Ericsson
Sejak hari pertama menginjakkan kaki di Malaysia, Ericsson telah menjadi pemain utama dalam evolusi industri telekomunikasi Malaysia. Bersama dengan pelanggan kami, kami telah terlibat secara aktif dalam menyumbang ke arah kemajuan perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.
Dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan mendorong pertumbuhan dan mempromosikan pelaburan dalam iklim politik yang stabil. Malaysia mempunyai infrastruktur yang maju dan hubungan industri yang kuat dengan industri sokongan, sekaligus menyediakan persekitaran perniagaan yang sangat baik. Di samping itu, tenaga kerjanya juga berpendidikan dan produktif.
Semua ini menjadikan Malaysia pilihan terbaik untuk pelaburan.