

“Linde mempunyai hubungan lama dengan STMicroelectronics iaitu lebih 30 tahun, dan saya bangga melihat kerjasama kami terus berkembang,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Linde bina loji baharu bernilai RM28 juta di Muar


Content Type:

Duration:

Jumlah pekerjaan yang diwujudkan pada 2020 merosot sebanyak 31,000 pekerjaan kepada 73,000 daripada 104,000 pekerjaan diwujudkan pada 2019, mencerminkan permintaan buruh yang rendah daripada perniagaan dalam sektor swasta, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata angka awalan berdasarkan purata suku tahunan statistik tenaga buruh menunjukkan bilangan penduduk bekerja merekodkan peningkatan kecil kepada 15.10 juta orang manakala bilangan penganggur naik kepada 711,000 orang.

“Justeru, kadar pengangguran naik kepada 4.5 peratus berbanding kadar purata 3.0 peratus yang direkodkan dalam tempoh sebelum krisis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan nilai tambah bagi tahun 2020 susut 5.6 peratus, produktiviti buruh per pekerja jatuh 5.4 peratus kepada RM88,899 per pekerja.

Berdasarkan pengurangan operasi perniagaan, katanya jumlah jam bekerja pada 2020 mencatatkan penurunan kepada 32.0 bilion jam (2019: 35 bilion jam), menyebabkan produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.4 peratus kepada RM42 per jam.

Mohd Uzir berkata cabaran luar jangka pada 2020 telah membuka peluang kepada industri untuk menilai semula model perniagaan dan meneroka bidang baharu.

Sebahagian perniagaan telah meningkatkan penggunaan teknologi digital manakala sebahagian lagi melaksanakan pengaturan kerja eksibel.

“Bagaimanapun, perniagaan tertentu mungkin berdepan cabaran dalam mengadaptasi pendigitalan kerana struktur semasa operasi perniagaan dan kekurangan kompetensi teknikal, terutamanya perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PKS).

“Penggunaan teknologi melalui rakan kongsi pintar perniagaan merupakan antara mekanisme untuk PKS meningkatkan skala ekonomi.

“Oleh itu, penting untuk memastikan sokongan yang berterusan kepada PKS dalam proses adaptasi pendigitalan ke arah mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir bagi memenuhi peningkatan penawaran tenaga buruh berkemahiran,” katanya.

Beliau berkata pasaran buruh Malaysia pada awal 2021 dijangka terus berada dalam kedudukan yang mencabar, justeru, kerjasama berterusan semua pihak diperlukan untuk meringankan situasi yang kurang memberangsangkan ini.

Sumber: Bernama

73,000 pekerjaan diwujudkan pada 2020 – Jabatan Perangkaan


Content Type:

Duration:

Program vaksinasi kebangsaan jelas sekali merupakan satu daripada faktor kejayaan penting untuk mencapai pemulihan ekonomi dan kewangan yang dirancang negara tahun ini, kata ahli-ahli ekonomi.

Malaysia bakal memulakan program vaksinasi COVID-19 kebangsaan pada 26 Feb dan menyasar menyelesaikan tiga fasa program imunisasi itu menjelang Februari 2022.

Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Izuan Ahmad berkata kejayaan pelaksanaan program itu sangat penting bagi menyediakan perlindungan mencukupi Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Izuan Ahmad berkata kejayaan pelaksanaan program itu sangat penting bagi menyediakan perlindungan mencukupi terhadap virus tersebut serta memupuk sentimen positif dalam komuniti pengguna dan perniagaan.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilanjutkan lagi bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor sehingga 4 Mac, 2021, beliau berkata pemulihan pertumbuhan ekonomi negara dijangka masih berada di landasannya.

“Lebih banyak sektor ekonomi, termasuk bukan sektor penting telah dibenarkan beroperasi baru-baru ini dengan prosedur operasi yang lebih ketat. 

“Justeru, lebih banyak aktiviti ekonomi telah memulakan semula operasi, menyediakan lebih banyak pekerjaan dan dagangan perniagaan yang seterusnya meningkatkan sumbangan penggunaan swasta kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada Bernama.

Izuan berkata dari segi pelaburan langsung asing (FDI), sentimen positif hasil daripada pelaksanaan lancar program  vaksinasi kebangsaan itu juga dijangka meningkatkan kemasukan lebih banyak FDI ke dalam negara.

Sejajar dengan jangkaan peningkatan aktiviti dagangan global pada tahun ini, FDI juga merupakan penyumbang penting dalam mencapai pelan pemulihan ekonomi negara, dengan pendapatan eksport diunjur meningkat dalam masa terdekat, katanya.                                                                                    

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata permulaan program vaksinasi Malaysia akan menjadi sandaran utama bagi pembukaan semula ekonomi.

Pelancaran program vaksinasi dan seterusnya imuniti kelompok yang dirancang selesai sepenuhnya pada suku pertama 2022 bermakna keyakinan pengguna dan perniagaan seharusnya bertambah baik memandangkan kadar jangkitan dapat dikurangkan secara beransur-ansur, katanya.

“Apabila pembukaan semula ekonomi dapat dilaksanakan dengan cara yang meyakinkan, lebih banyak perniagaan akan dibenarkan untuk dibuka semula dan pengguna dapat melakukan urus niaga dengan tenang, selain mereka juga akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli barang melalui platform dalam talian.

“Secara ringkasnya, pemulihan ekonomi akan lebih mampan,” katanya.

Oleh itu, Afzanizam berpendapat amat penting untuk memastikan semua orang mendapat vaksinasi dan kempen kesedaran perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat mengenai cara vaksin itu berfungsi dan erti vaksinasi.

“Pada era ini, percambahan media sosial bermakna menyampaikan maklumat yang positif dan tepat adalah amat mencabar. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan usahanya untuk menyampaikan mesej dan maklumat ini kepada masyarakat umum,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis CGS-CIMB Ivy Ng Lee Fang, dalam nota penyelidikan, berkata pelaksanaan program vaksinasi yang berjaya dan pembatalan PKP di semua negeri kecuali tiga negeri dan ibu negara dilihat positif oleh pasaran berikutan ini dapat mengurangkan kebimbangan mengenai risiko pendapatan syarikat.

“Kami berpendapat pasaran akan menilai semula dan beralih kepada saham yang akan mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi jika pelaksanaan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut tempoh yang dinyatakan oleh kerajaan.

“Bagaimanapun, mungkin terdapat potensi halangan dalam pelaksanaan tersebut. Antara yang menjadi kebimbangan ialah jumlah dos vaksin mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi tarikh akhir yang ketat,” katanya.

Setakat ini, kerajaan hanya memberikan tempoh yang terperinci mengenai penghantaran vaksin Pzer-Biotech tetapi bukan untuk empat jenis vaksin yang lain, katanya.

Bagi pesanan vaksin Pzer Malaysia, kumpulan pertama satu juta dos (untuk 500,000 orang, masing-masing dua dos) dijadualkan tiba pada akhir Februari,

dengan 1.7 juta dos lagi pada suku kedua 2021, 5.8 juta dos pada suku ketiga 2021 dan 4.3 juta dos pada suku keempat 2021.

“Bagaimanapun, kami yakin kejayaan pelaksanaan program imunisasi akan menjadi kunci untuk meningkatkan sentimen pasaran. Kami mengekalkan sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kami sebanyak 1,759 dengan tiga pilihan saham utama kami adalah Inari, Public Bank dan Telekom Malaysia,” katanya.

Sumber: Bernama

Program Vaksinasi Kebangsaan faktor penting bagi pemulihan ekonomi, kewangan – Ahli Ekonomi


Content Type:

Duration:

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula minggu depan akan dapat mengukuhkan keyakinan dalam sector perniagaan dan pelaburan negara, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali menzahirkan keyakinan program vaksinasi secara menyeluruh di peringkat kebangsaan itu akan memberi impak positif kepada operasi perniagaan komuniti dan industri di Malaysia.

“Program ini dijangka membantu mempercepatkan lagi pembukaan dan pemulihan aktiviti ekonomi secara menyeluruh.

“Ini secara langsung akan meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Feb, 2021, sejurus selepas penghantaran pertama vaksin yang dijadualkan tiba pada 21 Feb. 

Program imunisasi ini akan dijalankan menerusi tiga fasa dengan fasa pertama bermula pada 26 Feb hingga April 2021; fasa kedua mulai April hingga Ogos 2021 manakala fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022. 

Pada 11 Jan lepas, Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (KKM) telah menandatangani perjanjian bersama Pzer (Malaysia) Sdn Bhd untuk penghantaran fasa pertama vaksin COVID-19 Pzer-BioNTech BNT1262b. 

Perjanjian tersebut melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang meliputi 20 peratus populasi Malaysia dengan pemberian dua dos kepada setiap orang.

Sumber: Bernama

Program Imunisasi Kebangsaan akan perkukuh sektor perniagaan dan pelaburan negara – MITI


Content Type:

Duration:

Pandemik telah menyebabkan kekangan terhadap penggiat tenaga boleh diperbaharui (RE) menjalankan perniagaan dan kini dianggap sebagai cabaran terbesar yang dihadapi oleh sektor tersebut.

Bagaimanapun,  Pengasas  Bersama dan Ketua  Pegawai  Eksekutif penyedia penyelesaian solar fotovoltaik  (PV) Plus Solar Systems Sdn Bhd, Ko Chuan Zen berpendapat wujud peluang dalam tempoh sukar ini dan penggiat RE telah berusaha mengubah pemikiran rakyat Malaysia serta komuniti perniagaan dalam melihat potensi dalam RE.

“Kami telah berjaya di banyak platform dengan pelanggan seperti Ajiya Bhd dan Mah Sing Plastics Industries Sdn Bhd, antara syarikat terkemuka  yang menggunakan RE dan menikmati penjimatan hingga 25 peratus,” katanya kepada Bernama.

Walaupun pandemik COVID-19 memberi cabaran kepada semua dengan fasa pemulihan hanya akan berlaku pada separuh kedua tahun 2021, Plus Solar yakin akan prospek pada tahun 2021 serta dapat menyumbang kepada sasaran RE yang disemak semula iaitu 31 peratus pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.

“Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 menyediakan peluang bagi lebih banyak pengguna untuk memasang sistem PV solar di bumbung bangunan atau rumah masing-masing untuk pengurangan bil elektrik.

“Melalui program ini, pengguna di sektor industri dan komersial telah melihat penjimatan yang besar dan ini akan terus meningkatkan trend untuk tenaga bersih, penggunaan tenaga telah dikenal pasti sebagai antara perbelanjaan operasi yang utama untuk pemilik perniagaan bersama dengan bahan mentah, tenaga kerja dan

penyewaan apabila mereka melakukan pelaburan,” katanya.

NEM 3.0 yang merangkumi NEM Rakyat (isi rumah), NEM GoMEn (bangunan kerajaan) dan NOVA (untuk bangunan komersial dan perindustrian), akan berkuat kuasa mulai tahun 2021 hingga 2023 dengan jumlah diperuntukkan sebanyak 500MW (megawatt).

Ko berkata dengan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) yang menarik oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NEM 3.0 yang akan berlangsung sehingga 2023, orang ramai akan mula menyedari bahawa tenaga suria bukan lagi sesuatu yang dianggap mewah tetapi ia adalah penting dan mampu dimiliki.

“Digitalisasi tenaga juga akan menjadi tumpuan kami dengan sistem pengurusan prestasi tenaga AIoT (kecerdasan buatan Internet) Plus Solar yang dikenali sebagai‘SOURCE’, ia memberi keuntungan kepada pemilik perniagaan untuk mengubah data tenaga bangunan mereka menjadi penjimatan tenaga pintar.

“Kami melancarkan sistem ini tahun lepas kerana syarikat telah melihat sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah pemilik perniagaan, mereka dapat penjimatan tenaga sehingga 25 peratus,” katanya.

Ko berkata Plus Solar akan terus mengembangkan perniagaannya ke luar negara seperti di Vietnam berikutan sokongan kerajaan untuk tenaga solar.

Sumber: Bernama

Plus Solar lihat peluang ubah pemikiran terhadap tenaga boleh diperbaharui


Content Type:

Duration:

Malaysia dan Singapura berada di kedudukan untuk meraih manfaat pertumbuhan global pada 2022, menurut Moody’s Analytics.

Firma itu menjelaskan kedua-dua negara telah mengambil langkah berhati-hati bagi pembukaan sempadan untuk membolehkan perjalanan walaupun menjadi antara negara paling giat melaksanakan sokongan dari segi dasar skal demi ekonomi masing-masing sejak tahun lepas.

“Malaysia juga sedang menguatkuasakan perintah darurat dan mengekang perjalanan antara negeri,” menurut rma penyedia kaedah analisis dan perisikan kewangan untuk membantu peneraju perniagaan membuat keputusan terbaik dan pantas itu, menerusi nota ulasan ekonomi ‘Trade Links Key to APAC Recovery’ pada Rabu.

China dan hubungannya melalui rantaian bekalan di Asia Pasik (APAC) dan bahagian lain di seluruh dunia boleh membantu Asia menerajui pemulihan ekonomi, seperti yang telah dilakukan dalam menghadapi krisis kewangan global 2008-2009, jelasnya.

Moody’s Analytics menekankan fokus untuk meningkatkan kembali aspek pengeluaran dalam ekonomi secara berkesan membolehkan sektor pembuatan memacu pemulihan China mulai suku kedua 2020 dan pada masa sama melonjakkan ekonomi sekitar Asia, memandangkan negara-negara lain telah melonggarkan banyak sekatan pergerakan.

“Negara termasuk Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Indonesia menerima manfaat daripada situasi ketersediaan permintaan perdagangan yang semakin meningkat di China,” menurutnya.

Perdagangan serantau di antara China dengan negara APAC yang lain turut bergantung kepada permintaan barang yang stabil dari Eropah dan Amerika Utara, jelasnya.

Ia menambah, rang undang-undang rangsangan kedua Amerika Syarikat (AS) yang dijangka diluluskan, akan memperkukuh prospek import barangan ke AS.

“Bagaimanapun, permintaan terhadap barangan di Eropah berada pada risiko tinggi, sekurang-kurangnya bagi jangka terdekat,” menurut Moody’s Analytics.

Ia menjelaskan perdagangan dengan China tahun lepas berkembang dari segi peratusan dalam dua digit bagi Vietnam, Malaysia, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Singapura.

“Harus diingat perdagangan sahaja tidak cukup untuk menjamin pemulihan ekonomi sepenuhnya. Usaha lain yang perlu ialah mengekang penularan COVID-19, yang belum dapat dicapai oleh Indonesia dan Malaysia,” menurutnya.

Walaupun momentum pemulihan China telah meningkatkan perdagangan di seluruh APAC namun, kemampanan aliran eksport serantau masih bergantung pada usaha secara bersama untuk membendung pandemik itu.

“Indonesia, Filipina dan Malaysia terus giat berusaha dan mungkin memerlukan lebih banyak sokongan skal memandangkan semua negara ini berdepan risiko kuarantin tambahan dan perintah kawalan pergerakan bagi bulan-bulan datang datang, ” kata Moody’s Analytics.

Selain hubungan perdagangan, kadar pelaksanaan suntikan vaksin turut akan membezakan lagi corak pertumbuhan ekonomi pada 2021 namun kadar itu masih sukar dipantau di Asia kerana kekurangan data yang tersedia daripada sumber gabungan.

Sumber: Bernama

Malaysia, Singapura berada di kedudukan untuk raih manfaat pertumbuhan global pada 2022


Content Type:

Duration:

Terengganu berjaya menarik pelaburan swasta sehingga awal bulan ini seba­nyak RM2.2 bilion, iaitu 56 peratus daripada sasaran pelaburan komited sebanyak RM3.9 bilion untuk tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Baidzawi Che Mat berkata, daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada pelaburan daripada sektor pembuatan.

Menurutnya, sasaran pelaburan yang di­realisasikan pada tahun 2021 adalah seba­nyak RM3.2 bilion yang mana 14 peratus daripadanya adalah pelaburan dalam perancangan yang telah pun dilaksanakan.

“Walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi akibat wabak Covid-19, ECERDC akan menggiatkan usaha untuk menarik pelaburan baharu terutama di dalam industri tenusu.

“Ini termasuklah mengu­kuhkan kerjasama dengan dewan-dewan perniagaan termasuklah usaha promosi bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Terengganu Inc. dan Malaysian Industrial Development Finance,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Terengganu semalam.

Baidzawi menjelaskan, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk merealisasikan pelaburan di negeri ini, terutamanya projek pelaburan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Sumber: Kosmo

Terengganu berjaya tarik pelaburan swasta bernilai RM2.2 bilion


Content Type:

Duration:

Hubungan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal teguh dan dapat memberi manfaat bersama di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

Penganalisis Thomas Daniel berkata ini kerana hubungan itu dikendalikan oleh diplomat dan teknokrat profesional yang mengutamakan keberkesanan dan peranan masing-masing ke arah keakraban hubungan.

“Apa yang bagusnya mengenai hubungan AS-Malaysia adalah ia tidak begitu menonjol tetapi cukup teguh untuk menempuh sebarang perubahan (baik di Washington) DC atau Putrajaya.

“Untuk perspektif serantau yang lebih luas, Malaysia mendapat manfaat menerusi langkah proaktif, produktif dan konstruktif berhubung kehadiran Amerika di Asia Pasik,” katanya kepada Bernama.

Ibarat peribahasa bumi mana tidak ditimpa hujan, masalah hubungan dua hala mampu diuruskan dengan baik oleh kedua-dua pihak seperti yang pernah dialami sebelum ini.

Malaysia dan AS menjalin hubungan diplomatik rasmi pada 1957 dan sejak April 2014, kedua-dua negara meningkatkan hubungan ke peringkat Rakan Komprehensif.

Thomas yang bertugas selaku Felo Kajian Dasar dan Keselamatan Antarabangsa, Institut Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia berkata, AS mungkin lebih banyak berunding dengan negara ASEAN yang berdepan isu tuntutan sempadan bertindih di Laut China Selatan serta anggota ASEAN lain kerana Washington kini kelihatan lebih proaktif dalam komitmen pendekatan multilateral.

“Pentadbiran Biden sudah pun membayangkan pendekatan ke arah menumpukan usaha mengukuhkan perikatan. Dunia boleh menjangkakan untuk melihat AS akan

menjadi lebih proaktif dan sedia berhubung, terutama di pentas multilateral serta mekanisme sedia ada,” katanya.

Katanya, penting bagi Pentadbiran Biden untuk meningkatkan lagi hubungan dengan ASEAN, bukan saja untuk mengekang China, tetapi sebagai rakan aktif bagi badan serantau itu, terutama dalam mengemukakan solusi praktikal dan ruang mengukuhkan kerjasama.

Meskipun tidak menyatakan secara khusus rantau ASEAN ketika menyampaikan ucapan sulung dasar luarnya pada 4 Februari lalu, Biden menyifatkan China sebagai pesaing paling serius kepada AS dan menegaskan, pentadbirannya akan berdepan dengan cabaran yang dilontarkan negara Tembok Besar itu.

“Kita akan meningkah ancaman tekanan ekonomi China, menongkah arus agresif mereka menerusi langkah membangkitkan isu pencabulan China ke atas hak asasi, isu harta intelektual dan tadbir urus global,” kata Biden.

Mengulas isu Laut China Selatan, Thomas berkata, ia akan terus menjadi fokus utama di bawah pentadbiran baharu AS dan pertelingkahan itu tetap terangkum dalam saingan strategik AS-China, menyempitkan lagi opsyen untuk negara ASEAN terutama negara yang terbabit dengan isu pertindihan sempadan.

“Satu daripada secebis perkara yang menyaksikan kesepakatan kedua-dua parti AS ketika ini adalah persepsi wujud ancaman daripada China yang kelihatan mahu memperluaskan impian terpendam kuasa hegemoni mereka,” katanya.

Jadi kata beliau, Amerika juga mungkin meningkatkan operasi pelayaran dan penerbangan (FONOPS) di perairan serta wilayah yang menjadi pertikaian.

Pada masa sama, AS juga dijangka meningkatkan komitmen amnya kepada Filipina, katanya.

Konik Laut China Selatan membabitkan tuntutan sempadan bertindih empat negara ASEAN – Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

China dan Taiwan turut mengemukakan tuntutan mereka di Laut China Selatan, kawasan yang kaya dengan sumber marin, hidrokarbon dan mineral selain menjadi laluan pelayaran penting.

Bagaimanapun, konik menjadi semakin rumit apabila perbalahan antara China dan Amerika tegang sejak beberapa tahun lalu dengan kedua-dua belah pihak saling menuduh cuba mempamerkan taring dan pengaruh menerusi kuasa militer.

Sumber: Bernama

Hubungan Malaysia-AS dijangka kekal kukuh di bawah pentadbiran Biden


Content Type:

Duration:

Eksport bersih dijangka akan menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan pertumbuhan Malaysia tahun ini dengan jangkaan sumbangan 1.7 mata peratusan kepada pertumbuhan di tengah-tengah prospek samar aktiviti ekonomi, demikian kata Fitch Solutions.

Dengan kerajaan membenarkan lebih banyak industri beroperasi meskipun sekatan dan kawalan pergerakan, serta pemulihan berterusan dalam rakan dagang utama seperti China dan Singapura, pihaknya percaya eksport barangan akan sekurang-kurangnya mencatatkan sedikit peningkatan pertumbuhan pada 2021, terutama selepas menguncup sebanyak 1.3 peratus pada 2019 dan 8.7 peratus pada 2020.

Bagaimanapun, Fitch Solutions menjangkakan eksport perkhidmatan akan terus berprestasi lemah dengan sektor pelancongan berdepan cabaran gelombang ketiga penularan pandemik.

“Import akan terus menguncup secara ketara, dengan tinjauan suram bagi penggunaan swasta dan dua dinamik yang bertentangan ini akan membantu menyokong keseimbangan perdagangan,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Mengenai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2021, Fitch Solutions telah mengurangkan unjurannya kepada 4.9 peratus bagi tahun ini berbanding unjuran 10 peratus sebelum ini.

Ia berkata, penurunan unjuran itu berikutan realisasi risiko penurunan terhadap tinjauan pertumbuhan, fiskal dan monetari bagi Malaysia selepas kerajaan melaksanakan sekatan dan kawalan pergerakan untuk membendung gelombang ketiga jangkitan COVID-19.

“Kami jangka langkah sekatan pergerakan berterusan dan tidak menolak semakan semula unjuran pertumbuhan dalam bulan-bulan mendatang,” katanya.

Fitch Solutions juga membuat semakan semula unjurannya terhadap pertumbuhan penggunaan swasta kepada 3.0 peratus berbanding 6.0 peratus sebelumnya.

Ia berkata, sekatan dan kawalan pergerakan akan memberi impak negatif terhadap pekerjaan seperti pada suku kedua 2020, yang mana kadar pengangguran meningkat kepada 5.1 peratus berbanding 3.5 peratus pada suku pertama 2020.

Katanya, dengan sekatan dan kawalan pergerakan yang lebih terhad pada suku keempat 2020 juga memperlihatkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus pada suku keempat 2020 berbanding 4.7 peratus pada suku ketiga 2020.

“Tambahan lagi, kerajaan kini mempunyai ruang fiskal yang kurang untuk menetapkan langkah sokongan pekerjaan diperlukan bagi mengimbangi kesan sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan pasaran pekerja dan ekonomi jauh lebih terdedah kepada risiko penurunan berbanding 2020,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sektor eksport penyumbang utama pemulihan ekonomi tahun ini – Fitch Solutions


Content Type:

Duration:

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengesahkan pengeluaran gas sulung dari medan Rotan dan Buluh di Blok H, luar pantai Sabah pada 6 Feb lepas, meningkatkan lagi, potensi pelaburan petroleum di Malaysia.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata PTTEP Sabah Oil Ltd, subsidiari PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP) adalah pengendali Blok H, yang bekerjasama dengan PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi dan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd.

PTTEP merupakan syarikat penerokaan dan pengeluaran petroleum nasional di Thailand, manakala Pertamina adalah syarikat minyak dan gas asli milik Indonesia.

Naib Presiden Kanan Petronas untuk Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan berkata pengeluaran gas itu mencerminkan kerjasama yang mantap antara Petronas dan pelabur.

”Kedua-dua pihak berkongsi kepakaran serta teknologi untuk mengewangkan medan gas laut dalam yang terpencil dengan memindahkan hasil melalui PFLNG DUA yang dikendalikan oleh PETRONAS Floating LNG Ltd.

”Selepas jangkaan penghantaran komersial kargo LNG pertamanya menjelang pertengahan Mac 2021, PETRONAS akan menjadi syarikat tenaga global pertama

yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan LNG terapung,” katanya, sambil menambah, sokongan padu daripada kerajaan Sabah juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan pencapaian itu.

Dengan kemampuan mengeluarkan hasil dari kedalaman air melebihi 1,100 meter, projek ini menandakan satu lagi pencapaian dalam sektor huluan Malaysia kerana ia merupakan medan gas laut dalam pertama yang dilengkapi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 270 juta kaki padu standard sehari (MMSCFD).

Gas itu kemudiannya, diterima oleh platform Terapung Gas Asli Cecair kedua PETRONAS (FLNG), fasiliti PFLNG DUA untuk pasaran eksport LNG.

Penghasilan dari Blok H menyertai aliran pengeluaran sedia ada yang merangkumi tiga blok laut dalam di luar pesisir Malaysia.

Tambahan empat blok laut dalam sedang ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 26 Feb 2021.

“Petronas mengalu-alukan pelaburan selanjutnya untuk membuka potensi laut dalam, sejajar dengan usahanya untuk  merealisasikan wawasan  bagi menjadikan Malaysia sebagai hab laut dalam di Asia Tenggara,” kata syarikat minyak itu.

Sumber: Bernama

Petronas : Pengeluaran sulung gas tingkatkan potensi pelaburan Malaysia


Content Type:

Duration:

Bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Top Glove Corporation Bhd, Top Glove International Sdn Bhd, telah disenaraikan sebagai pemohon paten Malaysia kedua tertinggi bagi tahun 2020 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Syarikat itu berkata walaupun pemfailan paten secara tradisinya dikuasai oleh universiti, pencapaian Top Glove International menunjukkan trend peningkatan R&D berasaskan industri dan komitmen syarikat terhadap ciptaan, inovasi dan peningkatan berterusan.

“Top Glove akan terus meningkatkan pelaburannya dalam R&D, kecerdasan buatan dan digitalisasi memandangkan syarikat akan terus merekrut lebih banyak bakat untuk pasukan R&D yang semakin berkembang untuk memajukan perjalanannya ke arah Industri 4.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun lepas, pusat R&D kumpulan itu memfailkan 52 permohonan paten di Malaysia dan 97 permohonan paten di luar negara berkaitan sarung tangan, pembentuk, bahan kimia yang digunakan dalam industri sarung tangan dan sistem automasi, yang meningkatkan kualiti produk dan kecekapan pengeluaran. 

Top Glove, yang memiliki lebih daripada 300 hartanah intelek (IP) di dalam dan luar negara, kini mempunyai sembilan pusat R&D di seluruh Malaysia dan Thailand dengan masing-masing memberi tumpuan dan pakar dalam bidang pembangunan penyelidikan yang berbeza.

Syarikat itu berkata pusat-pusat ini secara kolektif menggunakan kira-kira 1,000 penyelidik terutamanya jurutera, ahli kimia dan saintis, yang terdiri daripada lebih 40 graduan PhD, lebih 100 pemegang ijazah sarjana dan lebih 700 pemegang ijazah sarjana muda.

“Pusat-pusat ini terus menerajui penyelidikan pelbagai disiplin yang berterusan untuk menyatukan dan menyesuaikan diri dengan trend pasaran global yang berubah dengan pesatnya selain mewujudkan perkembangan baharu untuk sarung tangan  berkualiti tinggi dan penyelamat serta  peralatan perlindungan diri yang lain,” katanya.

Menurut MyIPO, lima pemohon paten Malaysia terbaik  di Malaysia bagi tahun 2020 adalah MIMOS Bhd, Top Glove International, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sumber: Bernama

Bahagian R&D Top Glove duduki tempat kedua tertinggi dalam kalangan pemohon paten Malaysia pada 2020


Content Type:

Duration:

Malaysia menjadi hab penting kepada operasi global Intel Corporation dalam menyampaikan produk utama industri di seluruh dunia, kata Naib Presiden Korporat Robin Martin.

Martin, yang juga Pengarah Urusan Intel Malaysia, berkata pertumbuhan Intel di Malaysia dicapai melalui kerjasama kukuh kerajaan, kumpulan tenaga kerja yang pelbagai di negara ini, infrastruktur yang baik dan rantaian bekalan yang teguh.

“Seperti yang kita ketahui, banyak negara semakin kompetitif dalam menarik pelabur dan itu sebabnya bekerjasama dengan kerajaan penting supaya perubahan menjadi kenyataan dan berlaku dengan cepat,” katanya dalam temu bual video pada Khamis.

Beliau berkata penting untuk menyedari bahawa walaupun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar bagi semua, rakyat telah dapat meneruskan kehidupan dan bekerja dalam norma baharu ini, untuk masa depan.

“Matlamat dan peluang adalah yang terbaik. Kita berada di ambang beberapa kecenderungan teknologi  seperti kecerdasan buatan, 5G, (dalam persekitaran) peningkatan era Internet, yang sama-sama, akan membentuk masa depan teknologi.

“Berdasarkan asas kami yang kukuh, Malaysia berpotensi untuk menjadikan ini sebagai kenyataan,” katanya.

Martin berkata kebanyakan tenaga kerja Intel telah bekerja dari rumah sejak Mac tahun lepas.

Beliau berkata syarikat telah dapat memenuhi semua keperluan pelanggannya semasa pandemik melalui gabungan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), menjaga pekerja, rantaian bekalan yang kukuh dan sokongan kerajaan.

“Dalam komuniti, kami menyumbang hampir RM4 juta dalam peralatan perubatan, peralatan perlindungan diri, komputer riba e-pembelajaran, barangan runcit dan makanan.

“Semua  ini telah diberikan kepada sekolah, hospital, penjara, rumah kebajikan, badan bukan kerajaan, petugas barisan hadapan  dan keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Sumber: Bernama

Malaysia jadi hab penting operasi global Intel


Content Type:

Duration:

Program vaksinasi  yang dijadualkan pada  akhir bulan ini akan meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dan seterusnya membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan menjelang separuh kedua 2021, demikian menurut Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutif Datuk Shamsuddin Bardan berkata  lebih ramai majikan akan bersedia untuk menggaji pekerja bagi tempoh yang lebih lama daripada menyediakan pekerjaan jangka pendek atau berasaskan kontrak seperti yang diamalkan pada masa ini.

“Tetapi buat masa ini, saya kir walaupun dengan kontrak jangka pendek, graduan baharu dan penganggur seharusnya menghargai sebarang bentuk pekerjaan yang ditawarkan kerana pada hakikatnya majikan juga menghadapi masa-masa sukar berikutan pandemik COVID-19 ini.

‘’Kami tidak pasti dengan prospek jangka panjang perniagaan,” kata beliau kepada Bernama.

Shamsuddin berkata persekutuan itu telahpun mengemukakan kepada kerajaan mengenai isu betapa sukarnya majikan menawarkan pekerjaan untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun sebagai prasyarat untuk layak bagi insentif pekerjaan dan ia berharap sektor swasta masih boleh mendapat subsidi yang disediakan

oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) walaupun mereka hanya dapat menawarkan pekerjaan untuk jangka masa pendek.

Namun demikian, beliau menambah sektor swasta akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu kerajaan menyediakan pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam masa yang getir seperti ini.

Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM12.76 bilion di bawah Fasa Satu Program Subsidi Upah (PSU 1.0) setakat 29 Jan, 2021.

Sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima faedah PSU 1.0 di bawah  Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat  (PRIHATIN) dan  Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Untuk Fasa Dua Program Subsidi Upah (PSU 2.0) di bawah bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas PRIHATIN, sejumlah RM741.16 juta telah disalurkan kepada 64,345 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerjaan bagi 518,793 pekerja setakat 29 Jan, 2021.

Shamsuddin juga berkata bahawa tahun 2021 akan menyaksikan lebih ramai akan ditingkatkan kemahiran menerusi inisiatif Dana Pembangunan Sumber Manusia Penjana dengan peruntukan RM2 bilion  yang dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Antara lain, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan taraf rakyat Malaysia melalui program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula dengan memberi tumpuan kepada kebolehpasaran tenaga kerja serta padanan kerja.

“Pandemik ini adalah masalah jangka panjang bagi kita semua, jadi kita memerlukan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta agar kita sama-sama dapat memutuskan rantaian pandemik ini untuk meningkatkan ekonomi.

Pada Selasa, kerajaan berkata ia berhasrat mewujudkan 160,000 pekerjaan baharu tahun ini melalui komitmen pelaburan dan yakin unjuran itu boleh dicapai meskipun negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Pekerjaan Negara (NEC) dengan MEF adalah antara 10 anggota majlis yang terlibat.

Sumber: Bernama

Program vaksinasi akan tingkatkan ekonomi Malaysia, wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan – MEF


Content Type:

Duration:

Bank Pembangunan Asia (ADB) menjangkakan kira-kira 65 juta pekerjaan diwujudkan setiap tahun di Asia Pasik sehingga 2025, susulan peningkatan penggunaan teknologi digital dalam keadaan pandemik COVID-19.

Ketua Pakar Ekonomi ADB, Yasuyuki Sawada berkata pengembangan sektor digital akan menyumbang kenaikan tahunan purata 26.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); 15.6 peratus bagi perdagangan serta 26.1 peratus dalam guna tenaga Asia Pasik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata perdagangan serantau juga diunjurkan meningkat US$1 trilion setahun dalam lima tahun akan datang memandangkan pertumbuhan ekonomi digital di Asia dijangka dipercepat sekali gus memberi peluang untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, membangunkan perniagaan, mewujudkan pekerjaan serta menangani cabaran sosioekonomi.

“Secara amnya, sektor digital global mungkin berkembang pada purata US$617 bilion setahun atau US$3.1 trilion secara keseluruhan dari 2021 hingga 2025,” katanya pada pelancaran Webinar Kesan Asia: Laporan Penyepaduan Ekonomi Asia (AEIR) 2021 secara maya pada Rabu.

Beliau berkata sektor digital Asia diunjurkan berkembang dengan nilai kira-kira US$184 bilion setahun atau US$919 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Transformasi digital yang dipercepat dapat berpotensi meningkatkan keluaran, perdagangan dan perniagaan serta pekerjaan global,” katanya.

Sawada berkata negara-negara Asia Pasik telah memanfaatkan kemajuan teknologi dan digitalisasi yang pesat untuk pulih dan membina kembali jalinan dengan ekonomi global semasa krisis pandemik.

“Teknologi telah membantu dalam menempa hubungan global baharu, yang menawarkan peluang ekonomi yang amat besar, namun membawa risiko dan cabaran baharu,” katanya.

Beliau berkata menurut laporan itu, sekiranya sektor digital berkembang 20 peratus, KDNK global akan  meningkat dengan purata US$4.3 trilion setahun dari 2021 hingga 2025, atau $21.4 trilion dalam lima tahun, manakala lebih 40 peratus daripada peningkatan keluaran global akan disumbangkan oleh Asia.

“Selain itu, aktiviti penggabungan dan pengambilalihan peringkat rma di rantau ini baru-baru ini telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, memandangkan negaranegara mula membuka kembali dan melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan akibat pandemik,” menurut laporan itu.

Menurutnya, kerajaan di rantau ini juga perlu menumpukan privasi dan keselamatan data, pencukaian, perkongsian antara institusi awam  dan  swasta serta kerjasama serantau untuk memperkukuh sektor digital dengan lebih baik.

AEIR 2021 ADB menumpukan kemajuan dalam kerjasama dan penyepaduan serantau Asia Pasik, menilai kesan awal pandemik terhadap perdagangan, pelaburan rentas sempadan, penyepaduan kewangan dan pergerakan orang.

Sumber: Bernama

Pertumbuhan teknologi digital akan cipta 65 juta pekerjaan setahun di Asia Pasik


Content Type:

Duration:

Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju untuk meningkatkan kerjasama, khususnya dalam merangsang peluang ekonomi memandangkan kedua-dua negara menumpukan kepada pemulihan ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan selepas berakhirnya pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE Sheikh Abdullah bin Zayed mengadakan pertemuan yang konstruktif dan produktif semalam, dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan kedudukan hubungan dua hala semasa di antara kedua-dua negara.

“Dalam konteks ini, kedua-dua menteri berbincang tentang inisiatif penting di bawah empat bidang utama kerjasama dalam era selepas pandemik, iaitu perdagangan dan pelaburan; pertanian dan keselamatan makanan; kesihatan; dan pertukaran diplomatik,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian, lawatan kerja itu menyediakan dorongan  baharu ke arah hubungan yang lebih kukuh dan mesra di antara Malaysia dan UAE, di samping menjadi antara rakan dagangan utama Malaysia dengan nilai keseluruhan perdagangan di antara kedua-dua negara berjumlah US$6.43 bilion pada 2019.

UAE juga merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import kedua terbesar di wilayah Asia Barat, kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, berikutan kedudukannya yang  strategik di Asia Tenggara, Malaysia komited menjadi pintu gerbang kepada UAE memasuki pasaran Asia Tenggara yang mempunyai populasi sekitar 650 juta orang. Hishammuddin kembali ke tanah air pada 9 Feb (hari ini) dan akan menjalani kuarantin wajib sebagai mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, kata kementerian itu.

Sumber: Bernama

Malaysia, UAE bersetuju tingkatkan kerjasama, lonjakkan peluang ekonomi


Content Type:

Duration:

Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus suku ke suku kepada RM435.9 bilion pada suku keempat 2020 berbanding suku ketiga 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan dalam segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan  minuman serta penginapan, yang meningkat 1.5 peratus kepada RM351.3 bilion,  diikuti oleh segmen maklumat dan  komunikasi serta pengangkutan

dan penyimpanan yang naik 3.4 peratus kepada RM61.9 bilion.

Katanya dari segi tahun ke tahun, jumlah hasil pada suku keempat 2020 merosot 5.1 peratus kepada RM23.3 bilion, manakala hasil keseluruhan bagi tahun 2020 berkurangan 8.1 peratus kepada RM1.63 bilion daripada RM1.78 bilion sebelum ini.

Mohd Uzir berkata jumlah pekerja dalam sektor ini merosot 0.3 peratus suku ke suku kepada 3.7 juta orang, disumbang oleh subsektor maklumat dan komunikasi (-4.4 peratus), diikuti subsektor pengangkutan dan penyimpanan (-0.8 peratus).

“Bagi perbandingan tahun ke tahun, jumlah pekerja berkurangan sebanyak 3.4 peratus atau 128,705 orang pada suku keempat 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gaji dan upah yang dibayar turut menunjukkan penurunan sebanyak RM25.9 juta suku ke suku, disumbangkan oleh subsektor pendidikan dengan penurunan sebanyak RM37.0 juta atau -3.2 peratus.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, gaji dan upah pada suku keempat 2020 merekodkan penurunan sebanyak 4.5 peratus kepada RM24.7 bilion, katanya.

Sementara itu, indeks volum perkhidmatan mencatatkan kenaikan sebanyak 0.3 peratus dari segi suku ke suku, daripada 123.4 mata pada suku ketiga 2020 kepada 123.8 mata pada suku keempat 2020.

Mohd Uzir berkata segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan  minuman serta penginapan meningkat 1.1 peratus dan segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan, 0.9 peratus, menjadi penyumbang utama kepada peningkatan suku tahunan dalam sektor perkhidmatan.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks volum perkhidmatan merosot 7.1 peratus kepada 123.8 mata pada suku keempat 2020.

“Bagi keseluruhan tahun 2020, indeks ini menurun 8.0 peratus kepada 118.6 mata berbanding 6.4 peratus daripada 128.9 mata pada 2019,” katanya.

Sumber: Bernama

Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus pada suku keempat 2020


Content Type:

Duration:

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyarankan agar  Gelembung Perjalanan  Laluan Hijau Timbal Balik/ Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) disegerakan, khasnya kepada perniagaan bagi melonjakkan pelaburan ekonomi di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif WTCKL  Datuk  Seri Dr Irmohizam Ibrahim, pelaksanaan ini perlu dipercepatkan terutamanya untuk industri acara perniagaan (BE) dan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) yang merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.

Katanya, kesepakatan yang dicapai oleh kerajaan susulan lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia juga  akan membantu ke arah kelangsungan ekonomi negara, sekali gus menjadikan hubungan Malaysia dan negara-negara yang terlibat terus akrab.

“Anggaran kerugian sebanyak RM2.25 bilion setakat Disember 2020 yang dilaporkan oleh Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia itu sangat membimbangkan pemain-pemain industri dalam meneruskan perniagaan serta kekal relevan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, industri MICE di Indonesia pula mencatatkan anggaran kerugian sebanyak RM783.7 juta hingga RM2.0 bilion yang memberi kesan kepada 90,000 pekerja dari industri tersebut.

Selain itu, menurut Irmohizam, industri BE dan MICE dapat disemarakkan di skala antarabangsa sekiranya RGL/TCA ini mendapat penglibatan negara-negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand serta anggota rantau Asia Pasik seperti China, Taiwan, Hong Kong, Australia dan New Zealand.

“Ia menjadi impian sektor BE dan MICE untuk meneruskan perkhidmatan dengan segera dan lebih menyeluruh dengan mengamalkan pengawalan prosedur operasi standard yang ketat seperti disarankan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan empat mata itu ialah pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan RGL, diskriminasi minyak sawit dan kerjasama dalam menangani COVID-19 serta pergolakan politik semasa di Myanmar.

Sumber: Bernama

RGL/TCA perlu dipercepat untuk lonjakkan pelaburan ekonomi Malaysia – WTCKL


Content Type:

Duration:

Pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu mendorong jualan pembuatan pada Disember 2020 sebanyak 4.5 peratus kepada RM124.6 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2019, demikian menurut ahli ekonomi.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kenaikan dalam kelengkapan pengangkutan telah didorong oleh jumlah keseluruhan industri sektor automotif Malaysia yang meningkat 25.5 peratus pada Disember 2020.

“Pengguna segera membeli kenderaan sebelum berakhirnya Disember 2020 ketika pengecualian cukai jualan sepatutnya tamat, namun dilanjutkan sehingga Jun tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini mengumumkan jualan pembuatan mencatatkan pertumbuhan tertinggi sejak Mac 2020, dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (20.5 peratus), produk makanan, minuman dan tembakau (7.9 peratus) dan produk elektrik dan elektronik (E&E) (4.2 peratus).

Adam berkata produk pembuatan lain yang mengalami pertumbuhan adalah E&E berikutan lonjakan permintaan disebabkan penggunaan yang lebih tinggi bagi alat elektronik seperti telefon pintar dan tablet susulan keeksibelan untuk bekerja dari rumah.

Profesor ekonomi dari Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata kenaikan 4.5 peratus dalam jualan pembuatan adalah konsisten dengan peningkatan indeks pembuatan sebanyak 4.1 peratus dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian yang dilaporkan oleh jabatan itu hari ini.

“Ia adalah isyarat menggalakkan kepada pemulihan sudut penawaran ekonomi, dipacu oleh pembuatan dengan semua kilang telah dibenarkan beroperasi sejak Mei tahun lepas.

“Peningkatan yang stabil bagi permintaan domestik dan luar negara dijangkakan pada tahun ini berikutan penurunan pandemik diharap dapat mengekalkan pertumbuhan satu angka yang tinggi dalam output pembuatan dan jualan pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia Datuk Azman Yusoff berkata, pastinya pengeluar menikmati operasi yang lancar ketika pandemik pada Disember tahun lepas berbanding tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

“Dari segi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), ia lebih mudah ketika ini berbanding semasa PKP yang pertama.

“Surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diproses dengan lebih cepat; rantaian bekalan tidak terganggu berikutan industri sokongan diberikan persetujuan menyeluruh; kelengkapan seperti pengimbas suhu, pelitup muka dan pensanitasi adalah lebih murah dan sedia ada ketika ini berbanding sebelumnya,” katanya.

Mengenai unjuran, Adam dan Azman berpendapat pelan pelancaran vaksin kebangsaan pada tahun ini akan meningkatkan lagi sentimen perniagaan.

“Barangkali dengan pelancaran vaksin yang dijangkakan pada akhir Februari 2021, sentimen perniagaan mungkin berubah menjadi lebih cerah dan memberikan rangsangan kepada jualan pembuatan pada 2021,” kata Adam.

Pengecualian cukai kenderaan baharu dorong jualan pembuatan Dis 2020 – Ahli ekonomi


Content Type:

Duration:

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.5 peratus kepada RM124.6 bilion pada Disember 2020 berbanding tempoh yang sama 2019, pertumbuhan tertinggi sejak Mac 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tahun ke tahun yang direkodkan pada bulan Disember 2020 dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (20.5 peratus), produk makanan, minuman dan tembakau (7.9 peratus) dan produk elektrik dan elektronik (4.2 peratus).

“Berasaskan bulan ke bulan, nilai jualan mengukuh 3.9 peratus daripada Nov, 2020,” katanya dalam satu kenyataan sempena penerbitan perangkaan pembuatan bulanan jabatan itu untuk Disember 2020 hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Disember 2020 adalah seramai 2.19 juta, susut 2.0 peratus berbanding 2.24 juta pada Disember 2019.

Kandungan laporan itu turut menyatakan jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah sebanyak  RM7,770.7 juta, merosot 0.8 peratus atau RM59.7 juta pada Disember 2020 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Pada masa yang sama, nilai jualan setiap pekerja meningkat 6.7 peratus kepada RM56,644 berbanding bulan yang sama tahun 2019.

“Sementara itu, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,533 pada bulan Disember 2020,” kata beliau.

Secara ringkasnya bagi tahun 2020, Mohd Uzir berkata nilai jualan sektor pembuatan bagi tahun 2020 merekodkan penurunan 2.1 peratus kepada RM1,346.6 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019.

“Bilangan pekerja pada tempoh itu berkurangan 2.0 peratus kepada 2,199,195 orang manakala gaji dan upah dibayar mencatatkan penurunan 1.1 peratus kepada RM87.2 bilion.

“Nilai jualan setiap pekerja pada tempoh rujukan menyusut sebanyak 0.2 peratus kepada RM612,324,” jelas beliau.  

Sumber: Bernama

Nilai jualan pembuatan meningkat 4.5 peratus pada Dis 2020, tertinggi sejak Mac 2020 – Perangkaan


Content Type:

Duration:

Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan bagi pembuatan bernilai tinggi dan perkhidmatan global di Asia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Negara kekal menjadi destinasi pelaburan dengan persekitaran yang menyokong termasuk prasarana yang baik, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, industri sokongan, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih serta peluang pasaran yang ditawarkan menerusi 16 Perjanjian Perdagangan yang ia telah meterai.

MIDA berkata demikian sebagai menyangkal satu laporan akhbar harian Singapura  berkaitan pelabur asing yang keluar dari Malaysia, dengan menegaskan bahawa perkara itu tidak benar.

“Laporan itu dengan secara salah menunjukkan bahawa laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCTAD) mengesahkan apa yang telah diperkatakan berdasaran pemerhatian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MIDA berkata ia telah mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprol tinggi termasuk syarikat Fortune 500 dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan gabungan potensi nilai pelaburan sebanyak RM81.9 bilion.

“Ketika ini, MIDA juga menerima potensi pelaburan bernilai  RM47.7 bilion ke dalam negara. Projek-projek ini, apabila diluluskan kelak, dijangka dilaksanakan pada tahun 2021 hingga 2022,” katanya.

Memetik Jabatan Perangkaan Malaysia, MIDA berkata aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) kasar ke dalam negara bagi tempoh Januari hingga September 2020 bernilai RM108.2 bilion berbanding RM102.3 bilion dalam tempoh yang sama pada 2019, peningkatan 5.8 peratus.

“Ini merupakan pencapaian yang cukup besar memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan masing-masing pada suku kedua dan ketiga tahun lepas. 

“Aliran masuk FDI kasar juga mencerminkan kadar tinggi projek FDI yang diluluskan dan dilaksanakan dalam ekonomi termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama dalam tempoh beberapa tahun lepas,” katanya. 

MIDA berkata jumlah FDI yang diluluskan dari 2018 hingga September 2020 bernilai RM206.02 bilion.

Pada  2020, sembilan syarikat pembuatan milik asing sedia ada dengan jumlah pelaburan RM394.3 juta di Malaysia telah melaksanakan langkah-langkah rasionalisasi perniagaan.

“Syarikat-syarikat ini  sama ada menutup perniagaan mereka di Malaysia atau memindahkannya ke negara lain disebabkan gangguan teknologi yang mengubah landskap perniagaan mereka dan mengalami pengurangan permintaan bagi produk mereka.

“Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam ekonomi bagi tempoh dari Januari-September 2020,” katanya.

Sementara itu, MIDA berkata Malaysia kekal sebagai pengeluar utama semikonduktor dan sensor bagi kereta di tengah-tengah laporan bahawa pelabur berpotensi dalam industri automotif menimbang membuka kilang pemasangan mereka di negara-negara jiran.

“Malaysia memiliki satu daripada ekosistem paling komprehensif di rantau ini dalam industri elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, aeroangkasa, automotif dan peralatan perubatan,” katanya.  

Sumber: Bernama

Malaysia kekal destinasi pelaburan menarik di Asia – MIDA


Content Type:

Duration:

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia dijangka pulih pada tahun ini sejajar dengan peningkatan ekonomi global susulan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran.

IPP, petunjuk ekonomi bulanan yang mengukur pengeluaran sebenar dalam industri pembuatan, perlombongan, elektrik dan gas, mencatatkan penurunan sebanyak 4.2 peratus tahun ke tahun pada 2020.

Ini berikutan data yang lemah daripada semua indeks, iaitu perlombongan (-9.7 peratus), elektrik (-3.7 peratus) dan pembuatan (-2.7 peratus).

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata IPP yang dijangka pulih akan membolehkan aktiviti ekonomi disambung semula walaupun secara berhati-hati berdasarkan jumlah kes baharu yang kekal pada tahap tinggi.

“Selain itu, asas rendah yang dicatatkan pada tahun lalu bermakna sedikit peningkatan dalam pengeluaran yang akan membawa kepada pertumbuhan positif,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, persekitaran luaran dilihat baik berikutan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Joe Biden komited untuk menyuntik ekonomi dengan jumlah suntikan fiskal yang banyak.

Katanya, pendapatan tambahan daripada harga minyak mentah yang meningkat akan turut memberi ruang kepada kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan langkah-langkah fiskal.

“Bagaimanapun, situasi adalah tidak menentu dan ia bergantung kepada kejayaan dan pelancaran program vaksinasi yang tepat pada masanya.

“Semakin cepat negara mencapai imuniti kelompok, lebih cepat ekonomi pulih,” kata Mohd Afzanizam.

Menurut beliau, pertumbuhan IPP sebanyak 1.7 peratus pada Disember 2020 adalah lebih baik daripada jangkaan berbanding unjuran konsensus penguncupan 1.0 peratus, terutama berikutan peningkatan sebanyak 4.2 peratus dalam sektor pembuatan daripada pertumbuhan sebanyak 2.0 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata, momentum pemulihan akan dipengaruhi oleh sekatan dalam pergerakan manusia dan pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan.

“Pergerakan antara negeri dibenarkan manakala lebih banyak perniagaan telah beroperasi sepenuhnya pada Disember. Ini membantu meningkatkan aktiviti ekonomi di samping perayaan dan sambutan Tahun Baru.

“Bagaimanapun, perkara sama tidak dapat dikatakan dalam situasi ekonomi semasa apabila Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan semula di hampir semua negeri,” katanya.

Sumber: Bernama

Indeks pengeluaran industri dijangka pulih tahun ini


Content Type:

Duration:

wpChatIcon