Bahagian Kelestarian
Fungsi Kami
- Bertanggungjawab untuk menggubal, melaksana dan mengemaskini dasar kelestarian yang selaras dengan piawaian kebangsaan dan antarabangsa, dengan mengambil kira Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) global dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG);
- Memberi kemudahan dan khidmat nasihat kepada perniagaan dan pelabur untuk menggabungkan amalan lestari ke dalam operasi dan strategi pelaburan mereka;
- Menganjurkan dialog dengan persatuan industri ke arah mencapai sasaran Malaysia untuk menjadi negara pelepasan sifar gas rumah hijau (GHG) bersih menjelang 2050 melalui penambahbaikan dasar dan cadangan;
- Menjalankan persidangan, taklimat, seminar, jerayawara dan melaksanakan misi projek khusus untuk menarik pelaburan asing dan domestik serta menggalakkan pembesaran/pelbagaian oleh syarikat sedia ada sejajar dengan SDG dan prinsip ESG; dan
- Menyelaraskan penglibatan pihak berkepentingan dan menjadi titik fokal antara MIDA dan Kementerian/Agensi/Pelabur/Persatuan Industri lain mengenai perkara yang berkaitan dengan Kelestarian.