BenQ Sdn Bhd
Logistik di Malaysia dan kedudukannya yang dekat dengan pasaran membolehkan penghantaran pantas dilakukan, yang mana merupakan faktor yang sangat penting dalam pasaran yang kompetitif pada hari ini. Kemudahan BenQ seluas 43-ekar di Pulau Pinang menghasilkan monitor warna dan pemacu CD-ROM dan mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM2 bilion. Pelaburan terkumpul selama 11 tahun terakhir berjumlah sekitar RM250 juta.
Kejayaan operasi kami didorong oleh tenaga kerja kami yang komited, dimana semangat pasukan yang kuat telah memungkinkan apa sahaja yang mustahil. Kilang BenQ’s Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu pusat operasi luar negara yang paling berjaya dalam BenQ Group.