Pendaftaran Entiti Perniagaan
Kaedah Menjalankan Perniagaan di Malaysia
Syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777). Bayaran yang perlu dibuat kepada SSM adalah seperti berikut:
Bayaran utama yang perlu dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):
(Rujuk Peraturan Syarikat 2017, SSM)
Perkara | Yuran (RM) | Yuran (USD) |
Permohonan untuk memilih nama syarikat di bawah seksyen 27, Akta Syarikat 2016 | 50.00 bagi setiap tiga puluh hari atau sebahagiannya dengan jumlah maksimum 180 hari | 12.21 bagi setiap tiga puluh hari atau sebahagiannya dengan jumlah maksimum 180 hari |
Permohonan untuk diperbadankan di bawah seksyen 14, Akta Syarikat 2016: | ||||
(a) Syarikat terhad dengan syer | 1,000 | 244.00 | ||
(b) Syarikat terhad dengan jaminan | 3,000 | 733.00 | ||
(c) Syarikat tanpa had | 1,000 | 244.00 |
Permohonan pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562, Akta Syarikat 2016:
a) dengan saham modal
i. | tidak melebihi RM1,000,000.00 | 5,000 | 1,221.30 |
ii. | melebihi RM1,000,000.00 tetapi tidak melebihi RM10,000,000.00 | 20,000 | 4,885.20 |
iii. | melebihi RM10,000,000.00 tetapi tidak melebihi RM50,000,000.00 | 40,000 | 9,770.40 |
iv. | melebihi RM50,000,000.00 tetapi tidak melebihi RM100,000,000.00 | 60,000 | 14,665.60 |
v. | melebihi RM100,000,000.00 | 70,000 | 17,098.19 |
b) | tanpa saham modal | 70,000 | 17,098.19 |
Bagi mendapatkan senarai yuran penuh, layari laman www.ssm.com.my
Sumber: Akta Syarikat, 2016 (Akta 777) & Perundangan Subsidiari