Pembesaran, Pelbagaian dan Pelaburan Semula - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pembesaran, Pelbagaian dan Pelaburan Semula

Pembesaran, Pelbagaian dan Pelaburan Semula

Syarikat berlesen yang ingin memperluaskan kapasiti pengeluarannya atau mempelbagaikan rangkaian produknya dengan mengeluarkan produk tambahan perlu memohon kepada MIDA.

Dasar Ekuiti untuk Projek Baharu, Pembesaran, atau Pelbagaian

Sejak Jun 2003, pelabur asing dibenarkan memegang 100% ekuiti dalam semua pelaburan dalam projek baru, serta pelaburan dalam projek pengembangan / pemelbagaian oleh syarikat yang sedia ada, tanpa mengira tahap eksport dan tanpa mengecualikan produk atau aktiviti apa pun.

Dasar Ekuiti juga Terpakai untuk:

i.  Syarikat yang sebelum ini dikecualikan daripada mendapatkan lesen perkilangan tetapi dana pemegang sahamnya kini telah mencecah nilai RM2.5 juta atau telah menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa dan dengan itu dikehendaki untuk dilesenkan.

ii.  Syarikat berlesen sedia ada yang sebelum ini dikecualikan daripada mematuhi syarat ekuiti, tetapi kini diminta untuk mematuhi kerana dana pemegang saham mereka telah mencapai nilai RM2.5 juta.

Dasar Ekuiti Terpakai untuk Syarikat yang Sedia Ada

Syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat sebelum 17 Jun 2003 akan dikekalkan. Walau bagaimanapun, syarikat boleh memohon agar syarat ini dihapuskan dan persetujuan akan diberikan berdasarkan merit setiap kes.

INSENTIF BAGI SEKTOR PERKILANGAN

Insentif cukai utama bagi syarikat yang melabur dalam sektor perkilangan ialah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan. Kelayakan untuk Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan adalah berdasarkan keutamaan tertentu, termasuk tahap nilai ditambah, teknologi yang digunakan dan rangkaian perindustrian.

Aktiviti dan keluaran yang layak diistilahkan sebagai “aktiviti digalakkan” atau “keluaran digalakkan”

(i) Taraf Perintis

Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tempoh lima tahun. Ia membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya*, dan tempoh pengecualian bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari paras pengeluarannya mencecah 30% daripada kapasitinya). Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan. Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan selama tempoh tujuh tahun berturut-turut. Permohonan bagi Taraf Perintis hendaklah diserahkan kepada MIDA.

(ii) Elaun Cukai Pelaburan

Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance atau ITA). Syarikat yang diberikan ITA berhak menerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak (seperti kilang, loji, jentera dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) yang ditanggung dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun syarikat berkenaan bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa. Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA.

Kerajaan menyediakan persekitaran kondusif untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan PKS yang kompetitif dan berdaya tahan global. Inisiatif dan program oleh Kerajaan diajukan untuk mengatasi kekangan dan meningkatkan kemampuan PKS dalam bidang seperti akses kepada perkhidmatan kewangan, khidmat nasihat, pemasaran, teknologi dan ICT. Bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman jangka pendek turut diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya. Selain daripada Kerajaan, dana juga disalurkan melalui institusi kewangan komersial.

Baca Lagi…

Syarikat sedia ada yang terlibat dalam aktiviti perkilangan dan aktiviti pertanian terpilih yang melabur semula untuk tujuan pengembangan, automasi, pemodenan atau pemelbagaian ke dalam produk berkaitan dalam industri yang sama dengan syarat syarikat tersebut telah beroperasi sekurang-kurangnya 36 bulan.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon