The Otomotif College Sdn. Bhd. (TOC)
Ditubuhkan pada tahun 2004, TOC Automotive College adalah perintis TVET dalam pendidikan automotif dan latihan teknikal yang telah menghasilkan lebih daripada 2400 pelajar sehingga kini; dengan jaminan 100% pekerjaan kepada graduannya.
Kolej ini menerima pengiktirafan Lima bintang dalam Sistem Penilaian Kualiti untuk Kolej Swasta (MyQuest) pada 2012/13 dan 2016/17 oleh Kementerian Pendidikan; dan Lima-bintang bagi Penyedia Latihan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia.
Ia juga diperakui oleh Panel Sijil SIRIM; dan merupakan entiti gabungan kepada Institut Industri Motor (IMI), United Kingdom.
Sebagai sebuah institusi penting dalam bidang automotif, syarikat ini akan membuka kolej keduanya pada tahun 2021 dengan pelaburan tambahan sebanyak RM18.7 juta.