Daiichi Seiko (M) Sdn. Bhd. - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Daiichi Seiko (M) Sdn. Bhd.

Daiichi Seiko (M) Sdn. Bhd.

Daiichi Seiko (M) Sdn.Bhd. adalah anak syarikat Dai-ichi Seiko Group, Jepun, yang mengkhususkan aktiviti perniagaan perkilangan dalam teknologi ketepatan. Kekuatan syarikat disandarkan kepada teknologi perkakas acuan, yang dibawa sejak awal dan terus mencipta nilai baharu untuk produk dan perkhidmatan kami. Syarikat ini terus berkembang maju dengan menggunakan kaedah pembuatan produk baharu yang mencabar, yang telah dianggap sebagai barangan yang sukar untuk dikembangkan dan dihasilkan, mengejar nilai tambah dengan menggunakan teknologi termaju.

Daiichi Seiko (M) Sdn.Bhd. ditubuhkan pada tahun 2017 di Nusajaya, Johor dengan tujuan untuk memperbesarkan kapasiti pengeluaran Dai-ichi Seiko Group, Jepun. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di Malaysia dan seluruh dunia. Syarikat ini menyasarkan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan dengan nilai tambah serta untuk memastikan kehadirannya dirasai oleh pelanggan dengan terus melabur dalam pembangunan teknologi untuk generasi seterusnya dan memlopori teknologi yang diperakui secara global.

Kumpulan Dai-ichi Seiko akan mengekalkan pemikiran kreatif untuk inovasi masa hadapan dengan bekerja secara kolaboratif secara keseluruhan. Dengan memanfaatkan kelebihan daya saing ini, syarikat ini akan terus membangunkan hasil dan sumbangan yang akan memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dan anggota masyarakat keseluruhannya.

Lokasi strategik Malaysia di rantau ASEAN dan pada masa yang sama di sepanjang laluan laut utama Asia, di antara Barat dan Timur Jauh. Mendirikan kilang di Nusajaya memberi kelebihan untuk berada dekat dengan Singapura, sekaligus membuka lebih banyak peluang perniagaan. Persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia telah menarik pelaburan asing untuk mengembangkan perniagaan di sini.

Di samping itu, Malaysia juga menawarkan tenaga kerja yang berpendidikan, mempunyai banyak kemahiran yang diperlukan oleh persekitaran perniagaan moden. Selain itu, kos buruh Malaysia juga lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Yang paling penting, tenaga kerja Malaysia stabil, dan konflik tenaga kerja yang minimal membolehkan perniagaan dijalankan dengan risiko yang lebih rendah.

Secara keseluruhannya, interaksi kami dengan MIDA sentiasa menyenangkan. MIDA menyokong dalam membantu kami dalam memulakan perniagaan dengan memberi kami maklumat dan membantu kami bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam kerajaan. Kakitangan MIDA cekap dengan pengetahuan luas mengenai pelbagai bidang yang berkaitan dengan permulaan perniagaan, pembesaran dan galakan.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon