Bahagian Teknologi Hijau
Fungsi Kami
- Menilai permohonan untuk insentif cukai yang berkaitan dengan teknologi hijau, aktiviti dan inisiatif yang berkaitan dengan alam sekitar dan kelestarian
- Memantau perkembangan projek yang diluluskan dan menilai permohonan pasca kelulusan
- CMengadakan persidangan, seminar, bengkel dan misi projek khusus untuk menarik pelaburan asing dan domestik serta untuk mendorong pembesaran/pelbagaian oleh syarikat yang sedia ada
- Menganjurkan dialog dengan persatuan industri untuk mengenal pasti cabaran dan arah tuju industri ke arah pembangunan ekosistem industri yang komprehensif di Malaysia
- Memberi bantuan khusus kepada pelabur dalam perniagaan perkhidmatan ini
- Senarai Perkhidmatan:
- Projek teknologi hijau dalam tenaga yang boleh diperbaharui (RE), kecekapan tenaga (EE), bangunan hijau, pusat data hijau, dan pengurusan sisa bersepadu
- Perkhidmatan yang berkaitan dengan tenaga yang boleh diperbaharui (RE), kecekapan tenaga (EE), kenderaan elektrik (EV), bangunan hijau, pusat data hijau, pensijilan dan pengesahan hijau, dan perbandaran hijau
- Perkhidmatan Pensterilan Gas & Sinaran