Biocon Sdn. Bhd.
Biocon, merupakan salah satu syarikat biofarmaseutikal Asia yang telah bertapak di Malaysia pada tahun 2010. Biocon telah menubuhkan kemudahan pembuatan insulin bersepadu terbesar di Asia dengan pelaburan melebihi AS$325 juta, yang merupakan pelaburan asing tertinggi dalam industri bioteknologi Malaysia setakat ini. Ini merupakan kemudahan pembuatan dan penyelidikan biofarmaseutikal luar negara yang pertama bagi Biocon. Kemudahan Biocon di Johor baru-baru ini muncul sebagai satu-satunya kemudahan suntikan steril biofarmaseutikal yang mendapat kelulusan USFDA di seluruh Malaysia.