Altera
Pada tahun 1990-an Altera serta syarikat-syarikat Lembah Silikon yang lain mendapati ianya amat sukar untuk mencari jurutera yang berkelayakan kerana industri semikonduktor pada ketika itu berada dalam fasa yang sedang berkembang pesat. Pada masa yang sama, iaitu pada sekitar bulan Julai 1994, Altera telah membeli perniagaan logik Intel yang dapat diprogramkan dan telah memperoleh hak ke atas alat dan seni bina IP. Langkah Altera untuk mengambil alih bahagian perniagaan Intel ini dan keperluan yang berterusan untuk merekrut jurutera baru telah mendorong syarikat untuk memperluas jangkauan globalnya dan memanfaatkan bakat kejuruteraan yang kuat yang terdapat di Pulau Pinang.
Terdapat dua operasi yang telah dimulakan oleh Altera di Pulau Pinang – Pusat Teknikal Altera Pulau Pinang dan Pusat Reka Bentuk Pulau Pinang. Pusat Teknikal Altera Penang pada mulanya memberi tumpuan kepada kejuruteraan dan fabrikasi bagi barisan produk yang dibeli daripada Intel. Sementara itu, Pusat Reka Bentuk Pulau Pinang pula dikhususkan bagi susun atur dan reka bentuk cip. Secara bersama, para pemimpin yang menerajui kedua-dua kemudahan ini telah membangunkan pasukan mereka dengan memanfaatkan sumber kejuruteraan dan membangunkan infrastruktur yang seterusnya menyokong kejayaan operasi di Pulau Pinang.
Pulau Pinang memberikan kami sebilangan besar jurutera yang sangat berbakat dan berpendidikan tinggi yang membantu dalam mendorong pertumbuhan berterusan Altera. Walaupun operasi di Pulau Pinang dimulakan dalam skala kecil, ianya merupakan pendahulu kepada kewujudan pasukan reka bentuk lain di seluruh dunia dan seterusnya telah berkembang menjadi salah satu bahagian perniagaan yang penting bagi Altera. Kini, pasukan jurutera reka bentuk Altera bekerja terdapat di seluruh dunia untuk menghasilkan reka bentuk dan susun atur cip.
Altera menawarkan kelebihan yang berbeza bagi pencari kerja di Malaysia — meskipun kebanyakan syarikat hanya menawarkan kerja pemasangan dan pembuatan, Altera mempunyai peluang R&D yang sebenar di mana jurutera di Pulau Pinang dapat menghasilkan reka bentuk cip secara langsung. Keupayaan ini untuk menghasilkan reka bentuk “sebenar” menarik jurutera terbaik dan yang paling cemerlang, memberikan Altera pasukan yang komited dan berkemahiran tinggi.
Pada mulanya, pasukan Pulau Pinang hanya menitikberatkan penyelesaikan reka bentuk dan susunan cip untuk seni bina tertentu, “menyusun” setiap cip mengikut kumpulan yang tertentu supaya pasukan di San Jose bebas untuk memulakan penghasilan cip utama yang berikutnya. Kini, pasukan Pulau Pinang dan San Jose disatukan, bekerja bersama dalam pelbagai projek kejuruteraan.
Pada tahun 1998, Altera telah mendirikan sebuah Pusat Teknikal Pulau Pinang yang berkeluasan 62,000 kaki persegi. Kini, Pulau Pinang menempatkan pelbagai fungsi kejuruteraan dan bukan kejuruteraan selain daripada fungsi operasi dan susun atur, daripada aplikasi dan perkhidmatan maklumat sehinggalah perisian, kewangan, pemasaran, dan sumber daya manusia. Dengan hampir 1,200 pekerja, Altera Penang merangkumi sepertiga daripada keseluruhan tenaga kerja Altera, sekaligus memberi impak yang besar di peringkat serantau dan global.
Sepanjang tempoh ini, Altera telah bekerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan Malaysia seperti MIDA, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, CREST, sebuah organisasi yang diketuai oleh industri yang menerajui Penyelidikan Kolaboratif dalam Sains, Kejuruteraan & Teknologi, dan lain-lain. Semua organisasi ini telah memberi sokongan yang kuat dalam mengembangkan ekosistem Industri Elektrikal & Elektronik dan juga membantu operasi Altera di Pulau Pinang.